Wednesday, September 28, 2011

MUSIM RAYA DAN MUSIM PEPERIKSAAN


Selesai sudah Syawal dan hari raya Aidil fitri . Semuga budaya bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi dikalangan warga BKK akan mendapat redha dan berkat dari Allah Tuhan yang esa. Jamuan raya BKK telah disambut dengan meriah dirumah Tuan HJ.Yusri pada 18 september yang lalu beserta dengan solat hajat mendoakan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan . Ya.. sekarang kita sudah berada di dalam bulan zulqaedah.. musim orang berangkat ketanah suci.

Musim raya bersambung dengan musim orang pegi Mekah dan musim peperiksaan anak-anak . Bermula dengan UPSR yang sudah pun selesai, PMR dan SPM. Anak-anak yang berada dalam tahun peperiksaan tahun ini mungkin tidak menyambut Aidilfitri sakan berbanding mereka yang tidak mengambil peperiksaan besar pada tahun ini. Kita doakan mereka tenang dalam menghadapi peperiksaan dan membuat yang terbaik setelah melakukan persediaan yang terbaik. Selamat maju jaya.

Doakan anak-anak / adik-adik kita yang tersayang.. :

UPKK :


Alif Amirul Aiman Bin Md Aris
SPM :


Nur Fadhilah Hanani Yusri

UPSR:

Nurhani Syamimi Mazlan, Nur Syakirah Mohd Rosdi & Mohd Nazmi Badrul Hisyam


PMR :

Ammar Danial Badrul Hisyam , Ahmad Fikri Ahmad Fauzi, Mirza Azri Mazlan & Muhammad syarafi Shahlin

BERAKIT-RAKIT KE HULU
BERENANG-RENANG KETEPIAN
BERSUSAH-SUSAH DAHULU
BERSENANG-SENANG KEMUDIAN

USAHA, DOA & TAWAKAL KEPADA ALLAH.

" bit taufek wan najah... amin "


No comments: