Tuesday, May 5, 2009

Majlis Perkahwinan Nur Ayu Ghazali

Sebenarnya majlis telah pun berlalu tiga hari lalu, secara tepatnya hari Sabtu 2 haribulan April 2009, tetapi Laman BKK baru dapat bernafas dan mencari ruang untuk mengemaskinikan blog ini. Majlis yang gilang gemilang berlangsung dengan lancar. Nazaruddin dan Nur Ayu selamat di ijab kabul sebagai suami isteri. Kepada Sdr Naza, selamat datang ke dalam keluarga besar BKK. Kepada mempelai yang masih basah inai di jari kita harapkan segeralah mendaftar sebagai ahli BKK dan tidak terhenti setakat itu. Jadilah ahli yang aktif menyumbang kepada aktiviti BKK hendaknya


gambar tidak menurut susunan kronologi. Acara menyarung cincin ini mestilah selepas akad.

Kita tidak ada flower girls tapi kita ada poster girls

Sup tulang dah jadi tradisi untuk orang penanggah. Menu ni tak ada untuk tetamu . Laman BKK nompang je.

Akad Nikah dilaksanakan sendiri oleh Tuan Hj Ghazali

Alhamdulillah, selamat diijab kabul. Sah lah bergelar suami orang.

Ahli keluarga menyambut tetamu yang datang

Pengantin baru bersama Bonda.

Mempelai bersama sebahagian ahli BKK

Raja sehari berpeluang jadi selebriti

Majlis di meriahkan dengan persembahan silat dan hembus hembus api

sebahagian tetamu yang hadir

Live music pun turut disajikan... tetamu berborak pun terpaksalah menjerit sedikit untuk mengatasi sound sistem yang mantap

Delegasi dari Nerusa
Tuan rumah turut menjemput adik kepada Allahyarham Ayahanda, Hj Mohd Shah dan keluarganya. Ramai yang tak kenal ni.


Walau apa pun Laman BKK tabik hormat kepada saudara Mohd Ainul Hafiz yang tidak menjadikan penyakit dan kesukarannya untuk bergerak sebagai alasan untuk tidak hadir di majlis Pak Long nya ini. Semoga menjadi cabaran kepada yang lain yang sihat walafiat.
















No comments: