Wednesday, December 23, 2009

Jalan Jalan Cari Makan Ke Mengabang Telipot

Penulis dan keluarga mengambil kesempatan cuti Maal Hijrah yang lepas untuk pergi "short trip" Cuti Cuti Malaysia ke Kuala Terengganu. Kebetulan pada hari Ahad itu penulis ada urusan kerja di Kuala Terengganu.

Sempatlah bertandang ke tempat tempat wajib seperti Pasar Payang, Pantai Batu Burok, Bukit Puteri, perkampungan keropok Losong. Tak lupa Masjid Kristal. Cuma sayang tak sempat menjelajah Pusat Tamadun Islam yang berhampiran Masjid Kristal kerana hujan lebat.

Memang hujan dan angin luar biasa kuat nya sepanjang kami berada di sana. Bilik penginapan kami pun terasa bergegar malam-malam kerana angin laut yang membadai hampir dua puluh empat jam. Anak-anak pun hanya melihat saja ombak laut yang bergulung-gulung. Hajat nak mandi laut pun berkubur bersama hempasan ombak. Yang peliknya, hotel tetap penuh walau musim hujan dan ombak besar .

Untuk mengubat hati anak-anak, kami ke Mengabang Telipot mencari sotong goreng tepung. Memang mantap. Menikmati sotong goreng, ikan, udang dan keropok lekor di gerai yang berhadapan dengan laut yang sedang bergelora. Jangan tertipu dengan gerai nya. Bangunan kedai papan kelihatan seperti dah nak rebah tetapi padat dengan pengunjung. Di sepanjang jalan ada beberapa lagi kedai yang menjual sotong goreng tepung ni. Tinggal pilih. Perjalanan hampir 25 kilometer daripada pusat bandar Kuala Terengganu terasa berbaloi.



Sebelum itu kami sempat berziarah ke rumah Puan Saadiah Bt Abdul Aziz, anak kepada Pn Rahmah, iaitu cucu kepada Arwah Mak Ngah Siti. Rumah nya di Kg. Padang Nenas, Mengabang Telipot. Tidak jauh daripada KUSZA, MRSM Batu Rakit dan hanya sekitar 2 km dari Maktab Perguruan Dato Razali Ismail, Batu Rakit. Kami disambut mesra oleh Puan Saadiah dan suaminya En Anuar dan dijamu dengan Mee Kari yang power.



Pn Saadiah berpesan kepada warga BKK yang berkunjung ke Kuala Terengganu sila lah singgah ke rumah nya di Mengabang Telipot, Batu Rakit.

1 comment:

N.I.S. said...

Sodap nampak makanan tu walaupun cuacanya ngeri....kat sini pun biasa nampak angin cam tu, maklumlah dekat ngan laut