Sunday, June 7, 2009

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2009

Port Dickson 6 Jun 2009. Lebih dari 30 orang ahli berdaftar Badan Kebajikan Keluarga Hj Kamarudin dan Hjh Kalsom (BKK) telah berkampung di Banglo Percutian Winner dari pagi hingga petang demi untuk menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 4. Hari Keluarga BKK juga diadakan selepas usai mesyuarat. Hujan yang turun pada awal pagi tidak menghalang hampir kurang lebih 70 orang ahli beserta dengan anak-anak dan cucu cucu untuk bersama sama menjayakan Hari Keluarga BKK kali ini.

Mesyuarat Agung yang dimulai pada jam 9.00 pagi telah membentangkan dan menerima Laporan Dwitahunan BKK, Menimbang dan meluluskan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2008. Mesyuarat kali ini menyaksikan 4 jawatan tertinggi BKK di kekalkan manakala ahi ahli telah membuat sedikit perubahan terhadap barisan Jawatankuasa.

AHLI JAWATANKUASA SESSI 2009 - 2011

PENGERUSI :Tn Hj Ghazali Hj Kamarudin
TIM PENGERUSI :Tn Hj. Yusoff Hj Kamarudin
SETIAUSAHA :En. Ahmad Fauzi Hj Kamarudin
BENDAHARI :Tn Hj Mohd Khair Mohgee

AHLI JAWATAN KUASA

Pn Hjh Faridah Hj Kamarudin
En. Shamsul Akmal Isa
En. Mohd Shukri Hj Abd Wahab
Ust. Muhammad Shafawi Hj Abd Wahab
Pn Khairiah Hj Mohd Salleh
Pn Hjh Rozila Hj Ghazali
Hj Yusri Hj Kamarudin

Mesyuarat juga telah membincangkan beberapa usul. Tn. Hj Hamdan telah mengemukakan dua usul. Usul pertama, beliau mencadangkan agar Undang undang tubuh BKK dipinda untuk mengurangkan yuran bulanan daripada RTM 5 kepada RM 3 sahaja. Seterusnya, beberapa skim sumbangan kepada ahli ahli seperti sumbangan untuk rawatan hospital, kematian, perkahwinan, menunaikan fardu haji dan pencapaian cemerlang di dalam pelajaran dipinda. Usul Kedua, beliau mencadangkan agar Fasal 5 undang undang tubuh BKK dipinda untuk mewujudkan ahli bersekutu daripada kalangan sepupu, ibu dan bapa saudara. Tn Hj Mohd Khair pula mengusulkan agar ahli ahli yang tinggal jauh dari Kuala Lumpur di benarkan tidak membayar yuran bulanan. Hj Yusri pula mencadangkan agar AJK hanya dibolehkan memegang jawatan selama dua penggal. Ahli ahli telah menggunakan hak demokrasi mereka dengan menolak kesemua usul usul tersebut.



Pengerusi BKK menyampaikan ucaptamanya



Tn Hj Hamdan membentangkan usul

Barisan Jawatankuasa tertinggi BKK

sebahagian ahli yang hadir

barisan pelapis

khusyuk penuh komitmen














No comments: