Thursday, June 25, 2009

Agama dan Ugama

Bila membaca semula entri sebelum ini, penulis tercenung sedetik, kenapa dulu SMKA SHAMS namanya Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama (SMKU) kemudian bertukar menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Apa ada pada istilah. Setelah membuat sedikit pencarian fahamlah penulis bahawa Agama dan Ugama berasal dari perkataan sanskrit. Bahasa Sanskrit ini seperti bahasa latin kepada Agama Kristian dan bahasa Arab kepada Ad Din Al Islam. Sanskrit adalah bahasa rasmi kepada Agama Buddha dan juga Hindu. Buddha terlebih dahulu bertapak di nusantara hinggalah pengaruhnya mulai terhakis oleh Agama Hindu yang mulai merambah dari abad ke lima dan enam lagi di kepulauan nusantara. Sanskrit juga menjadi bahasa rasmi kerajaan dan istana pemerintah seperti kerajaan Sailendra yang mendirikan Borobudur di abad ke enam dan kerajaan besar Sriwijaya. Seterusnya digunakan juga oleh brahmin hindu di zaman kerajaan kerajaan besar antaranya mataram, kediri dan terakhir majapahit.

Di dalam Sanskrit terdapat tiga istialah yang hampir sama tapi merujuk kepada perkara yang berbeza:

AGAMA - merujuk kepada peraturan timbal balik antara raja dan rakyat
IGAMA - merujuk kepada peraturan timbal balik antara dewa dan manusia
UGAMA - merujuk kepada peraturan yang berlaku antara sesama manusia

Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang telah menyamakan bahawa istilah Agama merujuk kepada sistem kepercayaan yang ada sekarang samada Islam kristian dan lain lain disebut sebagai agama Islam, agama Kristian, agama Hindu dan seterusnya.

Jelas dari bahasa asal istilah AGAMA mahupun UGAMA tidak satu pun bertepatan untuk merujuk kepada satu sistem kepercayaan atau pun keimanan kepada yang maha pencipta apatah lagi merujuk kepada satu cara hidup yang bersanarkan kepada AL Quran dan Sunnah.
Mungkin untuk Islam biarlah hanya di sebut sebagai AD DEEN.

3 comments:

Unknown said...

"Agama atau Ad-Din?"
Topik yang ingin dibicarakan di sini ialah tentang apa itu agama? apakah perkataan agama itu ada disebut di dalam Al-Quran atau Al-Hadis?selama kita membesar,sering kita mendengar malah menggunakan perkataan tersebut.Tahukah kita perkataan agama itu berasal dari mana?dan apakah maksudnya? Jika kita menyemak di dalam Al-Quran,terdapat lebih 6 ribu kalimat,tetapi tidak ada satu pun perkataan agama,cuma yang ada di dalam terjemahan Melayu.

Sebenarnya huruf 'nga' , 'gha' , 'cha' di dalam tulisan jawi dicipta oleh ulama-ulama silam bagi membunyikan perkataan-perkataan yang tidak terdapat di dalam bahasa Arab.Jadi jelaslah di sini bahawa perkataan agama itu bukanlah perkataan Arab,kerana terdapat perkataan 'gha' di situ.Jadi perkataan 'agama' itu berasal dari mana?perkataan 'agama' itu sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit dan ianya langsung tidak ada perkaitan dengan Ad-Din.

Apakah maksud agama di dalam bahasa Melayu?Agama itu bermaksud 'tiada benda' dalam terjemahan bahasa Melayu.Untuk pengesahan,cuba saudara saudari membuat sedikit semakan perkataan tersebut di dalam ensiklopedia bahasa di perpustakaan awam negeri masing-masing.Bilamanakah perkataan tersebut diguna-pakai lalu dikaitkan dengan Islam,Kristian,Hindu dan Buddha?

Sebenarnya perkataan agama telah diguna pakai sejak zaman pengaruh ajaran Hindu mula bertapak di tanah Melayu.Ketika itu,bila di tanya akan orang yang meletakkan barang-barang untuk sembahyang di tepi jalan bagi penganut ajaran Hindu,jawaban yang diberikan ialah ini 'agama' yang bermaksud 'tiada benda' sehinggakan perkataan itu akhirnya serasi serta dikaitkan dengan ajaran-ajaran yang lain berabad lamanya.

Setelah diketahui agama itu tiada membawa maksud yang tepat,maka marilah kita kembali kepada ajaran Allah swt iaitu kitab suci Al-Quran.Di dalam Al-Quran,Allah swt telah berfirman ".....Pada hari ini,telah kusempurnakan untuk kamu 'Dinakum'....."Quran Surah Al-Maidah ayat ke-3.Apakah yang dimaksudkan dengan 'Dinakum'?

'Dinakum' ataupun Ad-Din sebenarnya membawa maksud atau erti 'cara hidup' di dalam terjemahan bahasa Melayu.Jadi Islam itu sebenarnya merupakan Ad-Din ataupun cara hidup yang meliputi segenap aspek kehidupan termasuklah ibadah,muamalah,ekonomi,pendidikan,sosial,politik dan lain-lain lagi.Sebab itu,jika dilihat dari penggunaan perkataan agama atau ugama maka semua yang terkait seperti ajaran Kristian,Hindu dan Buddha hanya menitik beratkan skop 'ritual' semata-mata berbeza dengan konsep Ad-Din.

Perlu disikapi disini,sebagai seorang Muslim,marilah kita bersama-sama menggunakan istilah Dinul Islam atau pun ajaran Islam setidak-tidaknya.Mungkin saudara saudari tidak menganggap ianya penting,tetapi perlu ditegaskan istilah 'Ad-Din ul-Islam' inilah yang telah difirmankan Allah swt di dalam Al-Quran yang suci yang penuh barokah dan sebagai cara hidup yang diredhai olehNya.

Sebagai penutup,peringatan untuk diri sendiri jua,setiap perkataan membentuk bait-bait kata,ayat-ayat atau rantaian kata-kata sehingga membentuk sebuah rumusan.Jika perkataan itu diertikan dengan tepat,maka tepatlah pula rantaian kata-kata dan tepatlah pula kefahaman kita.Sebaliknya jika perkataan itu digunakan bukan pada tempatnya malah di salah ertikan maksudnya,maka khilaflah kita dalam memahami suatu rumusan itu

Danial123 said...

Pening yg amat

Danial123 said...

pening yang amat