Monday, March 22, 2010

Cuti-Cuti Malaysia - Kuala Gandah Elephant Sanctuary


Hari sabtu terakhir cuti persekolahan baru-baru ini, tak tahu mana nak bawa anak-anak menghabiskan cuti, datanglah idea nak ke Kuala Gandah. Maklumat dihujung jari. Penulis pun google lah Kuala Gandah ni.

Kerana maklumat mengatakan ia terletak dua jam setengah dari Kuala Lumpur, kami sekeluarga pun keluar agak awal. Rupanya tak sampai satu jam setengah saja dah sampai. Sebelum pukul 11 pagi kami dah terpacak dipintu masuk. Masih belum ramai pengunjung. Konfiden lah kami boleh dapat stiker kuning.

Yang bagusnya, tempat ni masuk percuma. FREE. Cuma pengunjung diberi dua jenis stiker. Samada kuning atau merah. Stiker kuning ada kelebihan nya, boleh menunggang gajah dan boleh mandi dengan gajah dalam sungai berhampiran. Stiker merah cuma boleh melihat aktiviti gajah di kawasan ini, boleh beri makan gajah dan boleh mandi dengan anak-anak gajah saja. Naik gajah tak boleh.

Tapi kami hampa, stiker kuning dah sold out. Hanya 120 stiker kuning saja diberi setiap hari. So sapa-sapa yang berhajat nak menunggang gajah tu datang lah awal sikit..

Pusat perlindungan dan pemuliharaan gajah ini sebenarnya dah beroperasi dari tahun 1989 lagi. Ia berfungsi sebagai pusat perlindungan sementara gajah-gajah liar yang ditangkap kerana merusuh masuk kampung dan ladang. Banyak juga anak-anak gajah yang tertangkap kerana terpisah dari kumpulan gajah liar. Ada juga gajah yang dibawa ke sini dalam keadaan cedera kerana termasuk jerat pemburu. Gajah-gajah ini kemudian akan dipindahkan ke kawasan taman negara yang jauh dari populasi manusia.

Kunjungan ke sini membuka mata-mata anak-anak yang pasti teruja dapat bermesra dengan gajah-gajah secara "up close and personal". memberi makan, memandikan gajah dan kalau bernasib baik dapat menunggang gajah.

Petugas-petugas di sini juga mesra dan telah sebaik mungkin memberi penerangan dan maklumat tentang gajah-gajah yang ada di sini. Ia membuka mata tentang penting nya menjaga alam sekitar dan hidupan liar. Video show berhubung isu-isu yang berkaitan dengan gajah liar juga ditayang kan dibangunan pejabat/pendaftaran.

Aktiviti di pusat ini bermula seawal 12.30 tengahari.



pejabat pendaftaran










Yang agak anti klimaks, bila hampir jam dua, waktu aktiviti bersama gajah akan bermula, kami lihat ramai pengunjung terutama pelancong luar negara bersama tour guide masing-masing telah mula sampai dan berkerumun. Yang peliknya mereka datang lewat tapi dapat pulak stiker kuning. Kami yang datang dari awal pagi ni melopong je lah. Agaknya mereka datang pagi-pagi, ambil stiker lepas tu pergi tempat lain kemudian datang semula. Agak nya lah... . Atau mungkin juga pelancong asing tak perlu datang awal, tour guide mereka dah dapatkan stiker sehari atau seminggu sebelum itu. Tapi Pelancong tempatan boleh ke dapat 'treatment' macam tu.

Apa pun tempat ini baik untuk memberi pendedahan dan pengetahuan terutama kepada anak-anak. Boleh lah mereka mengenali haiwan darat terbesar di Malaysia yang semakin terancam. Dapat mengenali haiwan yang dirakamkan dalam Al Quran. Dapatlah dibayangkan betapa hebat nya tentera bergajah Abrahah yang cuba meranapkan Baitullah.

Setiausaha BKK di Kota Kinabalu

Cerita ini sudah agak lama.Sudah hampir 2 minggu berlalu.

Sdr Fauzi dan keluarganya berkunjung ke Kota Kinabalu pada 14 Mac yang lepas. Laman BKK pun dapat tahu beberapa hari selepas itu. Sdr Fauzi dan keluarganya sempat berkunjung ke rumah Sdr Shahlin dan Pn Norzaihan di sana. Juga ke rumah Sdr Zamzuri dan Pn Kamarohida di Tuaran.

BKK juga ada seorang lagi kerabat di Sabah.Lebih jauh lagi, nun di Tawau, Sdr Amran Abd Aziz. Pendek kata warga BKK kalau terdampar ke Sabah ada tempat nak dituju.

Di bawah ini beberapa gambar yang dikirimkan oleh Tuan Setiausaha kepada Laman BKK






rumah Sdr Zam di Tuaran

Mungkin BKK boleh adakan perjumpaan di Kota Kinabalu satu masa nanti. Mungkin...




Wednesday, March 17, 2010

Sdri Shafini selamat di akad nikah

Hari sabtu lepas, 14 Mac 21010, tercatat satu lagi peristiwa penting di dalam perjalanan komuniti BKK.

Sdri Shafini Hj Mohd Salleh selamat di ijab kabul dengan Sdr Mohd Zulkifli Bin Salleh di rumah pengantin perempuan di Taman Jaya, Bandar Tun Razak.

Majlis akad yang berlangsung pada jam 11 pagi berjalan lancar. Pengantin lelaki yang tinggal berhadapan dengan rumah pengantin perempuan hanya perlu menyeberang jalan bersama rombongan nya untuk ke majlis akad nikah.

Majlis diserikan dengan kehadiran saudara-mara rapat kedua mempelai sahaja. Majlis persandingan pihak perempuan akan diadakan di Kampung Renggoh pada awal Jun nanti. Manakala majlis di pihak lelaki akan diadakan di Kuala Krai juga di bulan Jun nanti.

Bagi Tn Hj Salleh dan Pn Hjh Leha, lengkaplah sudah kesemua anak-anak mereka mendirikan rumah tangga.

Laman BKK mengucapkan Tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan mereka akan membina keluarga bahagia dan sakinah dan semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

Di bawah ini beberapa foto semasa majlis akad untuk dikongsi bersama.








Tahniah Sdr Safuan Hamdan


Laman BKK mengucapkan tahniah kepada Sdr Safuan Hamdan yanag telah memperolehi 5A di dalam peperiksaan SPM 2009 yang telah diumumkan baru-baru ini. Safuan adalah pelajar Sekolah Menengah Sheikh Hj Mohd Said Seremban.

Laman BKK berharap Safuan akan bijak memilih kursus-kursus yang sesuai dan pusat pengajian tinggi yang hendak dimasuki selepas ini.

Kita harapkan Safuan akan melakar kejayaan yang lebih baik di peringkat pengajian tinggi pula.

Wednesday, March 10, 2010

Akad Nikah Sdri Shafini Hj Salleh

Sekadar mengingatkan semua warga BKK. Tn Hj Salleh akan menerima menantu baru pada 14 Mac ini. Akad nikah akan dilangsungkan di Bandar Tun Razak.

Takziah kepada Sdr Syazwan.

Laman BKK mengucapkan takziah kepada Sdr Syazwan Hj Abdul Wahab di atas pulang nya bakal bapa mertuanya ke rahmatullah pada 6 mac lepas.
Jenazah Hj Mohd Yusof, bapa kepada Sdri Nurihan, tunang Sdr Syazwan, meninggal dunia di rumah nya di manik urai pada 6 Mac dan dikebumikan keesokan harinya.
Semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang-orang yang dirahmati Allah.

Tahniah Sdr Shahlin


Laman BKK mengucapkan tahniah kepada Sdr Shahlin yang telah menerima Ijazah Masters nya daripada Curtin Technology University, Perth Australia pada 25 Februari lepas. Sdr Shahlin menamatkan pengajian di peringkat Sarjana setelah berhempas pulas selama Setahun setengah.


Semoga tradisi kecemerlangan ilmu ini akan menjadi ikutan anak-anak generasi baru BKK.