Saturday, January 9, 2010

Salam 2010

Sudah sembilan hari rupanya kita telah menyeberang ke tahun 2010. Melangkah ke tahun baru mungkin membawa rutin hidup baru kepada kita. Anak-anak kembali ke sekolah. Ada yang baru masuk sekolah dan ada juga yang baru berpindah sekolah. Mungkin semasa musim cuti sekolah kita boleh keluar ke pejabar sedikit lewat sekarang terpaksalah keluar lebih awal. Kesibukan harian juga terasa berganda. Cabaran yang datang melanda juga berbagai dan bertubi tubi. Akhirnya nanti dalam diam tanpa kita sedari kita telah pun berganjak lagi ke tahun baru.

Tahun baru tidak membawa harapan baru sebenarnya. Cuba lihat semalam, diumumkan petrol akan dijual mengikut saiz kereta. Beban kepada yang berkereta bersaiz besar walaupun poketnya tidak sebesar mana tetapi yang berkereta kecil boleh lah bernafas lega.

Minggu pertama tahun 2010 ini juga menyaksikan mahkamah memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain. Malang nya ada kalangan politikus dan agamawan tersumbat akal yang turut bersetuju dan mempertahankan pandangan minoriti yang mengatakan "Allah", kalimat suci bagi majoriti orang islam, sama saja ertinya dengan 'tuhan' kepada orang kristian. Alasan nya untuk mendekatkan orang bukan islam kepada islam. Amat naif dan pendek akal.

Sudah hampir 53 tahun Malaysia merdeka, tidak pernah selama itu pihak gereja bising-bising mahu menggunakan kalimah Allah hanya baru sekarang mereka berhujah kalimah 'Allah' tidak eksklusif untuk orang islam saja. Apa motif tersembunyi mereka. Apa yang terdesak sangat nak guna kalimah Allah menggantikan tuhan dalam urusan agama mereka. Kenapa tidak puas hati saja dengan terjemahan 'God' sebagai 'tuhan'.

Tanyalah sendiri kepada penganut kristian malaysia yang majoriti nya dari bangsa cina dan india adakah selama ini mereka menggunakan kalimah "Allah" sebagai merujuk kepada tuhan juga di dalam ibadat mereka atau di dalam doa mereka. Apakah mereka sendiri selesa menggantikan God dengan Allah di dalam doa-doa mereka selepas ini.

Tidak kah ini satu penghinaan kepada umat islam nanti jika digandingkan kalimah 'Allah' dalam tulisan jawi di sebelah nama Jesus Christ. Iya, apa yang akan menghalang tulisan Allah dalam tulisan Jawi/Arab daripada digantung di dalam gereja bersama nama Jesus Christ dan holy ghost.

No comments: