Sunday, May 23, 2010
Wednesday, May 19, 2010
Perjumpaan BKK
Assalamualaikum
Dimaklumkan bahawa semua dijemput untuk menghadiri perjumpaan dan Mesyuarat BKK 2/2010 seperti berikut:
Tarikh: 23 Mei 2010 (Ahad)
Masa : bermula 10 pagi
Tempat: Rumah Tuan Hj Akhiar / Hjh Faridah
Bandar Tun Razak
Harap maklumkan sama kepada ahli Keluarga yang lain
Ahmad Fauzi kamarudin
Tn Hj Yusof Mengerjakan Umrah
Mereka berangkat semalam, 18 Mei dan akan pulang pada 30 Mei nanti.
Laman BKK mendoakan Tn Hj Yusof dan isteri dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna dan sentiasa dilindungi Allah semasa disana dan di dalam perjalanan.
Tahniah atas kelahiran Anak kedua
Laman BKK mengucapkan tahniah kepada Sdr Faris dan Pn Jesrina yang baru menerima cahaya mata kedua.
Baby perempuan seberat 3.2 kg selamat dilahirkan di Hospital Ampang Puteri pada Isnin, 10 Mei lepas.
Wednesday, May 5, 2010
Tuan Setiausaha BKK di TV3 esok
Sunday, April 25, 2010
Majlis Tn Hj Yusof di Masjid Quarters KLIA
A heart rendering speech from Azhar, witty but full of marriage wisdom from a man who is yet to find his Miss Right.
Thursday, April 22, 2010
Tahniah kepada Timbalan Pengerusi BKK
Ini adalah perkahwinan kedua bagi Tn Hj Yusof setelah Pn Hjh Hazizah kembali ke rahmatulah. Dan ini merupakan perkahwinan pertama Pn Khadijah.
Kepada Kak Ngah/ Mak Ngah/Nek Ngah Khadijah, Laman BKK mengucapkan Ahlan Wa Sahlan dan selamat datang ke dalam keluarga besar BKK.
Laman BKK mendoakan Semoga Mempelai ini hidup harmoni dengan keluarga baru, berbahagia dan diberkati Allah sehingga ke akhir hayat.
Saturday, April 10, 2010
Jemputan Walimah
Jamuan di pihak lelaki
En Azlan meninggal dunia
Ramai generasi muda pasti tak mengenal saudara kita dari sebelah Allahyarham Hj Kamarudin ini. Penulis pun sendiri tak berapa pasti yang mana satu.
Semoga Allah menempatkan rohnya bersama orang-orang yang beriman
Ahlan Wa Sahlan Nur Husna Irbah
Nur Husna Irbah diberi nama. Lahir di Hospital Selayang secara pembedahan ceaserean. Kesakitan ibu yang melahirkan pasti terlerai melihat bayi yang sihat dan sempurna anugerah Allah. Anak yang pasti mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri.
Bertambah juga permata hati Tn Hj Abd Wahab dan Pn Hjh Hasnah.
Monday, March 22, 2010
Cuti-Cuti Malaysia - Kuala Gandah Elephant Sanctuary
Hari sabtu terakhir cuti persekolahan baru-baru ini, tak tahu mana nak bawa anak-anak menghabiskan cuti, datanglah idea nak ke Kuala Gandah. Maklumat dihujung jari. Penulis pun google lah Kuala Gandah ni.
Yang agak anti klimaks, bila hampir jam dua, waktu aktiviti bersama gajah akan bermula, kami lihat ramai pengunjung terutama pelancong luar negara bersama tour guide masing-masing telah mula sampai dan berkerumun. Yang peliknya mereka datang lewat tapi dapat pulak stiker kuning. Kami yang datang dari awal pagi ni melopong je lah. Agaknya mereka datang pagi-pagi, ambil stiker lepas tu pergi tempat lain kemudian datang semula. Agak nya lah... . Atau mungkin juga pelancong asing tak perlu datang awal, tour guide mereka dah dapatkan stiker sehari atau seminggu sebelum itu. Tapi Pelancong tempatan boleh ke dapat 'treatment' macam tu.
Apa pun tempat ini baik untuk memberi pendedahan dan pengetahuan terutama kepada anak-anak. Boleh lah mereka mengenali haiwan darat terbesar di Malaysia yang semakin terancam. Dapat mengenali haiwan yang dirakamkan dalam Al Quran. Dapatlah dibayangkan betapa hebat nya tentera bergajah Abrahah yang cuba meranapkan Baitullah.
Setiausaha BKK di Kota Kinabalu
Sdr Fauzi dan keluarganya berkunjung ke Kota Kinabalu pada 14 Mac yang lepas. Laman BKK pun dapat tahu beberapa hari selepas itu. Sdr Fauzi dan keluarganya sempat berkunjung ke rumah Sdr Shahlin dan Pn Norzaihan di sana. Juga ke rumah Sdr Zamzuri dan Pn Kamarohida di Tuaran.
BKK juga ada seorang lagi kerabat di Sabah.Lebih jauh lagi, nun di Tawau, Sdr Amran Abd Aziz. Pendek kata warga BKK kalau terdampar ke Sabah ada tempat nak dituju.
Wednesday, March 17, 2010
Sdri Shafini selamat di akad nikah
Laman BKK mengucapkan Tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan mereka akan membina keluarga bahagia dan sakinah dan semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
Di bawah ini beberapa foto semasa majlis akad untuk dikongsi bersama.Tahniah Sdr Safuan Hamdan
Wednesday, March 10, 2010
Akad Nikah Sdri Shafini Hj Salleh
Takziah kepada Sdr Syazwan.
Tahniah Sdr Shahlin
Laman BKK mengucapkan tahniah kepada Sdr Shahlin yang telah menerima Ijazah Masters nya daripada Curtin Technology University, Perth Australia pada 25 Februari lepas. Sdr Shahlin menamatkan pengajian di peringkat Sarjana setelah berhempas pulas selama Setahun setengah.
Semoga tradisi kecemerlangan ilmu ini akan menjadi ikutan anak-anak generasi baru BKK.
Friday, February 26, 2010
Rombongan Peminangan ke Manik Urai
Hari ini, keluarga Hj Abd Wahab dan Hjh Hasnah menghantar rombongan peminangan ke Manik Urai, Kelantan untuk meminang gadis pilihan Mohd Syazwan.
Tiada maklumat lanjut mengenai gadis pilihan Syazwan setakat ini. Cuma kedua-duanya sama-sama kuliah di tahun pertama di UIA.
Laman BKK juga diberitahu Akad Nikah akan dilangsungkan pada tahun ini juga pada bulan Jun, iaitu pada tarikh sama rombongan menghantar Sdri Shapini ke Kuala Krai.
Rombongan peminangan ini diketuai oleh Hj Mohd Akhir.
Laman BKK mendoakan majlis akan berjalan lancar dan kesemua ahli rombongan selamat dalam perjalanan pergi dan pulang.
Syazwan
Takziah kepada Sdr Mazlan dan Pn Rusiah
Penulis dan Laman BKK mengucapkan takziah kepada Sdr Mazlan dan Puan Rusiah di atas kehilangan ini. Kami mendoakan agar roh nya ditempatkan bersama-sama mereka yang dirahmati Allah.
Baby Boom BKK
Mesyuarat AJK BKK di Desa Permai Repah
Mesyuarat bermula pada sebelah tengahari. Paginya, Tn Hj Wahab mengadakan kenduri doa selamat dan bacaan Yaasin mendoakan agar Sdri Nurul Ain selamat melahirkan anak pertama.
Selain dari laporan Biro-biro. tidak banyak isu-isu baru yang dibincangkan di dalam mesyuarat. Tn Hj Hamdan melaporkan bahawa beliau telah mula mengerjakan penulisan semula manuskrip tulisan Allahyarham Ayahanda Hj Kamarudin.