Sunday, September 21, 2008
Ramadhan Al-Mubarak
Masih ingat lagi? Dulu bulan puasa ini juga diambil kesempatan untuk kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara untuk berbuka puasa. Masing-masing akan membawa juadah untuk sama dinikmati. Terasa kemeriahan berpuasa. Harapnya tradisi ini diteruskan sesama kita kerna ia menambahkan lagi eratnya silaturrahim selain bersama-sama menghayati fadhilat Ramadhan.
Bagi ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak kecil lingkungan umur 5 tahun ke atas, inilah masanya untuk kita melatih mereka bersabar dalam menahan lapar dan dahaga. Katakan pada mereka puasa ini mengajar mereka untuk mengawal diri dan fikiran supaya nanti bukan nafsu dan fikiran yang mengawal mereka. Tapi jangan dipaksa, lihat kemampuan mereka, sekiranya masih boleh bertahan berikan dorongan untuk meneruskan puasa, sekiranya memang kelihatan lemah, berilah mereka makan, agar nanti mereka tidak membenci Ramadhan. Berilah latihan secara berperingkat, mungkin puasa 5 jam, setengah hari dan seterusnya penuh satu hari agar mereka dapat menyesuaikan diri.
Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik lagi dari yang lalu....dan semoga Syawal yang mendatang ini memberikan kita penuh keinsafan dan ketaqwaan. Ketika kita bergembira usah dilupa mereka yang telah tiada. Doa dan amalan dihadiahkan buat mereka semoga ruh mereka dicucuri rahmat dan digolongkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
Akhir sekali, renungi kata-kata ini.......
Walking through the journey of da'wah
Stepping in search of Mardhatillah
Roaming during day and night
Seeking truth of wrong and right
Hoping and never stop believing
Ask for strength to never stop trying
Thinking, smiling, Alhamdulillah
Let us grab the last ten days of Ramadhan!
Wednesday, August 20, 2008
Hargai Keluarga Kita
Saturday, July 26, 2008
Panduan untuk Ibu Bapa
Kanak-kanak di peringkat umur ini ingin melakukan segalanya sendiri! Sediakanlah makanan yang mudah dimakan sendiri olehnya dan tidak begitu mengotorkan. Biarkan dia membersihkan dan mengeringkan dirinya sendiri, menggosok gigi, menyikat rambut, mengemaskan barang mainan dan menukar baju. Jangan mengharapkan kerjasama sepenuhnya!Ketika umurnya menjangkau 18 - 24 bulan, perkenalkan penggunaan tandas untuk membuang air kecil dan besar supaya dia dapat membiasakan diri; ada masanya biasakan dia tidak memakai lampin dan sentiasa bercerita dengannya tentang masa untuk ke tandas.
Pengawalan kemahiran yang bertambah baik bermakna kanak-kanak ini dapat memikul tugas yang lebih dari sebelumnya dengan sendiri walaupun pengawasan, galakan dan susulan masih lagi diperlukan. Anak-anak ini boleh menggunakan sudu dan garfu untuk perbuatan yang mudah seperti memotong. Mereka sudah boleh membersihkan diri sendiri,memberus gigi, menyikat rambut menukar pakaian tapi masih memerlukan pertolongan untuk melakukannya dengan sempurna.Menyemat butang, mengikat reben atau tali kasut mungkin masih satu perkara rumit dan belum boleh di lakukan dengan baik sehingga peringkat umur 5 atau 6 tahun.
Apa yang boleh anda lakukan?
- Jadikan kebiasaan, tugas-tugas harian sesuatu yang menyeronokkan - waktu mandi menyanyi bersama dan meniup buih, geletek kakinya ketika menanggalkan stokin, gunakan waku makan untuk berbual dan melakukan aksi wajah yang melucukan.
- Galakkan anak anda untuk melakukan aktiviti sendiri - biarkan dia menggunakan sabun untuk membersihkan diri ketika mandi, berikan dia memegang sudu ketika diberi makan atau biarkan dia menanggalkan stokinnya.
- Yakinkan anak anda bahawa membuat silap adalah 'ok' dan pujilah usahanya untuk menguruskan dirinya sendiri. Anak anda akan berasa yakin untuk mencuba perkara baru yang lebih rumit jika dia berasa selamat bahawa anda tidak berharap dia melakukannya dengan betul setiap masa.
- Beritahu apa yang anda lakukan - "sekarang kita akan membasuh muka sayang..", "jom kita tanggalkan stokin".
- Biarkan anak menyaksikan anda dan ahli keluarga yang lain melakukan aktiviti menguruskan diri seperti membasuh muka, menggosok gigi, berpakaian, menggunakan bilik air dan makan.
- Sediakan masa yang banyak dan secukupnya untuk anak anda melakukan aktiviti pengurusan dirinya.
- Berikan anak anda peluang untuk mengulangi dan melatih diri melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.
Sunday, July 6, 2008
Imbau Kembali
Acara ini disertai oleh lebih kurang 90 orang terdiri daripada ahli dan keluarga BKK, tetamu kehormat dan penaja. Pelbagai aktiviti diadakan sebagai pengisian majlis seperti tazkirah, malam mesra, sukaneka dan pertandingan mewarna/menulis esei.
Hari keluarga ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan tali silaturrahim di antara warga keluarga BKK, di samping beramah mesra dan bersantai, menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli keluarga seterusnya menghasilkan satu wadah semangat setia kawan dan muhibah antara warga keluarga BKK.
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang telah menyumbang untuk Tabung Hari Keluarga BKK, Penaja yang bermurah hati menderma dan beberapa ahli yang telah memberikan sumbangan peribadi sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Semoga acara ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk menambahkan kejelekitan hubungan kekeluargaan, bertukar-tukar pendapat, berkongsi pengalaman dan seterusnya sentiasa memelihara hubungan kekeluargaan agar dapat hidup dengan aman dan harmoni selamanya.
(Sumber berita daripada Biro Tugas-tugas Khas, AJK BKK Sesi 2003/2005)
Thursday, July 3, 2008
Sekali lagi pada hari Ahad lepas ahli ahli BKK bertemu di rumah Tn Hj Hamdan di Tampin. Ramai juga yang hadir. Tapi Pengerusi pun ada kata nampak macam muka yang sama je yang datang. Ada juga yang datang agak lewat tetapi dapat juga sama-sama mengikuti mesyuarat. Rizal yang keletihan pulang dari Family day di Genting pun dapat hadir. Abg Wahab yang baru pulih dari pembedahan juga turut sama. Hafiz dengan isterinya Azizah yang masih dalam rawatan kemoterapi pun datang. Kak Norli yang dengar nya juga sedang mengikuti terapi kemoterapi juga sempat mencari ruang untuk sama-sama bersilaturrahim. Mudah-mudahan semangat yang ditunjukkan oleh mereka-mereka ini menjadi ikutan kepada kita semua.
Wa imma pun Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Seperti biasa, mesyuarat bermula selepas masing-masing bersarapan . Terima kasih Tuan rumah. Selesai mesyuarat ada tahlil dengan diakhiri dengan doa oleh Ust Syafawi Al Hafiz.
Ini pulak Mohd Isyraf anak Rizal

