Friday, May 8, 2009

Berita Kematian

Laman BKK dimaklumkan bahawa suami kepada Puan Asmah (anak kepada Mak Cik Ajal Lending) telah meninggal dunia di HUKM petang semalam(6/5/09). Allahyarham Kamarudin akan dikebumikan hari ini 7/5/09 di Kampung Lending. Kepada yang berkesempatan bolehlah menziarahi keluarga Allahyarham di Lending.

Laman BKK secara peribadi juga mewakili keluarga BKK mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham.

Marilah kita sama sama mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama roh roh orang yang beriman.

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada NYA lah kita kembali.

Terimakasih kepada Sdr Mazlan dan Sdr Ahmad Fauzi di atas info ini

No comments: