Friday, July 31, 2009

Perjumpaan BKK

Dimaklum kan BKK akan mengadakan Perjumpaan Keluarga dan Mesyuarat Jawatan Kuasa pada masa dan tarikh di bawah :

Perjumpaan Keluarga & Mesyuarat Jawatan Kuasa
Tarikh : 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 1.00 Tengahari
Tempat : Rumah Hj Salleh dan Hjh Leha
Kg Renggoh, Johol.


Ini adalah acara BKK yang pertama selepas Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas. Sama-sama kita meramaikan majlis ini.

Saturday, July 25, 2009

Jemputan Ke Majlis Menyambut Menantu

[Dr Hj Shamsudin B Kamaruzaman]


Laman BKK menyampaikan pesan. Dr Hj Shamsudin Bin Kamaruzaman dan Isterinya Hjh Norehsan Bt Zakaria menjemput seluruh warga BKK ke Majlis Menyambut Menantu beliau Sarah Ataillah Bt Mohd Ramli yang berkahwin dengan anak nya, Anas Bin Shamsudin pada masa dan tempat seperti berikut :

Ahad, 9 Ogos 2009
(18 Syaaban 1430H)
Di
Lot 5993, Jalan Kerdas 4
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
12 Tgh - 4 Ptg.


Kepada semua, kad-kad jemputan dari Dr Shamsudin ada pada saya.

Tuan Setiausaha...

Laman BKK nak berkongsi berita dengan semua. Mungkin ramai yang terlepas pandang semasa membaca akhbar beberapa hari lepas. Maklum.. ada yang tengok tajuk muka depan saja, setengah nya terus membelek ruangan kartun. Pun ada juga yang tidak lagi membaca akhbar arus perdana, ada juga yang baca ruangan sukan je, sampai tak perasaan gambar Tuan Setiausaha terpampang di dada akhbar.


Thursday, July 23, 2009

Salam dari Puncak

Laman BKK ingin menguar-uarkan satu lagi blog ahli BKK iaitu Salam dari Puncak, http://salamdaripuncak.blogspot.com. Blog ini dikelolakan oleh chef BKK yang beroperasi di atas puncak Bukit Fraser. Di samping kita dapat mengetahui keadaan di puncak sana, kita juga disajikan dengan resepi-resepi masakan yang membuatkan anda terliur.

Wednesday, July 22, 2009

Merisik

Sirih saya sirih cina
Sirih datang dari Kuantan
Cincin saya cincin bertanya
Ada tidak menaruh intan

Berapa tinggi si pucuk pisang,
Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi si Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan hati

Sudah lama kami ke tasik
Tali perahu terap belaka
Sudahlah lama kami merisik
Barulah kini bertemu muka

Sudah lama langsatnya condong
Dahannya rebah ke ampaian
Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang disampaikan

Gobek cantik gobek cik puan
Sirih dikunyah menjadi sepah
Tabik encik tabiklah tuan
Kami datang membawa sembah

Bukan kacang sebarang kacang
Kacang melilit si kayu jati
Bukan datang sebarang datang
Datang membawa hajat di hati

Sapu tangan jatuh ke laut
Jatuh dengan kalas-kalasnya
Hulur tangan saya sambut
Satu tidak dengan balasnya


Itu lah antara khazanah budaya melayu. Pantun di atas sebenarnya adalah antara koleksi pantun pantun merisik di dalam adat dan budaya melayu. Merisik yang dimaksudkan adalah ritual adat sebelum rombongan rasmi peminangan di hantar menemui keluarga gadis idaman. Merisik untuk memastikan sang gadis masih belum berpunya dan samada peminangan bakal diterima atau sebaliknya.

Sengaja Laman BKK memaparkan pantun pantun ini kerana khabarnya ada ahli BKK yang dirisik baru-baru ini. Siapa dia. Tidak dapat lah Laman BKK mengkhabarkan kerana Laman BKK pun cuma tahu dari berita berita yang di bawa angin.

Jika benar, biarlah yang empunya badan yang mengumumkan.

Cerita Pagi Rabu.

Sebetulnya saya tidak suka menyentuh isu-isu semasa. Saya akan elakkan Laman BKK dari menjadi forum membahas hal-hal yang di luar ruang lingkup BKK itu sendiri. Bagi saya, Laman BKK khas untuk berita keluarga... noktah. Tapi pagi ini sewaktu duduk bersarapan di restoran mamak saya menjadi mual dan muak. Bukan.. bukan kerana roti canai di restoran mamak pagi ini memualkan. Tidak.

Melihat tajuk akhbar muka depan hari ini tak semena-mena naik rasa jelak sampai ke ubun ubun. Roti canai rasa melekat di tenggorok. Tarif elektrik mungkin akan naik. Begitulah lebih kurang maksud tajuk akhbar pagi tadi. Baru saja minggu lepas PM mencanangkan sempena 100 hari pemerintahannya, 11 'hadiah' mesra rakyat diumumkan akan diberi kepada rakyat. Sesuai dengan retorik terbaru "rakyat didahulukan'. Tidak apalah, kita ucapkan lah juga terimakasih walaupun 'hadiah' itu pun sebenarnya memang hak rakyat. Memang kurang tepat dan janggal sekali bila kerajaan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat diuar-uarkan sebagai pemberian hadiah. Biarlah... Tidak berapa hari, tambang kenderaan awam, teksi dan bas sekolah diumum akan dinaikkan sehingga 30%. Hari ini kita dikejutkan lagi dengan 'hadiah' terbaru berupa kenaikan tarif elektrik. Itu yang rasa kelat di leher, tak tahu samada nak bersorak gembira atau sebaliknya. Yang lebih tepat rasa seperti dah 'terkena'. Jadi... apa sebenarnya hadiah kerajaan kepada rakyat, meringankan beban rakyat atau semakin membebankan ... mendahulukan rakyat atau mengutamakan rekod keuntungan syarikat GLC... rungut kawan yang sama bersarapan sambil tersedak sedak. Apabila tarif elektrik naik pasti ada kesan berantai nya kepada harga barangan dan perkhidmatan lain yang pasti juga mendesak untuk dinaikkan.

Kalau disemak semula rekod dan penyata kewangan TNB beberapa tahun kebelakangan mungkin kita dapat lihat keuntungan nya sedikit merosot tetapi masih tidak rugi. Masih berbiliun untung nya. Tarif hendak dinaikkan bukan sebab syarikat pembekal letrik itu rugi tapi kerana mahu menambah untung. Mungkin ini lah maksudnya rakyat 'didahulukan', biarlah rakyat yang didahulukan ini lebih dahulu pula menanggung beban. Rakyat semuanya, dari utara sampai selatan, dari timur bawa ke barat, termasuklah warga BKK terpaksa menanggung kenaikan yang bakal dikenakan. Jadi isu ini bukan isu luaran, ia juga isu BKK . BKK pernah satu ketika mengurangkan yuran bulanan kerana negara dilanda kemelut ekonomi. Prihatin dengan beban ahli-ahli keputusan dibuat untuk mengurangkan yuran bulanan. Selepas dikurangkan tetap saja ada ahli ahli yang masih tidak dapat membayar. Kita tidak mahu kenaikan tarif elektrik ini akan menambahkan lagi beban ahli ahli BKK dan kutipan yuran bulanan juga turut merosot.

Bagaimana ... anda masih rasa seperti anak-anak mendapat hadiah atau gula-gula. Atau anda merasa digula-gulakan. Sebentar... tolong panggil mamak tu mintak tambah air suam buat menolak roti canai yang masih degil melekat di kerongkong ni.

Melanjutkan Pengajian

Laman BKK ingin megucapkan tahniah kepada dua orang anak ahli BKK yang telah melanjutkan pelajaran ke IPT baru baru ini. Masih belum terlambat rasanya. Sdr Mohd Nazim Bin Hj Hamdan melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Antarabangsa di Gombak di dalam bidang teknologi maklumat. Nazim telah mendaftar masuk pada akhir Jun yang lepas.





Manakala Nur Atiqah Bt Hj Abdul Wahab telah mendaftar masuk ke MaktabPerguruan Dato' Razali Ismail di Batu Rakit, Terengganu pada awal Julai yang lepas.


Laman BKK mengucapkan selamat maju jaya semoga kejayaan mereka akan menjadi pendorong pula kepada generasi seterusnya untuk terus melakar kecemerlangan.

Friday, July 17, 2009

Kenduri Kesyukuran

Sdr Shahlin, ibunya Puan Hjh Esah dan Sdri Norzaihan menjemput semua untuk hadir ke Kenduri Kesyukuran yang akan diadakan pada :
18 Julai 2009 (Hari Sabtu)
Pukul 12 tengah hari
bertempat di :
No.19, Jalan Seri Serindit 7,
Taman Seri Serindit, Bukit Serindit
Melaka
Kepada yang berkesempatan bolehlah sama-sama meraikan majlis tersebut. Selepas itu bolehlah pula ke rumah Sdr Jefri di Senawang untuk Kenduri Aqiqah pula yang bermula selepas Asar.

Sunday, July 12, 2009

Jemputan ke Majlis Aqiqah


Sdr Jefri menjemput warga BKK ke rumah beliau pada Sabtu akan datang (18 Julai 2009), selepas Asar. Beliau baru sahaja menerima cahaya mata yang kedua dan berhajat mengadakan Kenduri Aqiqah pada hari tersebut. Kepada yang berkesempatan boleh lah ke rumah beliau di :


No.109, Jalan TM3,

Taman Merpati, Senawang.

(Sebelah JPJ Seremban).

Sdr Shahlin bertukar ke Sabah


Tidak sampai sebulan kembali dari Perth, Sdr Shahlin sekeluarga akan berhijrah pula ke Kota Kinabalu, Sabah kerana ditukarkan kesana. Menurut sumber, beliau sekeluarga akan berangkat ke Kota Kinabalu pada 20 Julai nanti. Afiq, Syarafi, Zarif, `Iffah dan Hasif akan bersekolah di tempat, persekitaran, budaya dan suasana baru. Pasti tidak boleh dibandingkan dengan Perth. Sdri Norzaihan pula macam mana. Sambung cuti tak bergaji ke?. Laman BKK mengucapkan selamat berangkat dan selamat maju jaya. Bertambah lagi warga BKK di negeri bawah bayu.

Zulkarnain pulang bercuti


Laman Bkk Mengucapkan selamat bercuti dan selamat pulang ke tanah air kepada Sdr Zulkarnain Badrul Hisham. Zul yang sedang mengikuti kursus perubatan di Universiti Cairo akan bercuti sehingga Hari Raya nanti. Gunakanlah masa cuti sebaiknya. Temuilah saudara mara.

Nur Ain Syakirah masuk hospital


Laman BKK dimaklumkan Nur Ain Syakirah Mohd Rizal (9thn) dimasukkan ke Hospital Pantai, Melaka pada 6 Julai lepas setelah mengadu sakit kepala semasa berada di sekolah. Bapa nya, En Rizal telah mengejarkan Nur Ain ke Hospital. Dikatakan Nur Ain telah lama mengalami sakit kepala yang menyerang sekali sekala ini. Setelah menjalani ujian MRI, doktor tidak dapat mengesan sebarang keganjilan di kepalanya dan mengesahkan bahawa Nur Ain sepatutnya sihat. Nur Ain sekarang telah keluar hospital dan sempat menghadiri majlis perkawinan Shahrir dan Syukri semalam. Kita doakan Nur Ain akan sembuh sepenuhnya.

Saturday, July 11, 2009

Hari Bersejarah


Saya merasakan hari ini satu sejarah. Sekurang-kurang di dalam lingkungan keluarga BKK. Lebih khusus di dalam keluarga Tn Hj Abd Wahab dan Hjh Hasnah. Iyalah, dalam beberapa tahun berapakah kebarangkalian kita akan dijemput ke 'double wedding'. Tidaklah sampai mustahil tapi bak kata P. Ramlee ..'kaddang kaddang'. Mungkin kerana itu juga lah Keluarga besar BKK hari ini tak lepaskan peluang meramaikan dewan D'Klana di Kelana Jaya. Setengah nya dari pagi lagi. Sampai lah ke penghujung majlis masih ramai 'melepak' di sekitar dewan sambil 'chatting' dengan keluarga yang lama tak bertemu. Ada sepupu sepupu dan saudara mara yang dah bertahun tak berjumpa.

Majlis gemilang berlangsung lancar. Rombongan pengantin dari Rembau dan Setiawan datang tepat pada waktunya. Langsung diarak ke dalam dewan untuk majlis makan sambil disaksikan oleh kaum keluarga dan para tetamu.








Hj Hamdan, Hj Ghazali, Hj Salleh dan Sdr Mazlan bersama keluarga masing masing sanggup datang dari jauh, dari kampung untuk meraikan pasangan Syukri & Ain dan Shahir & Aishah. Jadi, Syukri dan Shahir jangan lupa menjejak tapak pak pak sedara dari kampung tu. Tu tak di kira lagi sedara sedara yang lain. Di bawah ini sebahagian gambar gambar sanak saudara yang hadir.


[Pn Maimunah dan En Harun]

[Sdr Shamsul, Mikail , Shafini dan Pn Zulaikha]

[Sdr Fauzi, Sdr Saufi dan Isteri dan Pn Hafizah]

[Sdr Hafiz, sdr Johari, Jazlee dan Tn Hj

[Sdr Mazlan sekeluarga]

[Mak Ngah bertanya khabar pada Zulkarnain yang baru pulang dari Cairo]

[sdr Darwis dan Keluarga]

[Sdr Daniel, Pn Suhana dan Jerelyn]

[Tn Hj Yusof dan anak anak lelakinya]

[Dilla, Pn Rusiah, Fikah dan Hani]

[Pn Hjh Rohaya, Pn Zakiah dan Pn Hjh Rohani]
[Pn Hjh Kamariah, En Karim, Noraini dan Nabawi]

[Amar, Pn Rozila, Pn Halyani dan Pn Sarimah]

[Pn Hjh Rohani, Pn Rozila, Pn Halyani Pn Norzaihan]

[Pn Julia dan Pn Hjh Rohani]

[Pengantin dan Pn Halyani]

[Ilyas, Iffah dan Hazrat]

[flanked by the younger members of the family]

[Sdr Hafiz, Sdr Azhar dan Sdr Sabri]


[Pn Hjh Asmah dan Pn Hjh Leha]

[Ilyas & Haziq]

[Ibu dan Bapa Pengantin hanya dapat menjamah makanan sesudah pukul 4]

[Kegembiraan jelas diwajah walau kepenatan tetap terbayang]

Sehingga Julai ini BKK telah melalui 3 perkahwinan. Tetapi jangan anggap sudah berakhir. Tahun ini sudah menjadi tahun perkahwinan bagi BKK. Masih ada satu lagi perkahwinan akan berlangsung Disember ini. Bersedialah. Siap kan cuti. Jangan buat perancangan bercuti ke mana-mana lagi. Siapa, di mana dan bila tarikh sebenarnya. Tunggu saja pengumuman nya nanti. Selalu selalu lah singgah ke laman bkk untuk berita terkini.

Wednesday, July 8, 2009

Selamat Pengantin Baru

Tahniah! Warga BKK mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' kepada Muhamad Syahir bin Hj. Abdul Wahab dan pasangannya Siti Noraishah binti Zulkifli yang telah selamat diijabkabulkan pada 4 Julai 2009 di Masjid Kampung Sitiawan, Sitiawan, Perak. Majlis persandingan pula telah diadakan di rumah pengantin perempuan pada 5 Julai 2009. Semoga ikatan perkahwinan ini dicurahkan mawaddah wa rahmah yang berpanjangan dan berkekalan kepada pasangan pengantin.

Masjid Kg. Sitiawan

Sebelum upacara akad nikah dilakukan

Khusyuk mendengar tazkirah daripada Jurunikah

Menunggu dalam debaran detik-detik bergelar isteri

Warga BKK yang turut hadir

Menandatangani surat nikah

Kasih seorang isteri

Penyerahan mas kahwin

Upacara membatalkan wudu'

Isteri menyarungkan cincin di jari suami

Ciuman pertama daripada suami

Pengantin baru ceria selalu

Warga BKK bergambar dengan ibu pengantin lelaki dan perempuan

Kini bergelar suami dan isteri

Pengantin baru bersama kedua ibu bapa masing-masing

Menikmati minum petang di rumah pengantin perempuan selepas akad nikah

Warga BKK bersiap sedia untuk berarak

Menunggu ketibaan pengantin lelaki

Segak bergaya

Menyambut ketibaan suami

Beriringan menuju ke pelamin

Gembira di atas pelamin ditemani oleh para pengapit

Bagai pinang dibelah dua...sama cantik sama padan


Tetamu yang hadir di majlis perkahwinan Syahir & Aishah di Sitiawan

Meja hidangan Raja Sehari

Pn. Hjh. Hasnah menepung tawar kedua mempelai

Giliran Pn. Hjh. Leha merenjis air mawar

Tn. Hj. Abdul Wahab turut menepung tawar

Renjis jangan tak renjis Busu Zai...jangan masuk mata pengantin udah le...

En. Zulkifli (bapa pengantin perempuan) memberi nasihat sambil merenjis air mawar

Sisters at wedding...(dari kiri) Busu Zai, Kak Teh, Kak Lang & Kak Chik

`Iffah dan Durratun menyaksikan persandingan pengantin

Pengantin baru...teringat masa di atas pelamin

Di meja hidangan

Selesai makan...acara potong kek

Ibu...cukuplah... udah le jangan makan lagi...moh balik

Bersiap untuk pulang ke Perth...eh silap...KL...jangan marah ha