Sunday, December 6, 2009

Baby Boy Ustaz Syafawi





Ustaz Syafawi dan isteri Pn Sharifah Nur Izzah dikurniakan seorang anak lelaki pada 23 November 2009 yang lepas. Pn Nur Izzah selamat melahirkan bayi seberat 2.7 kg ini di Hospital Universiti pada jam 12.09 tengahari.

Kehadiran bayi lelaki ini melengkapkan lagi keluarga Ustaz Syafawi yang telah pun mempunyai seorang anak perempuan, Durratun Nafisah. Tahniah kepada pasangan ini. Juga kepada Tn Hj Abd Wahab dan Pn Hjh Hasnah yang menerima cucu baru.

Sehingga 27 November, sewaktu penulis pergi berziarah, bayi ini masih belum diberi nama.

Bagi BKK bererti bertambah lagi generasi baru warga BKK.

No comments: