Sirih saya sirih cina
Sirih datang dari Kuantan
Cincin saya cincin bertanya
Ada tidak menaruh intan
Berapa tinggi si pucuk pisang,
Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi si Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan hati
Sudah lama kami ke tasik
Tali perahu terap belaka
Sudahlah lama kami merisik
Barulah kini bertemu muka
Sudah lama langsatnya condong
Dahannya rebah ke ampaian
Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang disampaikan
Sirih datang dari Kuantan
Cincin saya cincin bertanya
Ada tidak menaruh intan
Berapa tinggi si pucuk pisang,
Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi si Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan hati
Sudah lama kami ke tasik
Tali perahu terap belaka
Sudahlah lama kami merisik
Barulah kini bertemu muka
Sudah lama langsatnya condong
Dahannya rebah ke ampaian
Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang disampaikan
Gobek cantik gobek cik puan
Sirih dikunyah menjadi sepah
Tabik encik tabiklah tuan
Kami datang membawa sembah
Bukan kacang sebarang kacang
Kacang melilit si kayu jati
Bukan datang sebarang datang
Datang membawa hajat di hati
Sapu tangan jatuh ke laut
Jatuh dengan kalas-kalasnya
Hulur tangan saya sambut
Satu tidak dengan balasnya
Itu lah antara khazanah budaya melayu. Pantun di atas sebenarnya adalah antara koleksi pantun pantun merisik di dalam adat dan budaya melayu. Merisik yang dimaksudkan adalah ritual adat sebelum rombongan rasmi peminangan di hantar menemui keluarga gadis idaman. Merisik untuk memastikan sang gadis masih belum berpunya dan samada peminangan bakal diterima atau sebaliknya.
Sengaja Laman BKK memaparkan pantun pantun ini kerana khabarnya ada ahli BKK yang dirisik baru-baru ini. Siapa dia. Tidak dapat lah Laman BKK mengkhabarkan kerana Laman BKK pun cuma tahu dari berita berita yang di bawa angin.
Jika benar, biarlah yang empunya badan yang mengumumkan.
No comments:
Post a Comment