Wednesday, September 28, 2011

MUSIM RAYA DAN MUSIM PEPERIKSAAN


Selesai sudah Syawal dan hari raya Aidil fitri . Semuga budaya bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi dikalangan warga BKK akan mendapat redha dan berkat dari Allah Tuhan yang esa. Jamuan raya BKK telah disambut dengan meriah dirumah Tuan HJ.Yusri pada 18 september yang lalu beserta dengan solat hajat mendoakan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan . Ya.. sekarang kita sudah berada di dalam bulan zulqaedah.. musim orang berangkat ketanah suci.

Musim raya bersambung dengan musim orang pegi Mekah dan musim peperiksaan anak-anak . Bermula dengan UPSR yang sudah pun selesai, PMR dan SPM. Anak-anak yang berada dalam tahun peperiksaan tahun ini mungkin tidak menyambut Aidilfitri sakan berbanding mereka yang tidak mengambil peperiksaan besar pada tahun ini. Kita doakan mereka tenang dalam menghadapi peperiksaan dan membuat yang terbaik setelah melakukan persediaan yang terbaik. Selamat maju jaya.

Doakan anak-anak / adik-adik kita yang tersayang.. :

UPKK :


Alif Amirul Aiman Bin Md Aris
SPM :


Nur Fadhilah Hanani Yusri

UPSR:

Nurhani Syamimi Mazlan, Nur Syakirah Mohd Rosdi & Mohd Nazmi Badrul Hisyam


PMR :

Ammar Danial Badrul Hisyam , Ahmad Fikri Ahmad Fauzi, Mirza Azri Mazlan & Muhammad syarafi Shahlin

BERAKIT-RAKIT KE HULU
BERENANG-RENANG KETEPIAN
BERSUSAH-SUSAH DAHULU
BERSENANG-SENANG KEMUDIAN

USAHA, DOA & TAWAKAL KEPADA ALLAH.

" bit taufek wan najah... amin "


Sunday, August 21, 2011

IFTAR BKK


Majlis khatam Al Quran dan berbuka puasa telah selamat di adakan pada 13 hb 0g0s 2011 di rumah Puan Sarimah, Sg.Buloh. Alhamdulillah ...

Sekali lagi anak cucu serta menantu Hj.Kamarudin dan Hjh.Kalsom bersua muka, mengeratkan silaturrahim, mengambil berkat bulan Ramadhan yang mulia. Majlis di mulakan dengan khatam al Quran dan doa. Apabila masuk waktu maghrib acara berbuka dengan hidangan air kurma dan kuih muih yang di bawa secara pot-luck . Solat maghrib berjemaah mendahului makan nasi dan lauk pauk yang pelbagai.

Solat jemaah maghrib , isyak dan tarawih telah diimamkan oleh tuan imam muda kita Ustaz Mohd Syafawi bin Abd.Wahab [sejuk perut ibu mengandung, melahirkan seorang hafiz] . Semoga akan lahir lagi ramai al hafiz dari kalangan keluarga BKK. Satu keluarga satu hafiz, InsyaAllah.

Tuan pengerusi kita nampaknya tidak dapat hadir pada kali ini. Khabarnya beliau ada sedikit masaalah kesihatan , semuga cepat sembuh.

Terima kasih kepada semua yang telah membawa juadah untuk di nikmati bersama. Murah rezki dan panjang umur. Jumpa lagi di Aidilfitri.

Sambal belacan, ulam-ulaman, lauk ayam, mee kari, kuih muih, pencuci mulut dan buah-buahan memenuhi meja yang empat segi. Air sejuk memang menjadi rebutan..

Saban Ramadhan Allah mengurniakan kita rezki yang melimpah ruah, semuga kita tidak lupa untuk mensyukurinya. Rakyat Somalia yang mengalami kebuluran paling teruk dan terburuk selepas 60 tahun sewajarnya kita ingati. Rakyat palestin dan dimana jua pelusuk dunia yang di diami oleh saudara seIslam kita.

Yang terbaru di Urumqi satu wilayah di Negeri China , mereka telah dinafikan hak mereka untuk berpuasa oleh pemerintah. Mereka tidak di benarkan berpuasa malahan kerajaan menyediakan makanan percuma kepada mereka supaya mereka makan. Rakyat yang bangkit menentang ditangkap.




Friday, August 5, 2011

BACAAN AL QURAN RAMADHAN - TAMBAHAN

Oleh kerana para pembaca al Quran untuk 30 juzuk sudah penuh, maka saya mulakan semula dari juzuk pertama bagi yang masih tidak termasuk nama mereka. Jadi 2 kali khatam.

Mungkin tak semua warga BKK yang mesra Blog / face book saya harap bagi adik beradik dan anak beranak yang berkaitan dengan nama-nama yang telah di susun ini haraplah disampai-sampaikanlah maklumat ini :


fini & zul : 1 &2

kcik hasnah & en.wahab: 3&4

syazwan dan isteri :5&6

syam & Rizal: 7 & 8

khairi & izddn : 9&10

Faizal&isyah :11&12

Hj.Salleh & hanani : 13&14

Ayu&naza : 15&16

En.Faris&Hani Mazlan : 17&18

Suhana &Pn.Khatijah :10&20

Pn.hajar& Sy.Nurul Izza : 21&22

Intan & haris : 23&24

Amar & Fatin : 25&26

Nazim & Boboy:27&28

En.Sobri & En.Azhar : 29&30



Terima kasih.

Saturday, July 30, 2011

PRORAM KHATAM AL QURAN BKK RAMADHAN 1432


Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh ;

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini sebagai mana yang telah di persetujui pada mesyuarat yang lalu kita akan mengadakan majlis khatam Al Quran ketika berbuka puasa BKK . Di mana peserta yang namanya tercatit di dalam jadual di bawah perlu membaca satu juzuk seorang mengikut juzuk yang telah ditentukan. Kemungkinan majlis berbuka tersebut akan di adakan pada 13 ogos 2011, di rumah Puan Sarimah di Sungai Buloh. Sehubung dengan itu mohon kepada semua yang terlibat menghabiskan bacaan sebelum tarikh tersebut.

Jadual bacaan Al Quran tersebut seperti tertera :


JUZ

NAMA

JUZ

NAMA

1

EN SYUKRI

16

TN HJ GHAZALI KAMARUDIN

2

PN HJH FARIDAH

17

EN SAFWAN HJ HAMDAN

3

PN HJH LEHA

18

EN FIRDAUS HJ HAMDAN

4

PN HJH ROHAYA

19

CIK SHAHIRA ELLYNA

5

PN SARIMA

20

TN HJ MOHD AKHAIR

6

CIK HANISAH

21

PN ROZILA GHAZALI

7

PN HJH SITI ROHANI

22

HJH HALYANI HASSAN

8

UST SYAFAWI

23

PN HAINY HJ YUSOF

9

CIK NUR ADILAH MAZLAN

24

TN HJ A.AZHARI TALIB

10

EN MAZLAN HJ KAMARUDIN

25

EN NAUFAL AZHARI

11

PN RUSIAH HJ IBRAHIM

26

PN HJH NORLIDA HJ KAMARUDIN

12

PN KHAIRIAH MOHD SALLEH

27

EN MOHD SHAHIR

13

EN SHAMSUL AKMAL

28

EN.ZULKARNAIN BADRUL HISHAM

14

EN FAUZI KAMARUDIN

29

EN SYUKRI/AIN

15

EN YUSRI

30

PN NORZAIHAN

* TN HJ MOHD YUSUF JUZUK 1-30 (2X KHATAM)

Semoga kita membacanya dengan baik dan tajwid yang betul. Kepada Allah jua kita harapkan ganjaran pahala dan keberkatannya. Sama-samalah kita berdoa dan berusaha menjadikan Ramadhan pada kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Bagi sesiapa yang namanya tidak tercatit bolehlah membaca mana-mana juzuk dari Al Quran.

Jumpa di Sungai Buloh... Salam Ramadhan.


Wednesday, July 20, 2011

KELAHIRAN BARU 2011


Sejuk mata memandang seorang bayi yang baru sahaja di lahirkan ini (penulis menerima gambar ini selepas 2 jam ia di lahirkan). Seorang bayi perempuan, anak ketiga bagi pasangan Saudara Fariz dan Puan Jesrina. Kelahiran paling baharu dan terkini BKK 2011. Lagi 2 minggu nak sambut Ramadhan, semuga bertambah serinya Ramadhan kali ini .

Bayi yang lahirnya bersih dari sebarang dosa, ibarat sehelai kain putih yang bakal dicorak warnakan. Semuga menjadi anak yang solehah... berbakti kepada ibu dan bapa serta keluarga apabila besar nanti , amin.


Baby ini di lahirkan pada jam 2.34 petang bersamaan 20 julai 2011 / 18 Syaaban 1432, di hospital Ampang Puteri , Kuala Lumpur. Dengan timbangan berat 3.4kg.

Laman BKK mengucapkan tahniah di atas kelahiran ini. Semuga membesar dengan sihat walafiat malahan menjadi pencetus semangat kepada dua ibu bapanya. Tahniah juga kepada Tuan Bendahari kita Hj.Akhir dan Puan Hjh.Faridah . Cucunda ke tujuh kalau tak silap penulis.

Soalan kuiz :
Cicit yang ke berapakah ini bagi Hj.Kamarudin dan Hjh.Kalsom ?

- Sila jawab melalui Cbox..

[terbuka kepada semua warga BKK ].

Di akhiri berita gembira ini dengan dua rangkap pantun :

Faris dan Jesrina menimang baby
baby ketiga seorang puteri
Laman BKK berbesar hati
Mengucap tahniah lafaz yang murni

Bertambah meriah keluarga Hj.Akhiar
Nenek Faridah pasti gembira
Kepada Allah diucapkan syukur
Semuga tercipta keluarga bahagia


Wednesday, July 6, 2011

AJK BKK 2011/13


Dari keputusan Mesyuarat pertama bagi sesi 2011/2013 yang di adakan pada 3 julai 2011 bersamaan 1 sya'aban 1432 di maklumkan di sini Ahli jawatan kuasa BKK yang baru :

Pengerusi : Hj.Ghazali b.Hj.Kamarudin
Tim.Pengerusi : Hj.Yusof b. Kamarudin
Setiausaha : Encik Ahmad Fauzi b. Hj.Kamarudin
Bendahari : Hj.Akhiar b. Mohgee

AJK :

Ketua biro ekonomi dan kebajikan : En.Mazlan b.Hj.Kamarudin
Ketua biro Pendidikan dan Dakwah : En.Zulkefli
Hjh.Dr.Halyani bt Hassan
Ketua biro perhubungan, publisiti & penerbitan : Hjh.Norlida bt.Hj kamarudin
Hj.Yusri b. Hj.Kamarudin
Ketua biro Rakan Muda dan tugas-tugas khas : En.Shamsul Akmal b. Isa
En.Syukri b. Hj.A.Wahab
Ketua biro Sy.Tolong Menolong : Hjh. Leha bt Hj.Kamarudin

Dalam Mesyuarat Agung yang lalu sebulat suara bersetuju mengekalkan barisan AJK tertinggi untuk terus berkhidmat.

Semuga barisan ahli jawatan kuasa yang baru ini akan menjalankan tugasnya dengan baik demi kebaikan dan kebajikan seluruh warga BKK.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyumbang idea dan tenaga bagi biro-biro tertentu dialu-alukan, dan sila daftar nama kepada tuan setiausaha atau terus menghubungi ketua biro berkenaan. Malahan penyertaan tuan-tuan dan puan-puan amat di perlukan . Bak kata pepatah Melayu yang berat sama di pikul yang ringan sama di jinjing.


Sunday, July 3, 2011

PERJUMPAAN DAN MESYUARAT BKK 1 SESI 2011/2013



Assalamualaikum wrmth wbrkth....

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT pada 3 julai 2011 bersamaan 1 Syaaban 1432 perjumpaan dan mesyuarat Badan Kebajikan keluarga Hj.Kamarudin & Hjh.Kalsom telah selamat berlangsung dengan lancarnya. Perjumpaan yang di adakan di kediaman timbalan pengerusi BKK , Tuan Hj.Yusof dan Hjh.Katijah di Paroi Jaya, Seremban. Bermula dari jam 10 pagi ahli-ahli BKK yang terdiri dari Ibu-ibu dan bapa-bapa saudara, anak-anak buah serta cucunda-cucunda mula tiba memenuhi rumah Tuan Hj.Yusof.


Tetamu-tetamu yang datang dari KL , Seremban, Gemas, Melaka, Tampin dan Johol memulakan acara pertama iaitu acara minum pagi, menikmati hidangan pagi sambil beramah mesra , bertanya khabar. Dan ini adalah pertemuan pertama selepas AGM yang lalu.


Selamat datang semua. Selamat datang kepada ahli kita yang baru, iaitu saudara Firdaus dan isteri, puan Siti Hajar.

Walaupun kelihatan penuh segala ruang dirumah Tuan Hj.Yusuf namun sebenarnya perjumpaan kali ini tidaklah disertai oleh semua warga BKK. Seperti mana biasa bagi yang tidak berkelapangan, tidak sihat dan seumpamanya tidak dapat bersama, begitu juga yang tinggal jauh seperti di utara, pantai timur dan bumi bawah bayu .

Bagi yang tidak sihat semuga cepat sembuh. Dan kepada saudara Rizal yang baru semalam berpindah ke rumah baru, tahniah dan selamat berpindah.

Antara perkara yang diperbincangkan dalam mesyuarat kali ini ialah tentang pembahagian tugas kepada AJK biro yang baru. Pembentangan kewangan terkini dan penetapan tempan majlis berbuka puasa BKK dibulan Ramadhan dan perjumpaan hari raya. Seperti yang dipersetujui Majlis berbuka puasa akan di adakan di rumah Puan Sarimah di Sungai Buloh dan perjumpaan hari raya di rumah Hj.Yusri. Tarikh bagi kedua-duanya akan di maklumkan kemudian. Semuga semua warga BKK mengambil perhatian dan membuat perancangan awal.



Mesyuarat BKK di ikuti dengan majlis tahlil yang d pimpin oleh tuan Pengerusi sendiri. Lebih kurang jam 12.30 tengah hari agenda mesyuarat tamat. Makan tengah hari kali ini di sediakan oleh Puan Intan Sri Hani, ayam masak kuning, sambal udang, daging masak kicap, ikan goreng, sayur kobis, ulam dan sambal belacan. Bagi yang tidak dapat hadir ini hanyalah sebagai makluman sahaja. Buat pengikat hati , penambat kasih...

Semuga ikatan antara ahli BKK akan terus kukuh. Berkembang dari satu generasi ke satu generasi dengan baik. Kepada Allah jua kita pohonkan segala keberkatan. Selamat ketemu kembali di majlis berbuka puasa pada Ramadhan yang tidak lama lagi akan tiba.

( untuk melihat gambar-gambar sepanjang perjumpaan sila lihat pada Face book BKK )