Jawatankuasa BKK telah bertemu dan bermesyuarat pada 16 Ogos 2009 lepas di rumah Tn Hj Salleh dan Hjh Leha di Kg Renggoh Johol. Ramai juga yang hadir ke mesyuarat yang juga sekaligus pertemuan keluarga ini termasuk lah pengantin pengantin baru. Laman BKK tidak hadir atas urusan kerja, oleh itu tak ada lah gambar-gambar yang dapat di kongsi di sini.
Mesyuarat telah membuat rombakan kepada portfolio biro-biro dengan mengurangkan jumlah biro dari lapan kepada lima sahaja. Biro Biro dan ketuanya adalah seperti berikut :-
A. Biro Perhubungan, Publisiti dan Penerbitan
i. Tn HjYusri Hj Kamarudin - Ketua
ii. Puan Khairiah Hj Mohd Salleh
B. Biro Kebajikan dan Ekonomi
i. Puan Hjh Faridah Hj Kamarudin
C. Biro Pendidikan dan Dakwah
i. Encik Muhammad Shafawi Hj Abd Wahab - Ketua
ii. Puan Hjh Rozila Hj Ghazali
D. Biro Rakan Muda dan Tugas-tugas Khas
i. Encik Shamsul Akmal Hj Isa - Ketua
ii. Encik Muhammad Shukri Hj Abd Wahab
E. Syarikat Tolong Menolong
Mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan Puan Hjh Leha mengendalikan syarikat ini.
Biro Perhubungan digabungkan dengan biro penerbitan. Biro Rakan Muda digabungkan dengan biro tugas-tugas khas. Biro pendidikan pula bergabung dengan Biro Dakwah. Biro Kebajikan pula digabungkan dengan biro Ekonomi.
Harapan ahli-ahli sudah pasti untuk melihat biro-biro ini berjalan dengan lebih mantap lagi demi kepentingan dan kebajikan semua ahli.
No comments:
Post a Comment