Wednesday, May 27, 2009

Salam Ulang Tahun - May

Laman BKK mengucapkan selamat ulang tahun kepada ahli-ahli berikut yang lahir pada bulan Mei. Moga sentiasa di bawah peliharaan Allah Subhanahu Wa Ta`ala.

Pn Rusiah Hj Ibrahim. Lahir pada 5/5/1968


Shahira Ellyna Badrul Hisham. Lahir pada 10/5/1993

Alif Amirul Aiman Mohd Aris. Lahir pada 3/5/2000

Muhammad Hasif b. Shahlin. Lahir pada 3/5/2003

Iman Nurhakim Mohd Aris. Lahir pada 7/5/2002

Tn Hj Mohd Salleh Hj Mohd Isa. Lahir pada 18/5/1944

Siti NurSyazana Mohd Rosdi. Lahir pada 22/5/2001

Ahmad Haziq Ahmad Fauzi. Lahir pada 24/5/1997

Amran Abdul Aziz. Lahir pada 25/5/1969

Pn Hjh Norlida Hj Kamarudin. Lahir pada 27/5/1965









Lokasi AGM dan Hari Keluarga

Mungkin ada yang masih keliru.
AGM dan Hari Keluarga BKK kali ini akan di adakan di :
Banglo Percutian Winner
(Winner Holiday Bungalow)
Batu 9 (KM 14)
Port Dickson
Negeri Sembilan

Mohd Irfan di Hospital

Mohd Irfan Bin Mohd Faizal telah dimasukkkan ke wad 4 HUKM tengahari tadi. Maklumat daripada Sdr Faris dan Puan Hjh Faridah. Punca nya setakat ini hanya diketahui kerana mengalami demam.
Kita doakan semoga Irfan segera sembuh.

Tuesday, May 12, 2009

Bertandang Ke Kota Damansara

Hari Ahad lepas Kota Damansara dikunjungi rombongan menghantar pengantin dari Gemas. Delegasi yang terdiri dari sebuah van dan hampir 4 buah kereta dari Gemas dan disertai juga 5 kereta dari Kuala Lumpur tiba di perkarangan Blok perumahan Kantan pada pukul 1.30 petang. Ketibaan rombongan disambut meriah dengan paluan kompang dan persembahan silat sebelum dijemput menjamu selera.
bersiap untuk berarak


antara yang turut sama berarak

Pengantin dengan persalinan putih sedondon. pilihan bijak, dapat mengurangkan kepanasan dibawah terik matahari.

sapa minat nak sambut.. boleh cuba.

Chef sendiri turun padang nak pastikan raja sehari puas hati

Tn Hj Shamsuddin Kassim dan isteri turut hadir

makan kenyang kenyang sebelum balik penang

one for the album

antara ahli BKK yang kelihatan pada hari itu

Ibu, Ibu saudara dan ibu mertua

akan kekal dalam lipatan kenangan

Saturday, May 9, 2009

Rombongan menghantar pengantin

Pada hari Ahad (10/5/2009) ) ini rombongan dari Rumah Tn Hj Ghazali akan bertolak ke Kota Damansara. Rombongan pengantin perempuan akan bertolak dari Gemas pada pukul 9.30 pagi dan di jangka sampai di Kota Damansara pada pukul 12.30 tengahari. Kepada ahli ahli BKK yang berhasrat untuk turut serta menghantar Nur Ayu boleh lah menunggu di Tol Kota Damansara pada jam 12.30 tengahari Ahad nanti. Dari situ rombongan akan sama sama bergerak ke rumah pengantin lelaki.
Jika menggunakan highway NKVE dari Tol Jalan Duta menghala ke Klang. Exit ke Kota Damansara sebelum exit ke Petaling Jaya.



Alamat Rumah Pengantin Lelaki :
2-4-6, Kantan 2
Jalan Nuri 7/4
Kota Damansara
Petaling Jaya

Friday, May 8, 2009

Berita Kematian

Laman BKK dimaklumkan bahawa suami kepada Puan Asmah (anak kepada Mak Cik Ajal Lending) telah meninggal dunia di HUKM petang semalam(6/5/09). Allahyarham Kamarudin akan dikebumikan hari ini 7/5/09 di Kampung Lending. Kepada yang berkesempatan bolehlah menziarahi keluarga Allahyarham di Lending.

Laman BKK secara peribadi juga mewakili keluarga BKK mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham.

Marilah kita sama sama mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama roh roh orang yang beriman.

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada NYA lah kita kembali.

Terimakasih kepada Sdr Mazlan dan Sdr Ahmad Fauzi di atas info ini

Tuesday, May 5, 2009

Pertunangan Mohd Syukri

Ahli ahli BKK agak sibuk di awal Mei ini. Baru saja selesai majlis di Gemas, keesokannya, keluarga BKK berkumpul pula di rumah Tuan Hj Abd Wahab dan Puan Hjh Hasnah di Tampin Permai untuk melaksanakan hajat Sdr Mohd Syukri menghantar rombongan peminangan ke Astana Raja Rembau.



Inilah dara idaman Sdr Syukri. Nurul Ain Binti Mohd Zaki namanya.
Laman BKK mohon maaf kerana tidak dapat turut sama ke Astana Raja.


Majlis Perkahwinan Nur Ayu Ghazali

Sebenarnya majlis telah pun berlalu tiga hari lalu, secara tepatnya hari Sabtu 2 haribulan April 2009, tetapi Laman BKK baru dapat bernafas dan mencari ruang untuk mengemaskinikan blog ini. Majlis yang gilang gemilang berlangsung dengan lancar. Nazaruddin dan Nur Ayu selamat di ijab kabul sebagai suami isteri. Kepada Sdr Naza, selamat datang ke dalam keluarga besar BKK. Kepada mempelai yang masih basah inai di jari kita harapkan segeralah mendaftar sebagai ahli BKK dan tidak terhenti setakat itu. Jadilah ahli yang aktif menyumbang kepada aktiviti BKK hendaknya


gambar tidak menurut susunan kronologi. Acara menyarung cincin ini mestilah selepas akad.

Kita tidak ada flower girls tapi kita ada poster girls

Sup tulang dah jadi tradisi untuk orang penanggah. Menu ni tak ada untuk tetamu . Laman BKK nompang je.

Akad Nikah dilaksanakan sendiri oleh Tuan Hj Ghazali

Alhamdulillah, selamat diijab kabul. Sah lah bergelar suami orang.

Ahli keluarga menyambut tetamu yang datang

Pengantin baru bersama Bonda.

Mempelai bersama sebahagian ahli BKK

Raja sehari berpeluang jadi selebriti

Majlis di meriahkan dengan persembahan silat dan hembus hembus api

sebahagian tetamu yang hadir

Live music pun turut disajikan... tetamu berborak pun terpaksalah menjerit sedikit untuk mengatasi sound sistem yang mantap

Delegasi dari Nerusa
Tuan rumah turut menjemput adik kepada Allahyarham Ayahanda, Hj Mohd Shah dan keluarganya. Ramai yang tak kenal ni.


Walau apa pun Laman BKK tabik hormat kepada saudara Mohd Ainul Hafiz yang tidak menjadikan penyakit dan kesukarannya untuk bergerak sebagai alasan untuk tidak hadir di majlis Pak Long nya ini. Semoga menjadi cabaran kepada yang lain yang sihat walafiat.