Monday, December 29, 2008

Salam Ma'al Hijrah

Laman BKK mengucapkan selamat menyambut Ma'al Hijrah, 1 Muharram 1430H kepada semua warga BKK tidak kira di mana berada, yang aktif atau pun tidak, yang sering mengikuti aktiviti BKK mahu pun tidak. Semoga Allah menjadikan tahun 1430 H ini sebagai tahun keberkatan dan kejayaan untuk semua warga BKK.

Sama-samalah kita mengungkapkan doa berikut -

Doa akhir tahun

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam. selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, apa jua yang telah kami lakukan pada sepanjang tahun ini, dari apa yang Engkau tegah kami daripada melakukannya, mana mana yang tidak sempat kami bertaubat daripadanya, dan Engkau tidak meredhainya, dan Engkau tidak melupainya, malah engkau berlemah lembut pula ke atas kami walaupun engkau berkuasa menyeksa kami, bahkan Engkau memberi peluang pula kepada kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Mu, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Mu, maka ampunilah kami dan segala perbuatan kami, dari apa yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan kami dengan ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon daripada Mu, wahai Tuhan yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerima amalan kami dan Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada Mu, wahai Tuhan yang Maha Mulia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat, dan peliharalah kami daripada azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabat nya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Doa awal tahun

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkau lah yang kekal, qadim dan azali dan dengan segala kemurahan Engkau yang melimpah, kami memohon dengan kedatangan tahun baru ini, Engkau peliharalah kami daripada syaitan yang direjam, para pembantu dan tenteranya, dan kami memohon pertolongan Mu dalam melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Mu. Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Mu, wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

1 comment:

ilhamhainy said...

Salam maal hijrah.Semoga ada sesuatu yang lebih baik pada tahun baru ini.Saya Cadangkan hari keluarga diadakan di Agrotek Garden Resort di hulu langat selangor.berdekatan dgn sungai..sgt sesuai untuk hari keluarga.Sila hubungi Cik suhana - 03 90216541/90216596