Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Selamat Hari Raya Korban untuk semua warga BKK. Di pagi hari raya ini selepas selesai menunaikan solat sunat hati saya tergerak untuk 'update' blog ini. Hari raya kali ini agak berbeza sedikit bagi kami sekeluarga. Hajat untuk pulang ke kampung tak kesampaian kerana sudah dua hari saya dan isteri (rozila) demam . Walaupun kurang sihat dan perut masih memulas kami meredah hujan untuk ke masjid. Sedikit risau di hati kerana anak anak tidak dapat melihat dan menghayati suasana hari raya korban sepertimana yang pernah saya alami di zaman kanak-kanak. Gusar jika anak anak di masa depan tidak menghargai kepentingan Hari hari besar yang dikurniakan Allah untuk Umat Islam.
Sedikit penawar di pagi raya, yani siap masak nasi dagang dan lauk-lauknya. Alhamdulillah, walaupun anak tekak masih belum boleh menerima makanan sepenuhnya.
Alhamdulillah juga saya dan isteri sempat mendaftar untuk berkorban. Meski cara zaman siber. Keterujaan melihat tajamnya parang menari di leher lembu dan menyaksikan sendiri darah memancut keluar sudah pasti tidak dirasakan. Tapi itu hakikat. Lebih mudah berkorban dengan mendaftar di syarikat-syarikat yang menganjurkan korban di negara-negara seperti kemboja dan lain lain. Lebih mudah untuk berkorban di masjid dan surau-surau di bandar dari di kampung. Kerana walaupun ada yang ingin berkorban di kampung kurang nya tenaga sukarela yang sanggup menguruskan urusan penyembelihan, melapah, pembahagian dan sebagainya menyebabkan berkorban di kampung kurang meriah. Cuba perhatikan di mana mana masjid di kawasan bandar atau pinggir bandar suasanya lebih ramai. Di surau kawasan perumahan saya ini saja 8 ekor lembu siap ditumbangkan. belum lagi di surau dan masjid masjid lain di kawasan berdekatan.
Adakah ini bermakna orang-orang dikampung sudah tidak lagi mengambil iktibar Ibadat Agung yang dilhamkan kepada Nabi Ibrahim melalui mimpinya. Ujian Allah kepada Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail untuk melihat sejauh mana ketakwaan dan kesabaran mereka. Satu pengabdian kepada Allah yang maha besar tanpa soal walau ia menyangkut nyawa anak tercinta.
Saya ingin cadangkan BKK cuba ambil inisiatif untuk menganjurkan majlis korban keluarga ditahun depan. Mungkin untuk mendapatkan peserta yang cukup tidak menjadi masalah. Kalau tidak dapat seekor atau dua ekor lembu, se ekor kambing pun jadilah. Yang penting kita dapat sama-sama menunaikan ibadat korban bersama-sama dalam semangat kekeluargaan disamping dapat sama-sama menikmati daging korban. Kalau boleh biarlah ramai ramai berkorban. Abu Hurairah pernah meriwayatkan hadis Qudsi " Anfiq yunfaq A'laih" yang bermaksud lebih kurang berbelanjalah Allah akan menambah rezki kamu. korban dan wang yang digunakan untuk korban InsyaAllah akan diganti dan di tambah oleh Allah dengan syarat Ikhlas dan yakin dengan rahmat Allah. Untuk menjayakan nya menuntut pengorbanan semua warga BKK. Kalau bukan wang ringgit, pengorbanan masa, tenaga malah dengan menghadirkan diri saja sudah memadai. InsyaAllah anak anak kita akan memahami dan dapat menghayati penghayatan Korban dan apa itu Hari Raya Eidul Adha.
Hj Yusof dirawat di Hospital Putrajaya
Tak lupa , ingin di maklumkan Tuan Haji Yusof yang di masukkan ke hospital Putrajaya pada hari jumaat malam sabtu kerana denggi telah pun keluar dari hospital pada hari ahad semalam. Terkejut juga, cepat sangat sembuh. Dari sms beliau , Hj Yusof mengatakan beliau keluar hospital atas risiko sendiri. Dari maklumat lain di maklumkan beliau amat risau dengan kelancaran majlis korban di masjid di mana beliau bertugas . Ini juga satu pengorbanan, semoga Allah memberkati usaha beliau.
Monday, December 8, 2008
Friday, November 21, 2008
Kenduri di Desa Permai Repah
BKK sekali lagi berkumpul di Desa Permai Repah di rumah En Abd Wahab dan Pn Hasnah. Pasangan En Abd Wahab dan Puan Hasnah akan berangkat mengerjakan Haji pada awal bulan Disember nanti. Kami mendoakan agar Allah memberi kemudahan kepada mereka di dalam menjalankan ibadat Haji kelak dan semoga Allah membalas dengan Haji yang Mabrur.
Sekaligus Jawatankuasa BKK memanfaatkan pertemuan itu dengan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa
Kenduri Doa Selamat di Sg Plong
Pada 2 November lepas Puan Sarimah telah menjemput warga BKK ke majlis kenduri di rumah nya di Sg Plong sempena berangkatnya Zulkarnain Badrul Hisham ke Kaherah untuk melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di Universiti Kaherah.
Ahli keluarga yang lain turut berbangga kerana InsyaAllah akan lahir seorang doktor yang pertama di dalam keluarga ini. Semoga ada yang akan mengikut jejak langkah "Achik".

Ahli keluarga yang lain turut berbangga kerana InsyaAllah akan lahir seorang doktor yang pertama di dalam keluarga ini. Semoga ada yang akan mengikut jejak langkah "Achik".
Pertunangan Arif Ghazali
Salam Bertemu Kembali
Maaf di pinta, saya tidak mengotakan janji untuk sering update ruangan ini. Pun begitu saya berterimakasih kepada Zai yang rajin menyumbang. Kelemahan saya sendiri kerana gagal mendisiplinkan diri untuk committed menyisihkan masa menghadap komputer. Bukan kerana tidak selalu mengulit komputer tetapi masa lebih banyak digunakan untuk kerja kerja lain.
Banyak peristiwa yang telah berlaku di seputar keluarga ini. Ada yang telah pun diketahui umum malah ada yang telah pun basi. Tapi sengaja saya paparkan kembali di sini mana yang teringat dan ada saya catatkan sekadar menjadi ingatan kepada kita semua.
ILHAM FAISAL DAN LAILATUL FATIHAH
Saya hampir tidak percaya ada cucu saudara yang tidak pernah saya temui semenjak mereka lahir sampai lah mereka berumur lebih 2 tahun. Tapi itu lah hakikatnya. Walaupun dunia seakan semakin lebih kecil sekarang namun diantara kita ada yang terasa amat jauh. Khilaf itu dari diri saya sendiri kerana tidak menyempatkan masa berziarah. Syukur kepada Allah pada 2 November yang lepas saya sempat menjengah ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan dapatlah bertemu dengan Ilham Faisal dan Lailatul Fatihah anak kepada Intan Aris yang dimasukkan ke hospital keran Demam yang melarat. Mungkin akibat Virus.
Lailtul fatihah tetap ceria dan lasak walau demam
(macam sapa ye...)
Ilham Faisal

Subscribe to:
Posts (Atom)