Sunday, August 21, 2011

IFTAR BKK


Majlis khatam Al Quran dan berbuka puasa telah selamat di adakan pada 13 hb 0g0s 2011 di rumah Puan Sarimah, Sg.Buloh. Alhamdulillah ...

Sekali lagi anak cucu serta menantu Hj.Kamarudin dan Hjh.Kalsom bersua muka, mengeratkan silaturrahim, mengambil berkat bulan Ramadhan yang mulia. Majlis di mulakan dengan khatam al Quran dan doa. Apabila masuk waktu maghrib acara berbuka dengan hidangan air kurma dan kuih muih yang di bawa secara pot-luck . Solat maghrib berjemaah mendahului makan nasi dan lauk pauk yang pelbagai.

Solat jemaah maghrib , isyak dan tarawih telah diimamkan oleh tuan imam muda kita Ustaz Mohd Syafawi bin Abd.Wahab [sejuk perut ibu mengandung, melahirkan seorang hafiz] . Semoga akan lahir lagi ramai al hafiz dari kalangan keluarga BKK. Satu keluarga satu hafiz, InsyaAllah.

Tuan pengerusi kita nampaknya tidak dapat hadir pada kali ini. Khabarnya beliau ada sedikit masaalah kesihatan , semuga cepat sembuh.

Terima kasih kepada semua yang telah membawa juadah untuk di nikmati bersama. Murah rezki dan panjang umur. Jumpa lagi di Aidilfitri.

Sambal belacan, ulam-ulaman, lauk ayam, mee kari, kuih muih, pencuci mulut dan buah-buahan memenuhi meja yang empat segi. Air sejuk memang menjadi rebutan..

Saban Ramadhan Allah mengurniakan kita rezki yang melimpah ruah, semuga kita tidak lupa untuk mensyukurinya. Rakyat Somalia yang mengalami kebuluran paling teruk dan terburuk selepas 60 tahun sewajarnya kita ingati. Rakyat palestin dan dimana jua pelusuk dunia yang di diami oleh saudara seIslam kita.

Yang terbaru di Urumqi satu wilayah di Negeri China , mereka telah dinafikan hak mereka untuk berpuasa oleh pemerintah. Mereka tidak di benarkan berpuasa malahan kerajaan menyediakan makanan percuma kepada mereka supaya mereka makan. Rakyat yang bangkit menentang ditangkap.




1 comment:

Anak Mamah said...

great to be here (Y) ..
I like to read the information provided here.

Thanks you my friend.

Badut Karawang