Monday, March 22, 2010

Cuti-Cuti Malaysia - Kuala Gandah Elephant Sanctuary


Hari sabtu terakhir cuti persekolahan baru-baru ini, tak tahu mana nak bawa anak-anak menghabiskan cuti, datanglah idea nak ke Kuala Gandah. Maklumat dihujung jari. Penulis pun google lah Kuala Gandah ni.

Kerana maklumat mengatakan ia terletak dua jam setengah dari Kuala Lumpur, kami sekeluarga pun keluar agak awal. Rupanya tak sampai satu jam setengah saja dah sampai. Sebelum pukul 11 pagi kami dah terpacak dipintu masuk. Masih belum ramai pengunjung. Konfiden lah kami boleh dapat stiker kuning.

Yang bagusnya, tempat ni masuk percuma. FREE. Cuma pengunjung diberi dua jenis stiker. Samada kuning atau merah. Stiker kuning ada kelebihan nya, boleh menunggang gajah dan boleh mandi dengan gajah dalam sungai berhampiran. Stiker merah cuma boleh melihat aktiviti gajah di kawasan ini, boleh beri makan gajah dan boleh mandi dengan anak-anak gajah saja. Naik gajah tak boleh.

Tapi kami hampa, stiker kuning dah sold out. Hanya 120 stiker kuning saja diberi setiap hari. So sapa-sapa yang berhajat nak menunggang gajah tu datang lah awal sikit..

Pusat perlindungan dan pemuliharaan gajah ini sebenarnya dah beroperasi dari tahun 1989 lagi. Ia berfungsi sebagai pusat perlindungan sementara gajah-gajah liar yang ditangkap kerana merusuh masuk kampung dan ladang. Banyak juga anak-anak gajah yang tertangkap kerana terpisah dari kumpulan gajah liar. Ada juga gajah yang dibawa ke sini dalam keadaan cedera kerana termasuk jerat pemburu. Gajah-gajah ini kemudian akan dipindahkan ke kawasan taman negara yang jauh dari populasi manusia.

Kunjungan ke sini membuka mata-mata anak-anak yang pasti teruja dapat bermesra dengan gajah-gajah secara "up close and personal". memberi makan, memandikan gajah dan kalau bernasib baik dapat menunggang gajah.

Petugas-petugas di sini juga mesra dan telah sebaik mungkin memberi penerangan dan maklumat tentang gajah-gajah yang ada di sini. Ia membuka mata tentang penting nya menjaga alam sekitar dan hidupan liar. Video show berhubung isu-isu yang berkaitan dengan gajah liar juga ditayang kan dibangunan pejabat/pendaftaran.

Aktiviti di pusat ini bermula seawal 12.30 tengahari.



pejabat pendaftaran










Yang agak anti klimaks, bila hampir jam dua, waktu aktiviti bersama gajah akan bermula, kami lihat ramai pengunjung terutama pelancong luar negara bersama tour guide masing-masing telah mula sampai dan berkerumun. Yang peliknya mereka datang lewat tapi dapat pulak stiker kuning. Kami yang datang dari awal pagi ni melopong je lah. Agaknya mereka datang pagi-pagi, ambil stiker lepas tu pergi tempat lain kemudian datang semula. Agak nya lah... . Atau mungkin juga pelancong asing tak perlu datang awal, tour guide mereka dah dapatkan stiker sehari atau seminggu sebelum itu. Tapi Pelancong tempatan boleh ke dapat 'treatment' macam tu.

Apa pun tempat ini baik untuk memberi pendedahan dan pengetahuan terutama kepada anak-anak. Boleh lah mereka mengenali haiwan darat terbesar di Malaysia yang semakin terancam. Dapat mengenali haiwan yang dirakamkan dalam Al Quran. Dapatlah dibayangkan betapa hebat nya tentera bergajah Abrahah yang cuba meranapkan Baitullah.

1 comment:

ilhamhainy said...

menarik en3 kali ini.kami pun tak pernah tahu adanya tempat seperti ini