Tuesday, December 29, 2009
selamat pulang ke tanah air
Friday, December 25, 2009
Tahniah Hanani
Wednesday, December 23, 2009
Jalan Jalan Cari Makan Ke Mengabang Telipot
Untuk mengubat hati anak-anak, kami ke Mengabang Telipot mencari sotong goreng tepung. Memang mantap. Menikmati sotong goreng, ikan, udang dan keropok lekor di gerai yang berhadapan dengan laut yang sedang bergelora. Jangan tertipu dengan gerai nya. Bangunan kedai papan kelihatan seperti dah nak rebah tetapi padat dengan pengunjung. Di sepanjang jalan ada beberapa lagi kedai yang menjual sotong goreng tepung ni. Tinggal pilih. Perjalanan hampir 25 kilometer daripada pusat bandar Kuala Terengganu terasa berbaloi.
Hazrat Masuk Hospital
Sebentar tadi Sdr Faris mengesahkan Hazrat baru sahaja 'discharge' dari SJMC tengah hari tadi.
Semoga Hazrat akan sihat sentiasa selepas ini.
Saturday, December 19, 2009
Isteri Ochek Baharudin di Hospital
Berita diperolehi daripada Tuan Setiausaha BKK.
Laman BKK mendoakan Pn Zahariah akan 'respons' dengan positif terhadap rawatan yang diberikan dan akan segera sembuh.
Kepada yang berkesempatan eloklah berziarah ke Wad 2C, Hospital Besar, Seremban.
Friday, December 18, 2009
Salam Maal Hijrah 1431 H
Monday, December 14, 2009
Tn Hj Hamdan di Hospital
Tahniah Sdr Shamsul Zahri & Pn Zulaikha
Laman BKK mengucapkan tahniah kepada pasangan Sdr Shamsul dan Ika di atas kelahiran anak ketiga mereka pada 10/12/2009 di Hospital KPJ, Seremban. Laman BKK agak lewat menerima maklumat tentang kelahiran anak lelaki kedua pasangan ini.
Bertambah lagi warisan hj Kamrudin dan Hjh Kalsom dan BKK semakin membesar. Tahun depan akan menyaksikan beberapa lagi kelahiran di dalam BKK, InsyaAllah.
Saturday, December 12, 2009
Peperiksaan penting sepanjang tahun
Tn Hj Hamdan Masuk Wad
Kepada yang berkesempatan boleh lah berziarah ke hospital Tampin sebelum atau selepas Majlis menerima menantu Tn Hj Ghazali di Gemas esok.
Sunday, December 6, 2009
catatan rasa ilhamhainy
Hari-hari terakhir seorang....Mak
"Mak…..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..
Baru 6 hari mak pergi,
Rasanya baru semalam kiter peluk jenazah mak ..sejuk
syahdu masih terasa lagi nih…
Mak tau tak..
itu lah pertama kali mak bawak anak kita laila yang nakal
dan lasak tu berjalan...balik kampung kat Johol
dan itu juga terakhir kali nya.
Mak makan penuh selera..
sup ayam dengan kentang sambal.
Mak mintak kiter sendukkan nasi tambah..mak kata
selera sangat makan hari ni...Emmmm…rupanya mak dah
tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak…..cucu-cucu mak..nak tinggal
kan dunia fana ni…..
mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
mak tunggu spagetti kiter...mak belikan 4 helai baju gaun baru
tuk cucu2 perempuan mak
mak buatkan azhar gulai ikan sembilang masak lemak
mak masakkan kiter mee bandung yg kiter x puas makan....
Paling menarik semua barang-barang baru mak beli...
paling menarik sekali ,apa yang mak idamkan mak dapat..
kiter belikan mak kerusi kayu baru masa raya ari tu...
hujan lebat pun kita pergi belikan jugak...
Kiter belikan mak gear box buat sup masa raya tu..
mak kata dah dua tahun tak dapat makan sup gear box...Mak
merajuk dengan ayah sebab tak belikan gear box...hati kiter
kuat nak belikan jugak lepas tu makan sama2 dgn mak...
hati mak puas masa tu...
Mak…..
Hari tu hari isnin 09/11/2009 mak telefon kiter kat
ofis…....borak sekejap...dalam sekejap tu pun mak sempat
marah kiter sebab selalu suka lupa..itulah marah mak yang
terakhir kat kiter...
Mak memang selalu call kiter kat opis
borak2...sembang...bila malam tu kiter baru nak lelap adik
telefon..K.ngah mak dah tak de...
Kiter nak meraung, rasa nak jerit...tapi kita istighfar
banyak2 sebab kiter ingat semua pesan mak...kiter da keluar
rumah kiter patah balik sebab teringat mak pernah pesan
kalau mak mati...tutup mak dgn kain batik lepas ni...
kiter sampai KLIA jenazah mak da tiba di sana. kiter
gagahkan diri cium mak..kiter tak tinggalkan mak malam tu...
sepanjang malam kita Yasinkan mak...sebab walau kiter
ni nakal...kiter ni racun..kiter ni madu...kiter ingat semua
pesan mak...
Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak pergi…
kami terpaksa juga terima hakikat….
ampon kan kami yer mak….
Mak…..
Malam itu adik dgn ayah bawa mak ke klinik..
Kiter sangat bersyukur adik ada mengadap mak masa
tu...kalau lah mak sensorang malam tu...
Mak….
Mak tau tak….
Kiter masih ingat lagi….
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 10.00 pagi mak di mandi kan ….
Kiter satu2nya anak perempuan mak..
kiter mesti mandikan
mak...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kiter menggosok
seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..kiter gosok jari kaki
mak yang bengkok..Mak perasan tak…?
Dulu kiter selalu buat main jari kaki mak tu...mak gelak jer
masa tu...mak ingat lagi tak...?
Kiter puas kawal perasaan ni masa mandikan mak...dada
kiter rasa macam nak pecah...kiter ingat lagi dulu masa
kecik mak mandikan kiter...sekarang kiter mandikan mak
kali yang terakhir...
tapi kiter kawal air mata supaya tak menitik atas mak….
Mak…....
kiter nangis ni…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak..!
Takpa la…..
nanti bila setiap kali kiter selesai sembahyang..
kiter baca yassin untuk mak…kalau tak sempat kita
sedekahkan Al-fatihah
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter cium pipi mak…
rasa tak puas
kiter tak daya….
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak sama2 tolong kafankan
mak.
Mak tauu…
Lepas mak pergi kiter demam...tapi kita kuatkan semangat
kiter..kiter sekarang da ambil alih tugas mak..kiter mesti
kuat
Mak…..
Hari2 kiter lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas isyak anak mak ini
berendam airmata…
Dan sampai satu tahap…
.kiter jerit kuat2...tapi kita tekap muka kiter kat
bantal...malu jugak nanti semua orang dengar..
Mak tauu…
kiter cuba bertahan….
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Hari ni kiter masuk kerja..tapi mak dah tak telefon kiter
lagi..dulu hari2 mesti mak telefon..
Mak tau tak..
Kiter pujuk hati kata mak ni pergi jalan tak balik2...di saat ini
kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada
ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..
Sekarang ni kiter kena jaga ayah...jaga adik2... kawan2 ye tak
mo lawan...selagi ayah ada kita kena jaga ayah..kita hanya
ada ayah jer sekarang...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk
sekolah..
sampai belajar tinggi..
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Baby Boy Ustaz Syafawi
Kehadiran bayi lelaki ini melengkapkan lagi keluarga Ustaz Syafawi yang telah pun mempunyai seorang anak perempuan, Durratun Nafisah. Tahniah kepada pasangan ini. Juga kepada Tn Hj Abd Wahab dan Pn Hjh Hasnah yang menerima cucu baru.
Sehingga 27 November, sewaktu penulis pergi berziarah, bayi ini masih belum diberi nama.
Bagi BKK bererti bertambah lagi generasi baru warga BKK.
Tn Hj Salleh Dan Hjh Leha Berangkat Menunaikan Haji
Saturday, December 5, 2009
Perkahwinan Muhammad Nur Ariff Ghazali dan Nur Amalina Saori
Allahyarhamah Puan Hjh Hazizah Talib Dalam Kenangan
Ini adalah merupakan ‘update’ terkini blog ini setelah lebih sebulan terbiar sepi. Sepi kerana masa penulis untuk bersantai mengulit ‘laptop’ untuk hal-hal yang tidak berkait dengan tugasan kerja agak terhad.
(saat pengebumian di Makam Sheikh Hj Mohd Said, Seremban)
ALFATIHAH.
Monday, October 19, 2009
Syawal 1430H Dalam Kenangan
Sehingga hari ahad semalam, masih ramai yang sibuk dengan rumah terbuka. Minggu depan pun masih ada lagi rumah terbuka, walau sudah diluar Ramadhan.
Syawal sebenarnya bulan mengeratkan silaturrahim. Bulan untuk kita saling menziarahi saudara mara, adik beradik, rakan dan taulan. Mengeratkan silaturrahim memang dituntut. Syawal membuka peluang kepada umat Islam untuk melaksanakan tuntutan itu.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW bersabda : “sesungguhnya rahim itu berasal dari ar Rahman, lalu Allah berfirman: “sesiapa menyambungmu (rahim) maka Aku Menyambungnya (orang yang menyambung silaturrahim) dan sesiapa memutusmu (rahim) maka Aku memutusnya (orang yang memutuskan silaturrahim).” (Riwayat Bukhari).
Dalam hal yang sama, Rasulullah juga bersabda:”Tidak masuk syurga pemutus silaturrahim” (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi) dari Zubir bin Muth’sim r.a).
Warga BKK, InsyaAllah, masih tetap berusaha untuk mengekalkan tradisi menyambung silaturrahim di hari lebaran. Bermula dari sebelum tirai Ramadhan jatuh, ramai yang pulang ke kampong halaman. Tidak lupa, ramai yang pulang ke rumah Hj Salleh dan Hjh Leha, rumah pusaka Ibunda dan Ayahanda.
Hari “mantai” menurut orang Negeri Sembilan, merujuk hari melihat anak bulan, yang penuh kesibukan, membakar lemang, merebus ketupat, merendang daging, berkemas rumah dan lain-lain persediaan untuk menyambut ketibaan Syawal. Semua dilakukan bersama. (foto zam dll).
(Sdr Zam tekun mengulit lemang.. jangan hangus bang)
Hari Raya pertama, dihabiskan dengan menziarahi saudara mara terdekat. Walau pun dekat tapi bertemu hanya setahun sekali. Busu Soyah, contohnya, penulis sendiri hanya bertemu dengan nya dua tahun dulu. Inilah antara adik beradik Allahyarham Ayahanda yang masih hidup. Selain Busu Soyah rombongan Penulis juga sempat bertamu ke rumah Makcik Ajal. Kedua-dua nya di Lending.
Kedua nya sudah sakit-sakitan. Kami juga ke rumah Arwah Kak Long Kiah. Suaminya juga sudah tidak lagi mengenali tetamunya. Terfikir juga, selama manakah kita akan dapat terus mengenali saudara mara kita.
Penulis juga hanya mengenali Busu Soyah , Makcik Ajal dan beberapa orang anaknya, tetapi cucu dan cicitnya memang kalau berlaga bahu di jalan pasti tidak kenal. Di lebaran ini, disamping menjamu selera, peluang terbuka luas untuk mendekati kembali saudara mara yang jarang bertemu.
Benarlah sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari : “Siapa yang mahu dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah ia menyambung silaturahim”.
Silaturrahim menjadi sebab terbuka jalan ke Syurga kerana dikurniakan Hidayah dan dikasihi Allah. Dari Abu Ayub Al Ansari r.a bahawa ada orang bertanya kepada Nabi SAW: “Khabarkan kepada ku tentang satu amalan yang memasukkan aku ke dalam syurga.” Seorang berkata Ada apa dia ? Ada apa dia? “ Rasululah SAW bersabda: “Apakah dia ada keperluan? Beribadahlah kamu kepada Allah, jangan mempersekutukan Nya dengan suatu apa pun, dirikan solat, tunaikan zakat dan bersilaturrahimlah” (Riwayat Bukhari).
Manakala, dengan sebab memutuskan silaturrahim, akan menyebabkan seseorang tidak dapat memasuki syurga kerana dilaknat Allah dan terhijab dari mendapat petunjuk. Firman Allah : “ Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan (silaturrahim)? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan Nya telinga mereka dan dibutakan Nya penglihatan mereka (Muhammad:22-23).
Oleh itu aktiviti berziarah, mengeratkan silaturrahim ini bukan aktiviti di bulan Syawal sahaja, biarlah ia sentiasa berterusan.
Pun begitu, Penulis juga terkilan kerana tidak dapat menziarahi ramai lagi keluarga ibu dan bapa saudara, terutama keluarga yang telah kembali ke rahmatullah seperti Arwah Busu Hassan dan lain-lain.
Juga kepada warga BKK yang tidak sempat diziarahi, Penulis mohon maaf, keran kesuntukan masa. InsyaAllah kita akan bertemu di aktiviti-aktiviti BKK yang akan datang.