Friday, February 26, 2010

Rombongan Peminangan ke Manik Urai

Tahun ini bakal menjadi tahun yang sibuk kepada keluarga Hj Abd Wahab dan Hjh Hasnah.

Hari ini, keluarga Hj Abd Wahab dan Hjh Hasnah menghantar rombongan peminangan ke Manik Urai, Kelantan untuk meminang gadis pilihan Mohd Syazwan.

Tiada maklumat lanjut mengenai gadis pilihan Syazwan setakat ini. Cuma kedua-duanya sama-sama kuliah di tahun pertama di UIA.

Laman BKK juga diberitahu Akad Nikah akan dilangsungkan pada tahun ini juga pada bulan Jun, iaitu pada tarikh sama rombongan menghantar Sdri Shapini ke Kuala Krai.

Rombongan peminangan ini diketuai oleh Hj Mohd Akhir.

Laman BKK mendoakan majlis akan berjalan lancar dan kesemua ahli rombongan selamat dalam perjalanan pergi dan pulang.

Syazwan



Takziah kepada Sdr Mazlan dan Pn Rusiah

Laman BKK dimaklumkan malam tadi bahawa abang sulung kepada Pn Rusiah Ibrahim telah kembali ke rahmatullah semalam.

Allahyarham Rusli Bin Ibrahim meninggal kerana sakit buah pinggang dan dijadualkan akan dikebumikan hari ini di Kampung Lending, Johol.

Kepada ahli BKK yang berkesempatan boleh lah berziarah dan sama-sama menyembahyang kan jenazahnya.

Penulis dan Laman BKK mengucapkan takziah kepada Sdr Mazlan dan Puan Rusiah di atas kehilangan ini. Kami mendoakan agar roh nya ditempatkan bersama-sama mereka yang dirahmati Allah.

Baby Boom BKK

Tahun 2010, BKK bakal menyambut kelahiran beberapa orang lagi waris penerus zuriat Allahyarham Hj Kamarudin dan Hjh Kalsom.

Akhir 2009 lepas, Sdr Shamsul dan Ustaz Syafawi telah menerima cahaya mata terbaru mereka. InsyaAllah, dalam tahun 2010 ini giliran pasangan Sdr Syukri & Sdri Sdri Nurul Ain , Pasangan Sdr Faris & Jeslina, pasangan Sdr Naza dan Sdri Nur Ayu dan pasangan Sdr Faizal & Sdri Siti Aisah pula akan menerima kehadiran ahli keluarga baru.

Pasangan Sdr Khairul Anuar dan Sdri Suhaila baru saja menerima cahaya mata keempat pada 13 Februari lepas. Bermakna, InsyaAllah, tahun 2010 ini menyaksikan 5 bayi baru dilahirkan.

Di Mesyuarat BKK yang lepas di Desa Permai Repah, Sdr Syukri dan Sdri Nurul Aini mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis bacaan Yaasin dan doa selamat, menggantikan upacara melenggang perut, sempena menyambut anak pertama yang dijadualkan lahir pada pertengahan bulan Mac nanti.


Pn Nurul Ain

Mesyuarat AJK BKK di Desa Permai Repah

Rumah Tn Hj Abdul Wahab dan Hjh Hasnah di Desa Permai Repah menjadi lokasi Mesyuarat AJK BKK baru-baru ini pada 14 Februari 2010.


Mesyuarat bermula pada sebelah tengahari. Paginya, Tn Hj Wahab mengadakan kenduri doa selamat dan bacaan Yaasin mendoakan agar Sdri Nurul Ain selamat melahirkan anak pertama.


Selain dari laporan Biro-biro. tidak banyak isu-isu baru yang dibincangkan di dalam mesyuarat. Tn Hj Hamdan melaporkan bahawa beliau telah mula mengerjakan penulisan semula manuskrip tulisan Allahyarham Ayahanda Hj Kamarudin.







Mesyuarat AJK BKK yang akan datang telah ditetapkan secara tentatif seperti berikut :

Bulan Mei - Rumah Hj Mohd Akhir dan Hjh Faridah di Bandar Tun Razak

Bulan Ogos - Rmah Sdr Mazlan di Kg. Nerusa

Bulan November - Rumah Ust Azhari dan Pn Hjh Norlida di Lavender Heights, Senawang






Saturday, February 13, 2010

Reminder - Perjumpaan BKK

Kepada semua warga BKK . Jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Kenduri dan Perjumpaan BKK esok.

14 Februari 2010 (Ahad)

rumah Tn Hjh Abd Wahab dan Pn Hjh Hasnah
di Taman Repah Permai Tampin
9.00 pagi - Tengahari

Tahniah Sdr Khairul dan Pn Suhaila

Laman BKK baru di maklumkan bahawa Sdr Khairul Anuar Salleh dan Isteri, Puan Suhaila baru sahaja dikurniakan seorang lagi cahaya mata pada jam 7.21 pagi ini (13 Februari).

Puan Suhaila melahirkan anak perempuan yang juga merupakan anak keempat mereka.

Tahniah kepada pasangan ini dan juga kepada Hj Salleh dan Hjh Leha yang menerima seorang lagi cucu.

Takziah Sdr Hafiz dan Pn Azizah

Laman BKK mengucapkan Takziah kepada Sdr Hafiz Yusof dan isteri, Pn Azizah di atas pulangnya bapa mertua beliau ke rahmatullah.

Bapa mertua Sdr Hafiz, En. Yusof Bin Arshad meninggal dunia semalam, 12 Februari di rumahnya di Taman Seri Mawar, Seremban kerana sakit tua. Allahyarham berumur 80 tahun.

Laman BKK mendoakan semoga roh Allahyarham dirahmati ALLAH dan ditempatkan bersama-sama orang yang diberi nikmat keampunan.

AL FATIHAH

Hjh Leha kurang sihat


Sewaktu Penulis berziarah ke Renggoh minggu lepas, sebaik selesai di Lending, Hjh Leha telah pun beransur pulih dari sakit-sakit yang menyebabkan nya tidak dapat bangun dari tempat tidur.

Hjh Leha mengalami simptom ynag hampir menyerupai penyakit chikungunya yang pernah di alaminya beberapa ketika dulu. Sendi-sendi nya bengkak dan sakit-sakit.

Marilah kita sama-sama doakan Hjh Leha segera sembuh.


Berziarah Makcik Ajal dan Busu Soyah


Pengerusi BKK, Tn Hj Ghazali dan Isteri, Hj Abd Wahab dan Isteri serta Penulis mengambil kesempatan untuk berziarah ke rumah Makcik Ajal dan Busu Soyah di KampungLending pada 3 Februari lepas selepas sahaja pengebumian Allahyarham Tn Hj Mohd Nor.

Makcik Ajal dan Busu Soyah adalah adik -adik kepada Allahyarham Ayahanda, Hj Kamarudin . Mereka berdua lah antara adik beradik Allahyarham yang masih hidup.


Takziah kepada keluarga Allahyarham Tn Hj Mohd Noor

Laman BKK mengucapkan Takziah kepada semua ahli Keluarga Tn Hj Mohd Noor yang meninggal pada 2 Februari lepas.

Tn Hj Mohd Noor meninggal di rumah nya di Kampung Lending kerana sakit tua dan di kebumikan keesokan harinya sebelum zuhur.

Beberapa orang ahli BKK sempat hadir menyembahyang kan jenazah. Hj Ghazali dan Isteri, Hj Abd Wahab dan Isteri, Hj Hamdan dan Penulis antara yang berkunjung ke Lending hari itu



Semoga ALLAH merahmati roh nya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

AL FATIHAH