Wednesday, July 20, 2011

KELAHIRAN BARU 2011


Sejuk mata memandang seorang bayi yang baru sahaja di lahirkan ini (penulis menerima gambar ini selepas 2 jam ia di lahirkan). Seorang bayi perempuan, anak ketiga bagi pasangan Saudara Fariz dan Puan Jesrina. Kelahiran paling baharu dan terkini BKK 2011. Lagi 2 minggu nak sambut Ramadhan, semuga bertambah serinya Ramadhan kali ini .

Bayi yang lahirnya bersih dari sebarang dosa, ibarat sehelai kain putih yang bakal dicorak warnakan. Semuga menjadi anak yang solehah... berbakti kepada ibu dan bapa serta keluarga apabila besar nanti , amin.


Baby ini di lahirkan pada jam 2.34 petang bersamaan 20 julai 2011 / 18 Syaaban 1432, di hospital Ampang Puteri , Kuala Lumpur. Dengan timbangan berat 3.4kg.

Laman BKK mengucapkan tahniah di atas kelahiran ini. Semuga membesar dengan sihat walafiat malahan menjadi pencetus semangat kepada dua ibu bapanya. Tahniah juga kepada Tuan Bendahari kita Hj.Akhir dan Puan Hjh.Faridah . Cucunda ke tujuh kalau tak silap penulis.

Soalan kuiz :
Cicit yang ke berapakah ini bagi Hj.Kamarudin dan Hjh.Kalsom ?

- Sila jawab melalui Cbox..

[terbuka kepada semua warga BKK ].

Di akhiri berita gembira ini dengan dua rangkap pantun :

Faris dan Jesrina menimang baby
baby ketiga seorang puteri
Laman BKK berbesar hati
Mengucap tahniah lafaz yang murni

Bertambah meriah keluarga Hj.Akhiar
Nenek Faridah pasti gembira
Kepada Allah diucapkan syukur
Semuga tercipta keluarga bahagia


No comments: