Monday, June 29, 2009
Rombongan ke Lumut
Beberapa hari lagi, tepatnya hari sabtu 4 Julai 2009 Keluarga Tn Hj Abd Wahab dan Pn Hjh Hasnah akan bertandang ke Lumut, Perak untuk acara akad nikah Sdr Mohd Shahir pula. Tuan rumah menyatakan bahawa rombongan akan bertolak pada pagi sabtu dan akad nikah akan berlangsung pada sebelah petang hari yang sama.
Kepada sesiapa yang berhajat untuk turut serta ke Lumut bolehlah berhubung dengan tuan rumah. Tuan rumah ada menyediakan 11 bilik hotel di Lumut untuk penginapan malam itu. Rombongan akan bertolak pulang dari Lumut keesokan harinya iaitu hari Ahad.
Sunday, June 28, 2009
Kampung Budaya
Sepanjang berada di Kampung Astana Raja Rembau semalam, penulis melihat kesan budaya minangkabau masih melekat terutama di segi seni binaan rumah. Masih banyak rumah-rumah kampung yang bercirikan khas minangkabau dengan bumbung melengkung, binaan dari kayu keras, berserambi dan sesetengahya berbumbung rendah. Pemerhati budaya pasti dapat menemukan banyak sampel sampel rumah yang bercirikan minangkabau yang sekarang sudah identik dengan Negeri Sembilan. Kedudukan Kampung ini yang hampir dengan Melaka juga memberi impak kepada struktur rekabentuk rumah. Pengaruh binaan Melaka paling ketara dapat dilihat pada rumah-rumah yang menggunakan tangga dari batu yang dihiasi jubin berwarna warni meriah mendominasi ruang serambi, ruangan pertama yang akan diinjak tetamu.
Saturday, June 27, 2009
Walimah Syukri
Sakinah Mawaddah Wa Rahmah diucapkan kepada pasangan Mohd Syukri dan Nor Ain yang selamat diijabkabulkan hari ini di kampung Astana Raja, Rembau.
Rombongan keluarga pengantin lelaki bertolak dari Taman Tampin Permai tepat jam 10.00 pagi dan sampai ke masjid kariah Astana Raja 20 minit kemudian dengan diiringi kaum keluarga di dalam lebih 9 buah kereta. Hj Ghazali, Hj Yusof, Hj Salleh, Sdr Mazlan, Sdr Fauzi, Hjh Leha dan beberapa lagi ibu dan bapa saudara dan sepupu sepupu turut hadir menyaksikan ijab kabul dan seterusnya mengiringi pengantin ke majlis persandingan di rumah pengantin perempuan.
[masjid di mana ijab kabul dijalankan]
[masih berdebar menunggu tok imam]
[Durratun sempat terlena menunggu Pak Ngah di akad nikah]
[sabar menanti saat bergelar isteri]
Thursday, June 25, 2009
Promosi Belahan Jiwa
Pn Intan Sri Hani Binti Hj Mohd Yusof dalam diam aktif juga 'blogging'. cuma dia tak kabor ke kite. Blog beliau Belahan Jiwa berkisar kepada rencam hidup seharian nya di rumah, kerja, anak anak, pandangan hidup dll dengan bahasa yang santai dan sempoi.
Dapat juga ahli BKK mengikuti perkembangan keluarga En Aris dan Pn Intan ni. Maklumlah mereka pun selalu sangat berhalangan datang ke aktiviti BKK. Dapat juga nengok gambar anak anak sedara yang semakin membesar.
Silalah lawati BELAHAN JIWA Di :
http://ilhamhainy.blogspot.com/
Dapat juga ahli BKK mengikuti perkembangan keluarga En Aris dan Pn Intan ni. Maklumlah mereka pun selalu sangat berhalangan datang ke aktiviti BKK. Dapat juga nengok gambar anak anak sedara yang semakin membesar.
Silalah lawati BELAHAN JIWA Di :
http://ilhamhainy.blogspot.com/
Selamat pulang perantau
Laman BKK mengucapkan selamat pulang ke tanah air kepada En Shahlin, Pn Norzaihan dan keluarga ke tanah air pada 23 Jun lepas setelah berkampung selama satu setengah tahun di Perth. Selamat pulang ke kesibukan Kuala Lumpur, selamat menghirup semula udara yang berjerebu, selamat menikmati jalan jalan yang sentiasa "jam". Selamat kembali ke Malaysia yang tidak bosan bosan nya "over politicking". Selamat pulang ke negara yang sedang dilanda virus selsema "toot". Selamat kembali ke negara One Malaysia. Negeri sembilan pun nak jadi One Negeri Sembilan. Untuk anak anak mungkin sudah selesa dengan sistem pendidikan yang jelas berbeza. kelihatan lebih "fun" dan lebih menarik. Selamat masuk semula ke sistem pendidikan yang terlampau exam oriented. Selamat masuk kantor semula.
Bagaimanapun, kata orang lebih baik hujan batu di negeri sendiri.
Selamat pulang ke pangkuan BKK.
Agama dan Ugama
Bila membaca semula entri sebelum ini, penulis tercenung sedetik, kenapa dulu SMKA SHAMS namanya Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama (SMKU) kemudian bertukar menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Apa ada pada istilah. Setelah membuat sedikit pencarian fahamlah penulis bahawa Agama dan Ugama berasal dari perkataan sanskrit. Bahasa Sanskrit ini seperti bahasa latin kepada Agama Kristian dan bahasa Arab kepada Ad Din Al Islam. Sanskrit adalah bahasa rasmi kepada Agama Buddha dan juga Hindu. Buddha terlebih dahulu bertapak di nusantara hinggalah pengaruhnya mulai terhakis oleh Agama Hindu yang mulai merambah dari abad ke lima dan enam lagi di kepulauan nusantara. Sanskrit juga menjadi bahasa rasmi kerajaan dan istana pemerintah seperti kerajaan Sailendra yang mendirikan Borobudur di abad ke enam dan kerajaan besar Sriwijaya. Seterusnya digunakan juga oleh brahmin hindu di zaman kerajaan kerajaan besar antaranya mataram, kediri dan terakhir majapahit.
Di dalam Sanskrit terdapat tiga istialah yang hampir sama tapi merujuk kepada perkara yang berbeza:
AGAMA - merujuk kepada peraturan timbal balik antara raja dan rakyat
IGAMA - merujuk kepada peraturan timbal balik antara dewa dan manusia
UGAMA - merujuk kepada peraturan yang berlaku antara sesama manusia
Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang telah menyamakan bahawa istilah Agama merujuk kepada sistem kepercayaan yang ada sekarang samada Islam kristian dan lain lain disebut sebagai agama Islam, agama Kristian, agama Hindu dan seterusnya.
Jelas dari bahasa asal istilah AGAMA mahupun UGAMA tidak satu pun bertepatan untuk merujuk kepada satu sistem kepercayaan atau pun keimanan kepada yang maha pencipta apatah lagi merujuk kepada satu cara hidup yang bersanarkan kepada AL Quran dan Sunnah.
Di dalam Sanskrit terdapat tiga istialah yang hampir sama tapi merujuk kepada perkara yang berbeza:
AGAMA - merujuk kepada peraturan timbal balik antara raja dan rakyat
IGAMA - merujuk kepada peraturan timbal balik antara dewa dan manusia
UGAMA - merujuk kepada peraturan yang berlaku antara sesama manusia
Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang telah menyamakan bahawa istilah Agama merujuk kepada sistem kepercayaan yang ada sekarang samada Islam kristian dan lain lain disebut sebagai agama Islam, agama Kristian, agama Hindu dan seterusnya.
Jelas dari bahasa asal istilah AGAMA mahupun UGAMA tidak satu pun bertepatan untuk merujuk kepada satu sistem kepercayaan atau pun keimanan kepada yang maha pencipta apatah lagi merujuk kepada satu cara hidup yang bersanarkan kepada AL Quran dan Sunnah.
Mungkin untuk Islam biarlah hanya di sebut sebagai AD DEEN.
Saturday, June 20, 2009
50 Tahun SMKA SHAMS
Malam tadi, 19/6/2009, Penulis sempat menghadiri Majlis Makan Malam sempena sambutan Jubli Emas, 50 tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said Seremban (SMKA SHAMS). Sekolah lama penulis (1981-1983). Bukan niat penulis mahu mempromosi sekolah ini kerana penulis pernah belajar di sini. Bukan, tak pernah terdetik pun.
Hanya apabila penulis menginjakkan semula kaki ke kampus sekolah setelah hampir 20 tahun dan menyaksikan betapa ramainya bekas bekas pelajar sekolah ini yang telah berjaya dan menjadi 'orang', penulis segera teringat sekolah ini ada juga jasanya kepada BKK secara tidak langsung. Manakan tidak, dari kiraan rambang penulis sedar tidak sedar sudah ada hampir 10 orang ahli keluarga pernah menuntut ilmu di sini.


Semoga SMKA SHAMS akan terus menabur bakti kepada anak bangsa.
Ibu Pn Halyani di Hospital
Tuesday, June 9, 2009
Promosi Alqowareer
Ummu Naufal rupanya sudah punya laman blog baru. Alqowareer namanya. Kelihatan masih baru. Kalau tak salah lahir sejak bulan Mei. Masih panas panas lagi. Ummu Naufal bercerita tentang aktiviti sehariannya (sibuk betul nampaknya walau tidak bekerja secara rasmi), fikrah dan penelitiannya dan ada juga artikel bersangkutan BKK. Satu artikel yang menarik dan mesti dibaca oleh semua ahli BKK pastinya "Tanah tumpah darah" . Membangkit nostalgia kepada generasi lama dan memberi gambaran kepada generasi baru tentang bagaimana rupanya kehidupan ibu bapa mereka sewaktu kecil.
Kepada Ummu Naufal kita berharap sajikanlah lebih banyak artikel artikel baru yang lebih mantap dan gurih.
Monday, June 8, 2009
gambar gambar sepanjang Hari Keluarga
Sunday, June 7, 2009
Hari Keluarga 2009
Hari Keluarga BKK bermula selepas Mesyuarat Agung Dwitahunan selesai. Sebelum itu pertandingan mewarna untuk kanak kanak juga telah dijalankan di banglo semasa mesyuarat berjalan.
Acara sukaneka dijalankan di pantai Port Dickson yang telah semakin bersih. Acara sukaneka ini memberi peluang kepada ahli ahli untuk berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana lebih santai dan mesra. Acara seperti lari dalam guni, meniup belon, mencari gula dalam tepung, mengisi air dalam botol dan lain lain pasti menjadi kenangan. Hadiah hadiah untuk pemenang di berikan pada sebelah petang sebelum acara pengkisahan bermula. sebelum makan tengahari ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mandi manda di laut.

Subscribe to:
Posts (Atom)