Monday, August 31, 2009

Salam Ulang Tahun

Laman BKK mengucapkan selamat ulang tahun kepada warga BKK yang lahir di bulan Ogos ini.

[Pn Noraini Bt Abu Bakar. Lahir pada 2/8/1973]

[Pn Hjh Rohani Bt Abd Azis. Lahir pada 2/8/1952]

[Pn Haini Bt Yusof. Lahir pada 2/8/1969]

[NurFadhilah Hanani. lahir pada 4/8/1994]

[Mirza Azri Bin Mazlan lahir pada 9/8/1996]

[Pn Hjh Halyani Hj Hassan. Lahir pada 10/8/1968]

[Shafini Bt Hj Mohd Salleh. Lahir pada 11/8/1981]

[Fatin Arissa Sofea Bt Mohd Aris lahir pada 14/8/1997]

[Pn Hjh Hasnah Bt Hj Kamarudin. Lahir pada 22/8/1956]

[ Muhammad Afiq Bin Shahlin. Lahir pada 29/8/1995]

Sdr Mohd Rizal Masuk Hospital


Laman BKK lambat diberitahu. Sdr Rizal . Sdr Mod Rizal Hj Salleh rupanya telah menginap hampir 6 hari di Hospital Putra, Melaka. Sdr Rizal berada di hospital dari 24 Ogos sampai 28 Ogos. Sakitnya, Slip Disc... penyakit pinggang dan tulang belakang yang amat menyakitkan dan mengganggu aktiviti harian.

Kita doakan beliau segera sembuh. Katanya nak jumpa sinseh pakar tulang belakang di Seremban... dah pegi blum. Jangan lambat lambatkan. Raya nanti nak drive jauh balik Marang tu.

BKK Berbuka Puasa

Sabtu 29 Ogos, Rumah Tuan Hj. Hamdan menjadi tumpuan, tempat berkumpul warga BKK untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan tahun ini.

Ramai yang sempat hadir, Tn Pengerusi, seperti biasa, Tim. Pengerusi, Tn Hj Yusof juga hadir. Tn Hj Wahab dan Isteri, Tn Hj Mohd Akhir, Sdr Faris, Sdr Fauzi, Sdr Shukri dan isteri. Sdr Khairul Annuar Salleh dari Kelantan juga ada. Ramai.

Semua membawa makanan serba sedikit, Pot Luck style. Yang tak datang pasti rugi.

Majlis dimulai dengan tahlil sebelum berbuka puasa diikuti dengan solat Maghrib bersama. Seterusnya solat Isya dan Tarawih sebelum bersurai.








Friday, August 21, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN

Laman BKK sebagai mewakili Biro Publisiti, Penerangan dan Penerbitan, juga secara peribadi dan bagi pihak keluarga ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua warga BKK diseluruh ceruk pelusuk negara, jauh dan dekat, yang sering bertemu dan juga yang sudah lama tidak bersua. Harapan kita, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menjalani Ramadhan kali ini dengan penuh bermakna, marilah kita sama-sama mengejar peluang untuk beribadat di bulan yang mulia ini dan berusaha sekuatnya untuk meraih ganjaran yang telah dijanjikan.

Thursday, August 20, 2009

Setiausaha BKK di Radio

Tuan Setiausaha BKK, En Ahmad Fauzi Hj Kamarudin akan ke udara malam ini bersama Radio Bernama (Radio 24) pada jam 9.15 malam. Pendengar Radio 24 akan dapat mengikuti siaran ini di Frekuensi 93.9 di sekitar Lembah Kelang.

Tuesday, August 18, 2009

Pn Halyani di Hospital


Puan Hjh Halyani Hassan telah dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) Jalan Tun Razak kerana komplikasi Bronchitis pada hari Isnin semalam - 17 Ogos 2009.


Sekarang beliau berada di Wad Saadah, Bilik 14-1.


Walaupun keadaan beliau stabil, kami mengharapkan doa dari semua ahli BKK supaya Pn Halyani segera sembuh.


Berbuka Puasa BKK

Mesyuarat Jawatankuasa BKK baru-baru ini juga telah mencadangkan untuk mengadakan majlis berbuka puasa BKK pada Ramadhan akan datang.

Majlis buka puasa akan diadakan pada masa dan lokasi berikut :

Rumah Tn Hj Hamdan
Desa Permai Repah
29 Ogos 2009
Dari Jam 6.00 petang.
Ahli-ahli diminta membawa sumbangan makanan.
Kepada yang berkesempatan, sama-samalah kita meramaikan majlis ini dan seterusnya sama-sama bertarawikh.

Pertemuan Keluarga dan Mesyuarat Jawatankuasa

Jawatankuasa BKK telah bertemu dan bermesyuarat pada 16 Ogos 2009 lepas di rumah Tn Hj Salleh dan Hjh Leha di Kg Renggoh Johol. Ramai juga yang hadir ke mesyuarat yang juga sekaligus pertemuan keluarga ini termasuk lah pengantin pengantin baru. Laman BKK tidak hadir atas urusan kerja, oleh itu tak ada lah gambar-gambar yang dapat di kongsi di sini.


Mesyuarat telah membuat rombakan kepada portfolio biro-biro dengan mengurangkan jumlah biro dari lapan kepada lima sahaja. Biro Biro dan ketuanya adalah seperti berikut :-

A. Biro Perhubungan, Publisiti dan Penerbitan

i. Tn HjYusri Hj Kamarudin - Ketua
ii. Puan Khairiah Hj Mohd Salleh

B. Biro Kebajikan dan Ekonomi

i. Puan Hjh Faridah Hj Kamarudin

C. Biro Pendidikan dan Dakwah

i. Encik Muhammad Shafawi Hj Abd Wahab - Ketua
ii. Puan Hjh Rozila Hj Ghazali

D. Biro Rakan Muda dan Tugas-tugas Khas

i. Encik Shamsul Akmal Hj Isa - Ketua
ii. Encik Muhammad Shukri Hj Abd Wahab

E. Syarikat Tolong Menolong

Mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan Puan Hjh Leha mengendalikan syarikat ini.

Biro Perhubungan digabungkan dengan biro penerbitan. Biro Rakan Muda digabungkan dengan biro tugas-tugas khas. Biro pendidikan pula bergabung dengan Biro Dakwah. Biro Kebajikan pula digabungkan dengan biro Ekonomi.

Harapan ahli-ahli sudah pasti untuk melihat biro-biro ini berjalan dengan lebih mantap lagi demi kepentingan dan kebajikan semua ahli.

Takziah


Laman BKK mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi bin Hj Hassan yang pulang ke rahmatullah pada hari Khamis, 13 Ogos 2009 lepas. Anak kepada bekas Penaung BKK, Tn Hj Hassan B Sitam ini meninggal dunia di Hospital Serdang akibat serangan jantung. Allahyarham yang meninggalkan 4 anak dan seorang isteri dikebumikan di kampung isterinya, Kg Sg. Raguk, Air Paabas, Alor Gajah. Allahyarham, yang juga anak keempat kepada Allahyarham Hj Hassan berumur sekitar 30 an sewaktu meninggal.



Semoga Allah menerima rohnya dan menempatkannya di kalangan hambanya yang dirahmati.




Pn Hjh Faridah berziarah ke Kaherah


Laman BKK mengucapkan selamat jalan kepada Pn Hjh Faridah yang sekarang sedang berziarah ke Kaherah, Mesir. Beliau berangkat pada 10 Ogos lepas dan dijangka pulang pada 19 Ogos nanti. Semoga ziarah dan wisata Pn Hjh Faridah akan menambahkan ilmu, pengalaman dan pengisian minda dan rohani.

Kongsi lah pengalaman dengan kami bila pulang nanti

Masuk Rumah Baru


Sdr Faizal Bin Hj Mohd Akhir dan isterinya Pn Siti Aishah telah berpindah ke rumah baru. Kenduri kesyukuran beserta dengan akikah telah berlangsung pada 9 Ogos 2009 lepas. Laman BKK mengucapkan tahniah walaupun tidak dapat turut hadir. Alamat baru mereka ;


A-05-11, Blok A

Serdang Villa, Jalan Kasturi

Taman Bukit Serdang

Seri Kembangan, 43300

Selangor DE

Saturday, August 1, 2009

Selamat ulang tahun


Laman BKK ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada warga BKK yang lahir pada bulan Julai lepas. Semoga Allah mengurniakan umur yang panjang dan sentiasa melimpahkan rahmat, rezki dan keampunan Nya kepada kalian semua.

[Anis Suraya Bt Hj Abd Wahab. Lahir pada 17/7/1995]

[Pn Intan Srihany Bt Hj Mohd Yusof. Lahir pada 18/7/1975]

[Mohd Sabri B Hj Mohd Yusof. Lahir pada 18/7/1982]

[Mohd Nabawi B Abd karim. Lahir pada 25/7/1986]

[Nur Izzati Najwa Bt Mazlan. Lahir pada 28/7/1993]

[Ahmad Faiz b Ahmad Fauzi. Lahir pada 31/7/2002]