Assalamualaikum wrmth wbrkth....
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT pada 3 julai 2011 bersamaan 1 Syaaban 1432 perjumpaan dan mesyuarat Badan Kebajikan keluarga Hj.Kamarudin & Hjh.Kalsom telah selamat berlangsung dengan lancarnya. Perjumpaan yang di adakan di kediaman timbalan pengerusi BKK , Tuan Hj.Yusof dan Hjh.Katijah di Paroi Jaya, Seremban. Bermula dari jam 10 pagi ahli-ahli BKK yang terdiri dari Ibu-ibu dan bapa-bapa saudara, anak-anak buah serta cucunda-cucunda mula tiba memenuhi rumah Tuan Hj.Yusof.
Tetamu-tetamu yang datang dari KL , Seremban, Gemas, Melaka, Tampin dan Johol memulakan acara pertama iaitu acara minum pagi, menikmati hidangan pagi sambil beramah mesra , bertanya khabar. Dan ini adalah pertemuan pertama selepas AGM yang lalu.
Selamat datang semua. Selamat datang kepada ahli kita yang baru, iaitu saudara Firdaus dan isteri, puan Siti Hajar.
Walaupun kelihatan penuh segala ruang dirumah Tuan Hj.Yusuf namun sebenarnya perjumpaan kali ini tidaklah disertai oleh semua warga BKK. Seperti mana biasa bagi yang tidak berkelapangan, tidak sihat dan seumpamanya tidak dapat bersama, begitu juga yang tinggal jauh seperti di utara, pantai timur dan bumi bawah bayu .
Bagi yang tidak sihat semuga cepat sembuh. Dan kepada saudara Rizal yang baru semalam berpindah ke rumah baru, tahniah dan selamat berpindah.
Antara perkara yang diperbincangkan dalam mesyuarat kali ini ialah tentang pembahagian tugas kepada AJK biro yang baru. Pembentangan kewangan terkini dan penetapan tempan majlis berbuka puasa BKK dibulan Ramadhan dan perjumpaan hari raya. Seperti yang dipersetujui Majlis berbuka puasa akan di adakan di rumah Puan Sarimah di Sungai Buloh dan perjumpaan hari raya di rumah Hj.Yusri. Tarikh bagi kedua-duanya akan di maklumkan kemudian. Semuga semua warga BKK mengambil perhatian dan membuat perancangan awal.
Mesyuarat BKK di ikuti dengan majlis tahlil yang d pimpin oleh tuan Pengerusi sendiri. Lebih kurang jam 12.30 tengah hari agenda mesyuarat tamat. Makan tengah hari kali ini di sediakan oleh Puan Intan Sri Hani, ayam masak kuning, sambal udang, daging masak kicap, ikan goreng, sayur kobis, ulam dan sambal belacan. Bagi yang tidak dapat hadir ini hanyalah sebagai makluman sahaja. Buat pengikat hati , penambat kasih...
Semuga ikatan antara ahli BKK akan terus kukuh. Berkembang dari satu generasi ke satu generasi dengan baik. Kepada Allah jua kita pohonkan segala keberkatan. Selamat ketemu kembali di majlis berbuka puasa pada Ramadhan yang tidak lama lagi akan tiba.
( untuk melihat gambar-gambar sepanjang perjumpaan sila lihat pada Face book BKK )
No comments:
Post a Comment