Thursday, July 3, 2008

Pertemuan BKK pada 29 Jun 2008

Sekali lagi pada hari Ahad lepas ahli ahli BKK bertemu di rumah Tn Hj Hamdan di Tampin. Ramai juga yang hadir. Tapi Pengerusi pun ada kata nampak macam muka yang sama je yang datang. Ada juga yang datang agak lewat tetapi dapat juga sama-sama mengikuti mesyuarat. Rizal yang keletihan pulang dari Family day di Genting pun dapat hadir. Abg Wahab yang baru pulih dari pembedahan juga turut sama. Hafiz dengan isterinya Azizah yang masih dalam rawatan kemoterapi pun datang. Kak Norli yang dengar nya juga sedang mengikuti terapi kemoterapi juga sempat mencari ruang untuk sama-sama bersilaturrahim. Mudah-mudahan semangat yang ditunjukkan oleh mereka-mereka ini menjadi ikutan kepada kita semua.

Wa imma pun Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Seperti biasa, mesyuarat bermula selepas masing-masing bersarapan . Terima kasih Tuan rumah. Selesai mesyuarat ada tahlil dengan diakhiri dengan doa oleh Ust Syafawi Al Hafiz.







Ni - Durratun Nafisah anak Ust Syafawi



Ini pulak Mohd Isyraf anak Rizal

Seperti biasa, Kita ucapkan banyak-banyak terimakasih daun keladi kepada tuan rumah yang menyediakan makan tengah hari yang enak sekali. Pertemuan akan datang dijadualkan akan berlangsung di rumah Sdr Shamsul Akmal dan Khairiah di Melaka pada 23 Ogos 2008 mendatang. Mari lah kita sama-sama serbu rumah baru mereka.





penganjur pertemuan akan datang



















1 comment:

N.I.S. said...

Bravo!Satu permulaan yang memberangsangkan. Harap dapat diteruskan secara berperingkat-peringkat. Topik yang boleh dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam blog ini termasuk sejarah BKK, senarai ahli, perlembagaan dan salasilah keluarga. Banyakkan lagi gambar dan video, sekurang-kurangnya dapatlah kami yang jauh ni mengikuti perkembangan. Mungkin boleh kongsi dengan saya nama pengguna dan kata laluan blog supaya saya boleh muatkan artikel apa yang patut jika ada kesempatan.