Sunday, January 11, 2009

Allahuakbar, selamatkan Gaza musnahkan rejim zionis

Kita sebagai ummat Islam yang prihatin dan sama sama merasakan penderitaan dan keperitan saudara saudara kita di Gaza , Palestine yang sekarang sedang dilanyak dan digasak semau mau nya oleh yahudi zionis tanpa pembelaan dari masyarakat dunia malah negara islam sekalipun. Hanya Allah tempat kita semua mengadu. Mari lah kita sama sama berdoa :


Ya Allah!! sebagaimana engkau pernah menghantar
burung burung ababil menghancurkan
tentera bergajah musyrikin,
maka kami memohon kepada mu Ya Allah
turunkanlah bantuan mu kali ini
kepada ummat Islam di Gaza, Palestine, Lebanon.
Hancurkanlah rejim zionis yahudi...
Amin.

Jemaah Haji Pulang

MAKLUMAN

Ahli BKK yang menjadi tetamu Allah tahun ini, Tn Hj Abdul Wahab Sindin dan isteri Pn Hjh Hasnah Hj Kamarudin dijangka akan sampai ke tanah air esok, Isnin 12 Januari 2009 jam 9.00 pagi. InsyaAllah. Sama-sama lah kita berdoa agar Allah mempermudahkan perjalanan pulang mereka dan semoga mereka selamat sampai menemui sanak keluarga.

Salam Ulang Tahun


Laman BKK ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kepada warga BKK yang baru saja menyambut ulang tahun kelahiran masing masing baru baru ini. Untuk entry kali ini Laman BKK menyiarkan ulang tahun ahli yang lahir di antara 1 Januari hingga 11 Januari dahulu.Sekurang kurangnya sesama warga BKK mengetahui tarikh lahir ahli yang lain. Pertambahan umur adalah nikmat Allah yang perlu kita syukuri di samping mengingatkan kita bahawa janji Allah juga telah semakin hampir.

Jika ada yang tidak tersenarai ertinya maklumat tidak ada pada penulis. Maaf dipohon dan mohon tolong lah di maklumkan kepada penulis supaya dapat di update.

Pn Norzaihan Hj Kamarudin. TL: 5 Jan 1971

Sdri Syafiqah Mazlan. TL : 1 Jan 1989

Farah Hani Ahmad Fauzi. TL 2 Jan 2001

Pn Rositar Sulong . TL : 5 Jan 1974

Ust Muhammad Syafawi Abdul Wahab. TL: 5 Jan 1982

Sdr Firdaus Hj Hamdan. TL: 6 Jan 1985
(sorry bro don't have your pic)

Tn Hj Hamdan Hj Kamarudin. TL : 10 Jan 1954

Sdr Abdul Karim Ahmad. TL : 11 Jan 1964

Saturday, January 3, 2009

PMR 2008

Laman BKK mengucapkan tahniah kepada anak-anak ahli BKK yang menduduki PMR 2008 iaitu Nur Izzati Najwa Bt Mazlan dan Shahira Ellyna Bt Badrul Hisham. Walau apa pun keputusan nya kita percaya mereka telah berusaha bersungguh sungguh. Kepada Shahira yang telah berjaya mendapat 8A, kita berharap akan dapat mengekalkan prestasi semasa peperiksaan SPM nanti. Kepada Izzaty, jadikanah keputusan ini sebagai cabaran untuk meraih keputusan yang lebih cemerlang semasa SPM nanti.

Kenduri Aqiqah Nur Aina Umairah

Sdr Darwis Mohd Salleh mengadakan kenduri aqiqah untuk anak keduanya Nur Aina Umairah di rumah mertuanya di Jalan Kelang Lama Hari ini - Sabtu, 3 Januari 2009. Kepada yang berkesempatan bolehlah ke Jalan Kelang lama meraikan majlis Sdr Darwis.