Sunday, January 31, 2010

Tn Hj Jaladdin Meninggal Dunia

Tn Hj Jaladdin B Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Bakar, suami kepada Pn Hjh Asmah telah pulang ke rahmatullah pada 30 Januari 2010 jam 12.10 pagi (Sabtu) di wad ICU PPUM, Petaling Jaya setelah seminggu berada di wad itu.

Allahyarham mengalami pelbagai komplikasi termasuklah kegagalan jantung berfungsi dan kegagalan ginjal.

Alahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak; Pn Julia, Sdr. Jefri, Sdr. Johari, Sdr Jazli, dua orang menantu dan beberapa cucu.

Jenazah Allahyarham dimandi, dikafan dan disembahyang kan di masjid Kompleks Lembaga Urusan Tabung Haji di Kelana Jaya dan seterusnya di kebumikan di Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara.


Laman BKK dan penulis mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan ahli Firdaus.

Al Fatihah



Monday, January 25, 2010

Sekadar nak berkongsi

Soalan: Kenapa mahu marah-marah Kristian pakai kalimah Allah? Kenapa perlu berebut? Yang penting kita tahu Allah itu siapa sudahlah !

Jawapan: Isu 'Allah' ini bukan isu perebutan nama. Ia adalah isu akidah, isu falsafah, isu maqasid di sebalik nama itu. Kita tidak marah kalau Kristian mahu menisbahkan Allah kepada Tuhan yg sebenar. Tiada masalah. Tapi kita tidak setuju kalau dikatakan Allah itu adalah Roh Kudus dan Jesus atau sebaliknya atas sebab Trinity yang mereka pegang. Bukankah di dalam Bible menyebut "Aku dan 'Bapa' adalah satu"?

Soalan: Tetapi musyrikin Makkah dan Arab pada zaman Nabi pun pakai nama Allah. Bapa Nabi pun bernama Abdullah. Apa masalahnya?

Jawapan: Memang musyrikin Arab memakai kalimah 'Allah' bila mereka merujuk kepada Tuhan. Betul. Tapi menjadikan alasan itu bagi menghalalkan penggunaan 'Allah oleh Kristian Trinity adalah tidak kena. Kerana musyrikin zaman itu memahami 'Allah' itu sebagai Tuhan yang sebenar. Mereka tidak menisbahkan 'Allah' itu sebagai Latta dan Uzza dan berhala-berhala yang mereka sembah. Sebab itu mereka digelar 'musyrikin'.

Soalan: Tapi Allah ada sebut "Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?, sudah tentu mereka akan menjawab: Allah Ucapkanlah (Wahai Muhammad):Alhamdulillah (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid)" (al-Ankabut: 63).

Kan kita disuruh mengucap Alhamdulillah bila non-muslim mengaku Allah itu Tuhan. Jadi, kenapa anda hendak halang?

Jawapan: Sebab itulah pentingnya sebelum mengambil apa-apa dalil mesti kita faham asbabun nuzul dan tujuan ayat itu turun. Sama seperti ayat 'La ikraha fiddin'. Ia ditujukan kepada mereka yang memaksa bukan Islam masuk Islam bukan sebaliknya. Sebab itu adanya golongan Islam Liberal yang menggunakan ayat ini secara umum bagi menghalalkan murtad.

Hakikatnya ayat ini ditujukan kepada Musyrikin Arab yang berada di sekitar Nabi saat itu. Bukan kepada seluruh 'bukan Islam'. Sebab itulah Islam tidak membantah. Sebab itu jugalah Nabi disuruh mengucapkan syukur. Sebab musyrikin itu masih kenal dan tahu siapa Allah yang sebenar walaupun disyirikkan dengan menyembah berhala.

Maka bersyukurnya Nabi pada hal itu adalah benar.

Bukannya untuk Kristian yang mengatakan Allah dan Jesus itu adalah satu. Yang mengatakan Allah itu Jesus dan Jesus itu Allah. Yang mengatakan Jesus itu diri Allah yang boleh disentuh, didengar, diam bersama, dirasa etc.

Munasabahkah kita bersyukur apabila Kristian mengatakan Allah Jesus yg menurunkan hujan dari langit? - Maka kesyukuran kita itu adalah pada hal yg batil.

Soalan: Tapi bukankah Allah ada sebut: (maksudnya) "Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti). padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa.."(Surah al-Maidah ayat 73). Jadi yang penting konsep. Bukan nama. Setuju?

Jawapan: Ayat ini secara jelas membantah penggunaan kalimah 'Allah' untuk dinisbahkan kepada Jesus dan Roh Kudus. Inilah yang mereka mahu buat pada hari ini. Ini yang kita bangun membantah. Inilah isu yang mendasarinya. Ini bukan soal istilah saja.

Kalau mereka menisbahkan Allah itu kepada Tuhan yang sebenar dan bukan kepada yang lain seperti yg dibuat musyrikin pada zaman nabi, kita pun tak mahu nak halang. Qulilhamdulillah!

Soalan: Bukankah Quran mengakui bahawa adanya tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam Surah al-Hajj ayat 40. Jadi apa masalahnya kalau gereja Katolik mahu menggunakan nama Allah? Mereka berhak.

Jawapan: Memanggil 'nama Allah' dan 'Allah' adalah 2 hal yg berbeza. Tolong bezakan.Sudah berzaman penganut agama Tauhid memanggil Tuhan yang sebenar dengan bahasa mereka atau bahasa kitab mereka. Bani Israel mungkin memanggilnya Eloh, orang Nusantara mungkin memanggil-Nya Dewata Mulia Raya, orang Parsi mungkin memanggil-Nya Ahura Mazda. Dan bila mereka sebut nama-nama itu, memang mereka merujuk kepada Tuhan yang sebenar iaitu Allah. Sama apabila kita menyebut Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Malik, maka kita merujuk kepada Allah, Tuhan yang sebenar. Bukan kepada yang lain.

Jadi andaikata mereka mahu meminta hak sekalipun, yang mereka boleh minta adalah kalimah yang ada dalam kitab mereka. Eloh, Elohim, Yahweh. Bukan 'Allah'.

Soalan: Tetapi bukankah Kristian Arab juga memakai kalimah 'Allah' di dalam Bible mereka? Tidak pula kerajaan Arab menghalang.

Jawapan: Kebanyakan Kristian Arab yang memakai kalimah 'Allah' dalam terjemahan Bible (dipanggil Kitabul Muqaddas) adalah Kristian Unitarian. Yang percaya Allah itu Esa. Katolik Malaysia Unitarian kah? Tentulah tidak. Mereka adalah Kristian Trinitirian. Kristian Trinitirian mengkafirkan Kristian Unitarian.

Soalan: Tetapi Kristian Indonesia juga memakai kalimah 'Allah' di dalam Bible. Bukankah mereka Trinitirian juga? Dan Indonesia masih lagi kekal sebagai negara Islam terbesar di dunia. Tidak ada masalahpun. Kita ni mahu ditertawakan oleh Indonesiakah?

Jawapan: Tahukah anda disebabkan liberalnya agama di Indonesia maka ada premis pada hari Jumaat menjadi masjid, pada hari Sabtu menjadi kuil dan pada hari Ahad pula bertukar menjadi gereja?

Adakah anda mahu Masjid Putrajaya menjadi Gereja St Thomas pada hari Ahad? Mungkin tidak hari ini ! Tapi 50 tahun lagi ?

Soalan: Kita mesti menjaga akidah dengan ilmu. Maka didiklah generasi muda kita. Mesti mereka tak akan salah faham kalau Kristian gunakan 'Allah' sekalipun. Tak perlu larang pun.

Jawapan: Ini bukan masalah keliru sahaja. Ia juga masalah falsafah dan maqasid yang ada disebalik kalimah Allah. Syariat Islam turun dan memurnikan kalimah 'Allah' itu selama 1400 tahun. Hari ni awak sanggup membiarkan kalimah itu tercemar?Dakwah dan mendidik satu hal. Preventif satu hal. Dua-dua kena ada. Tuhan tak suruh Iqra' sahaja. Tuhan suruh laksana Hudud Qisas juga. Tuhan suruh "Az-zaniyatu waz-zaani fadzlidu kulla wahidim-minhuma miata jaldah". Ini apa? Preventiflah.Jika tak perlu preventif, rombaklah Kanun jenayah negara. Berikan pendidikan saja, nescaya rasuah, mencuri, rompak, rogol tidak akan berlaku. Berani jamin?

Soalan: Bukankah dengan penggunaan kalimah 'Allah' akan menyebabkan mereka akan lebih memahami Islam dan kita boleh mengambil peluang ini untuk berdakwah kepada mereka? Malah mungkin mereka juga akan terkeliru dengan konsep Triniti sebab 'anak Allah adalah Allah". Ini kelebihan kepada umat Islam!

Jawapan: Bagaimana untuk mereka lebih memahami Islam dengan cara begitu? Mereka bukannya baca kalimah 'Allah'. Sebab kalimah itu cuma ada dalam Bible bahasa Melayu atau akhbar Herald bahasa Melayu. Mereka baca dalam Bible berbahasa Inggeris. Yang ada cuma 'God'. Jadi, untuk siapa Bible Melayu ini ditujukan?

Kalau mahu ditujukan kepada Kristian Malaysia Timur, kaum Iban dan Kadazan contohnya, maka gunalah bahasa mereka. Kalau mahu standard di dalam bahasa Melayu, maka gunalah 'Tuhan'. Itukan bahasa Melayu? Kalimah 'Allah' bukan berasal dari bahasa Melayu, apatah lagi Iban atau Kadazan atau Murut.

Jika anda boleh mengatakan Kristian akan terkeliru maka kenapa anda tidak mengatakan orang Islam juga boleh terkeliru? Maka tak perlulah pakai. Dua-dua tidak akan terkeliru. Akidah orang Kristian terjaga, akidah orang Islam pun terjaga. Cari penyakit buat apa?

Terima kasih.

Sdr Aris Kemalangan


Sdr Aris Patah bahu !!!. Itulah yang ditulis di blog belahan jiwa. Baru sekarang saya tahu. Bila terakhir bukak blog laman bkk ni ... tak ingat.

Walau macam mana pun, Laman BKK mendoakan Sdr Aris cepat sembuh.

Untuk cerita selanjutnya klik di sini.

Saturday, January 23, 2010

Tn Hj Jaladdin masuk ICU

Kepada warga BKK semua marilah kita sama-sama mendoakan dan membacakan yasin untuk Tn Hj Jaladdin yang sekarang terlantar di wad ICU PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), Petaling Jaya.

Tn Hj Jaladdin dimasukkan ke ICU petang 21 Januari dan setelah tidak sedarkan diri pada pagi hari tersebut. Beliau dalam keadaan sangat lemah dan dibantu oleh mesin pernafasan dan juga mesin dialisis berterusan.

Kepada yang ingin berziarah, sila ambil maklum waktu lawatan ICU PPUM seperti berikut :-

Tengahari - Pkl 1 hingga Pkl 2
Petang _ Pkl 6 hingga Pkl 7

Tuan Setiausaha pula masuk wad

Setiausaha BKK. Sdr Ahmad Fauzi dan anak nya Ahmad Fikri menjadi mangsa demam denggi dan terpaksa bermalam di Hospital SMC (Selangor Medical Centre ? ) di Shah Alam daripada 19 Januari dan keluar pada 21 Januari lepas.

Penuis baru berkira-kira nak berziarah mereka dah pun discharge. Kita doakan mereka akan menjalani proses penyembuhan sepenuhnya di rumah selepas ini. Penulis tahu bagaimana seksa nya bila tubuh badan di kerjakan oleh virus-virus denggi yang tiada ubat nya ini. Penulis pun pernah mendekam di wad selama seminggu. Tn Setiausaha sendiri pun pasti tahu. Ini kali kedua Tuan Setiausaha menghidap denggi.

Saturday, January 16, 2010

Kenduri di rumah Hj Wahab & Hjh Hasnah Dan Mesyuarat BKK

Hj Wahab Sindin dan Hjh Hasnah Kamarudin menjemput semua warga BKK untuk ke rumah mereka di Repah, Tampin pada Pagi 14 Februari 2010 (Ahad) .

Selepas sahaja kenduri, AJK BKK pula akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa.

Kepada semua, lapangkanlah masa untuk sama-sama hadir ke majlis Hj Wahab & Hjh Hasnah ini.

Tarikh Walimah Shafini

Hari ini, satu pertemuan ringkas antara keluarga bakal pengantin telah berlangsung di Bandar Tun Razak. Tarikh-tarikh berikut telah dipersetujui oleh kedua pihak :-

Akad Nikah - 14 Mac 2010 di Bandar Tun Razak

Majlis di rumah pengantin perempuan - 29 May 2010 di Kg. Renggoh, Johol

Majlis di rumah pengantin lelaki - 5 Jun 2010 di Kuala Krai, Kelantan.

Kepada semua warga BKK, sila lah lapangkan tarikh-tarikh di atas supaya dapat kita sama-sama meraikan majlis walimah Sdri Shafini .

Saturday, January 9, 2010

Salam 2010

Sudah sembilan hari rupanya kita telah menyeberang ke tahun 2010. Melangkah ke tahun baru mungkin membawa rutin hidup baru kepada kita. Anak-anak kembali ke sekolah. Ada yang baru masuk sekolah dan ada juga yang baru berpindah sekolah. Mungkin semasa musim cuti sekolah kita boleh keluar ke pejabar sedikit lewat sekarang terpaksalah keluar lebih awal. Kesibukan harian juga terasa berganda. Cabaran yang datang melanda juga berbagai dan bertubi tubi. Akhirnya nanti dalam diam tanpa kita sedari kita telah pun berganjak lagi ke tahun baru.

Tahun baru tidak membawa harapan baru sebenarnya. Cuba lihat semalam, diumumkan petrol akan dijual mengikut saiz kereta. Beban kepada yang berkereta bersaiz besar walaupun poketnya tidak sebesar mana tetapi yang berkereta kecil boleh lah bernafas lega.

Minggu pertama tahun 2010 ini juga menyaksikan mahkamah memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain. Malang nya ada kalangan politikus dan agamawan tersumbat akal yang turut bersetuju dan mempertahankan pandangan minoriti yang mengatakan "Allah", kalimat suci bagi majoriti orang islam, sama saja ertinya dengan 'tuhan' kepada orang kristian. Alasan nya untuk mendekatkan orang bukan islam kepada islam. Amat naif dan pendek akal.

Sudah hampir 53 tahun Malaysia merdeka, tidak pernah selama itu pihak gereja bising-bising mahu menggunakan kalimah Allah hanya baru sekarang mereka berhujah kalimah 'Allah' tidak eksklusif untuk orang islam saja. Apa motif tersembunyi mereka. Apa yang terdesak sangat nak guna kalimah Allah menggantikan tuhan dalam urusan agama mereka. Kenapa tidak puas hati saja dengan terjemahan 'God' sebagai 'tuhan'.

Tanyalah sendiri kepada penganut kristian malaysia yang majoriti nya dari bangsa cina dan india adakah selama ini mereka menggunakan kalimah "Allah" sebagai merujuk kepada tuhan juga di dalam ibadat mereka atau di dalam doa mereka. Apakah mereka sendiri selesa menggantikan God dengan Allah di dalam doa-doa mereka selepas ini.

Tidak kah ini satu penghinaan kepada umat islam nanti jika digandingkan kalimah 'Allah' dalam tulisan jawi di sebelah nama Jesus Christ. Iya, apa yang akan menghalang tulisan Allah dalam tulisan Jawi/Arab daripada digantung di dalam gereja bersama nama Jesus Christ dan holy ghost.