Sunday, June 7, 2009

Hari Keluarga 2009

Hari Keluarga BKK bermula selepas Mesyuarat Agung Dwitahunan selesai. Sebelum itu pertandingan mewarna untuk kanak kanak juga telah dijalankan di banglo semasa mesyuarat berjalan.



Acara sukaneka dijalankan di pantai Port Dickson yang telah semakin bersih. Acara sukaneka ini memberi peluang kepada ahli ahli untuk berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana lebih santai dan mesra. Acara seperti lari dalam guni, meniup belon, mencari gula dalam tepung, mengisi air dalam botol dan lain lain pasti menjadi kenangan. Hadiah hadiah untuk pemenang di berikan pada sebelah petang sebelum acara pengkisahan bermula. sebelum makan tengahari ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mandi manda di laut.














Majlis pengkisahan bermula selepas makan tengahari. Kali ini giliran Pn Hjh Faridah, Tn Hj Mohd Khair dan Pn Hjh Hasnah untuk menceritakan pengalaman mereka semasa Allahyarham Ayahanda dan Bonda masih hidup. En Mazlan Hj Kamarudin juga turut tampil spontan menceritakan pengalaman hidupnya di zaman kanak kanak dan remaja semasa hidup bersama Allahyarham berdua. Banyak pengajaran yang telah dikongsi bersama terutama dengan generasi kedua yang tidak sempat mengenali Allahyarham Hj Kamarudin dan Hjh Kalsom.












No comments: