Tuesday, January 27, 2009

Pertunangan Mohd Shahir Abd Wahab

Setiawan, Ahad 25 Januari 2009.

Tarikh ini adalah tarikh yang amat bermakna kepada Sdr Mohd Shahir Bin Hj. Abd Wahab. Rombongan peminangan yang terdiri dari 5 buah kereta daripada Kuala Lumpur telah diterima dengan baik oleh keluarga Sdri Nur Aishah Bt Zulkifli di rumah mereka di Setiawan Perak. Selain dari Tn Hj Abd Wahab dan Puan Hjh Hasnah sekeluarga, antara yang berkesempatan sama sama di dalam rombongan peminangan ialah Tn Hj Yusof dan Isteri, Sdri Intan Srihani dan anak-anak, Tn Hj Mohd Akhir dan Hjh Faridah, Sdr Faizal Mohd Akhir sekeluarga dan juga Penulis sekeluarga. Tn Hj Yusof bertindak sebagai wakil keluarga Tuan Hj Abd Wahab di dalam majlis peminangan hari itu yang telah berlangsung dalam suasana penuh harmoni. Janji telah diikat, jika tiada aral melintang dan dengan izin Allah majlis akad nikah akan dilangsungkan di Setiawan pada 4 Julai 2009 dan majlis persandingan pada 5 Julai 2009. Majlis menerima menantu di pihak lelaki pula akan berlangsung pada 12 Julai 2009. Diharapkan ahli ahli BKK akan dapat sama sama meluangkan masa.

Tahun ini, InsyaAllah, warga BKK akan meraikan dua perkahwinan anak anak ahli BKK dalam jarak masa yang tidak begitu jauh. Sdri Nur Ayu pada 2 Mei dan Sdr Shahir pada 12 Julai . Laman BKK mengucapkan tahniah kepada Sdr Shahir di atas pertunangan beliau dan semoga majlis akad nikahnya nanti akan berjalan lancar. Buat Tn Hj Abd Wahab dan Hjh Hasnah pula bakal menerima menantu kedua. Laman BKK juga mengucapkan terimakasih kepada Tn Hj Abd Wahab dan Sdr Shahir di atas penginapan dan makan minum yang disediakan kepada rombongan sepanjang berada di Setiawan. Ahli rombongan termasuk penulis tidak melepas peluang untuk melihat-lihat sekitar Lumut dan Pantai Teluk Batik yang terkenal dengan ikan kering dan hasil lautnya

Mohd Shahir dan Siti Nur Aishah

Pn Hjh Hasnah dan bakal menantu





No comments: