Monday, August 31, 2009

Salam Ulang Tahun

Laman BKK mengucapkan selamat ulang tahun kepada warga BKK yang lahir di bulan Ogos ini.

[Pn Noraini Bt Abu Bakar. Lahir pada 2/8/1973]

[Pn Hjh Rohani Bt Abd Azis. Lahir pada 2/8/1952]

[Pn Haini Bt Yusof. Lahir pada 2/8/1969]

[NurFadhilah Hanani. lahir pada 4/8/1994]

[Mirza Azri Bin Mazlan lahir pada 9/8/1996]

[Pn Hjh Halyani Hj Hassan. Lahir pada 10/8/1968]

[Shafini Bt Hj Mohd Salleh. Lahir pada 11/8/1981]

[Fatin Arissa Sofea Bt Mohd Aris lahir pada 14/8/1997]

[Pn Hjh Hasnah Bt Hj Kamarudin. Lahir pada 22/8/1956]

[ Muhammad Afiq Bin Shahlin. Lahir pada 29/8/1995]

Sdr Mohd Rizal Masuk Hospital


Laman BKK lambat diberitahu. Sdr Rizal . Sdr Mod Rizal Hj Salleh rupanya telah menginap hampir 6 hari di Hospital Putra, Melaka. Sdr Rizal berada di hospital dari 24 Ogos sampai 28 Ogos. Sakitnya, Slip Disc... penyakit pinggang dan tulang belakang yang amat menyakitkan dan mengganggu aktiviti harian.

Kita doakan beliau segera sembuh. Katanya nak jumpa sinseh pakar tulang belakang di Seremban... dah pegi blum. Jangan lambat lambatkan. Raya nanti nak drive jauh balik Marang tu.

BKK Berbuka Puasa

Sabtu 29 Ogos, Rumah Tuan Hj. Hamdan menjadi tumpuan, tempat berkumpul warga BKK untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan tahun ini.

Ramai yang sempat hadir, Tn Pengerusi, seperti biasa, Tim. Pengerusi, Tn Hj Yusof juga hadir. Tn Hj Wahab dan Isteri, Tn Hj Mohd Akhir, Sdr Faris, Sdr Fauzi, Sdr Shukri dan isteri. Sdr Khairul Annuar Salleh dari Kelantan juga ada. Ramai.

Semua membawa makanan serba sedikit, Pot Luck style. Yang tak datang pasti rugi.

Majlis dimulai dengan tahlil sebelum berbuka puasa diikuti dengan solat Maghrib bersama. Seterusnya solat Isya dan Tarawih sebelum bersurai.








Friday, August 21, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN

Laman BKK sebagai mewakili Biro Publisiti, Penerangan dan Penerbitan, juga secara peribadi dan bagi pihak keluarga ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua warga BKK diseluruh ceruk pelusuk negara, jauh dan dekat, yang sering bertemu dan juga yang sudah lama tidak bersua. Harapan kita, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menjalani Ramadhan kali ini dengan penuh bermakna, marilah kita sama-sama mengejar peluang untuk beribadat di bulan yang mulia ini dan berusaha sekuatnya untuk meraih ganjaran yang telah dijanjikan.

Thursday, August 20, 2009

Setiausaha BKK di Radio

Tuan Setiausaha BKK, En Ahmad Fauzi Hj Kamarudin akan ke udara malam ini bersama Radio Bernama (Radio 24) pada jam 9.15 malam. Pendengar Radio 24 akan dapat mengikuti siaran ini di Frekuensi 93.9 di sekitar Lembah Kelang.