Wednesday, April 29, 2009

Debaran Menunggu Hari Bahagia

Di sela sela kesibukan kerja, dengan izin Allah, Laman BKK sempat menjengah ke rumah Tn Hj Ghazali hari ini dan dapat menyaksikan kecah kecoh sibuknya Ayu bersiap untuk hari walimah. The BIGGG DAY.

Tenda biru mulai dipasang


Biar penat baru pulang kerja, Dahlia and team tetap tekun menyiapkan 'door gift', cendera hati buat tetamu.



Mak Andam dengan segala pernik pernik nya juga sampai. Bakal 'transform' Ayu menjadi Puteri di hari persandingan, sentuhan tangan nya juga akan dapat dilihat di Kamar Pengantin dan Peterana pelamin tempat mempelai bersandingan.


Voila, hanya beberapa jam inilah hasilnya.


Tetamu tak rasmi pertama pun dah tiba

Di sebalik senyuman tersimpan resah dan gundah, penat dan lelah tak usah cerita.
Semoga Majlis Ayu akan berjalan lancar dan meriah.
















Sunday, April 26, 2009

Salam Ulang Tahun - April

Di Penghujung April ini Laman BKK mengucapkan selamat berulang tahun kepada ahli ahli berikut. Semoga mereka menjadi generasi penerus kesinambungan BKK.
Damia Syaurah Bt Khairul Annuar
Lahir pada 2/4/2003
Nur Ain Syakirah Bt Mohd Rizal
Lahir pada 12/4/2000

Nurhani Syamimi Bt Mazlan
Lahir pada 28/4/1999

Sdr Shahlin Bin Hj Ali
Lahir pada 18/4/1970

Muhammad Ikhwan Bin Mohd Rizal
Lahir 27/4/2004

Muhammad Ihsan Bin Yusri
Lahir pada 27/4/2001

Siti Nur Zulaikha Bt Samsuddin
Lahir pada 14/4/1980


E&OE











Saturday, April 25, 2009

Terkenang Jelai Resort


Menjelang Mesyuarat Agung BKK dan Hari Keluarga yang akan datang di Port Dickson, Laman BKK terasa ingin mengimbau kembali Hari Keluarga dan AGM yang terakhir diadakan di Jelai Highland Resort, Fraser Hill pada 26-27 Mei 2007. Kepada yang tidak berkesempatan untuk hadir di Fraser Hill dulu jangan lepas kan peluang kali ini untuk hadir di Port Dickson.
Jika tak dapat hadir kali ini terpaksalah tunggu dua tahun lagi. Itu pun kalau panjang umur dan diizinkan Allah.





Ulang Tahun Bulan Mac

Ahli ahli BKK yang berulangtahun pada bulan Mac seperti berikut :


Nur Aiana Umairah Binti Mohd Darwis
Lahir pada 29/3/2008

Hjh Kamariah Bt Hj Kamarudin

Lahir pada 18/3/1949


Nadzirah Bt Hj Ghazali

Lahir pada 24/3/1988

Mohd Azhar Bin Hj Mohd Yusoff
Lahir pada 16/3/1985


Hj Ghazali Bin Hj Kamarudin

Lahir pada 24/3/1944


Mohd Ainul Hafiz Bin Hj MohdYusoff

Lahir pada 31/3/1973


Mohd Syukri Bin Hj Abd Wahab

Lahir pada 7/3/1983





Mohd Aris Bin Mohd Soban

Lahir pada 11/3/1972


Khairiah Binti Hj Mohd Salleh

Lahir pada 8/3/1978




Ahmad Fikri Bin Ahmad Fauzi

Lahir pada 5/3/1996


Mohd Rosdi Bin Abdul Hamid

Lahir pada 2/3/1969




E&OE














Thursday, April 23, 2009

Kampung Renggoh Dari Udara

Kampung Renggoh , Air Mawang dan kawasan sekitarnya dari imej satelit. Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar.

Sumber : Google Earth

Saturday, April 18, 2009

Gambar tempoe doeloe


Ini lah rupa 'backyard' rumah ayah bonda satu ketika dulu. Masih Ingat !!.. Tiga dara yang sedang posing dan ... sapa tah yang nyangkung tu.. kenal tak.

Untuk lihat gambar lebih jelas sila klik pada gambar

Salam Ulang Tahun

Dah lewat bonar ni nak wish salam ulang tahun. Tapi sobab dulu dah janji nak siarkan tarikh ulang tahun ahli ahli sedikit demi sedikit, so, kono buek jugak la. So kali ni giliran mereka mereka yang lahir bulan Februari pulak... May Allah shower u all with his blessing and Rahmah







Puan Suhana Binti Hj Mohd Akhiar

Tarikh Lahir : 11/2/1977






Sdr Zamzuri BinHj Mohd Salleh
Tarikh Lahir : 8/2/1974




















Ahmad Lutfi Bin Khairul Annuar
Tarikh Lahir : 5/2/2005

















Sdr Khairul Annuar Bin Hj Mohd Salleh
13/2/1976



















Sdr Shamsul Zahri Bin HJ Mohd Salleh
Tarikh Lahir: 23/2/1973















Mohd Ishraf Bin Mohd Rizal
Tarikh Lahir : 14/2/2008














Durratun Nafisah Binti Mohd Syafawi
Tarikh Lahir : 10/2/2008








E&OE - Error and omission please inform

Thursday, April 16, 2009

Makluman

Makluman BKK

Laman BKK dimaklumkan semalam bahawa En Tahirul Ariffin Bin Hj Mohd Tahir telah kembali ke rahmatullah semalam pada jam 3 pagi di HUKM. Jenazah telah dikebumikan di kampong pada hari yang sama. Allahyarham adalah anak kepada Mak Long Aminah Air Mawang. Bapanya ialah Hj Mohd Tahir yang pernah menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nuri. Mak Long Aminah pula adalah sepupu kepada Allahyarham Ayahanda Hj Kamarudin.
Kenal..? ... ada yang kenal, ada yang samar-samar tapi ramai dari kita memang tidak kenal.
Marilah kita menghadiahkan Al Fatihah kepada rohnya dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang orang yang beriman.
Al Fatihah.
Terimakasih kepada Tuan Setiausaha yang memaklumkan.

Tuesday, April 14, 2009

Puan Suhana di Hospital



Laman BKK berkesempatan melawat Puan Suhana di Hospital petang tadi. Beliau telah selamat menjalani pembedahan semalam. Komplikasi yang dialami beliau adalah berlakunya pendarahan kerana salah satu tiub fallopian nya pecah kerana didapati janin membesar diluar rahim dan melekat di fallopian tiub tersebut. Puan Suhana segera dibawa kehospital selepas mengadu sakit perut dan pingsan di rumahnya. Pembedahan dibuat untuk membuang satu dari fallopian tiub itu. Doktor juga membuang tiga ketumbuhan fibroid. Beliau mungkin akan keluar dari wad pada hari khamis nanti. Sama sama lah kita mendoakan kesihatan beliau

Monday, April 13, 2009

Puan Suhana selamat dibedah

Terkini:

Puan Suhana telah selamat menjalani pembedahan malam tadi untuk mengeluarkan 3 ketumbuhan kecil dan janin 6 minggu yang menyebabkan pendarahan dalam perut. Yang berkesempatan boleh lah berziarah ke Taman Desa Medical Centre.

Sunday, April 12, 2009

Puan Suhana pula dimasukkan ke wad


Laman BKK telah dimaklumkan oleh Puan Hjh Faridah bahawa Puan Suhana telah dimasukkan ke Taman Desa Medical Centre Kuala Lumpur pada pukul 4 petang tadi. Puan Suhana sekarang berada di blik 226, Tingkat 2 Hospital tersebut.

Saturday, April 11, 2009

Sdr Hafiz Keluar Hospital

Laman BKK dimaklumkan bahawa Sdr Hafiz Yusof telah pun keluar dari wad 4B Hospital Besar Seremban pada 8 April (Khamis) lepas. Sdr Hafiz telah menginap hampir tiga minggu di hospital. Sekarang besar kemungkinan beliau berada di rumah orang tuanya di Kuarters KLIA.

Wednesday, April 8, 2009

Lembaran dari Perth

Assalamu'alaikum....
Bulan Mei, Jun dan Julai bakal menyaksikan Bang Long dan Kak Chik menerima menantu. Ayu, Shukri dan Shahir menuju
ke gerbang perkahwinan, tahniah!! Nampaknya, kami tak dapat memeriahkan perkahwinan Ayu, harapannya dapat menatap gambar di Laman BKK jadilah. Insya Allah, kami akan menghadiri perkahwinan Shukri dan Shahir kerana kami akan pulang ke tanah air akhir Jun nanti.

Anak-anak saudaraku, kalian akan melangkah ke kehidupan baru. Sebelum berkahwin, kalian hanya memikirkan tentang diri sendiri - membuat keputusan, membeli-belah, bercuti. Dengan kata lain, segala yang dilakukan untuk diri sendiri. Selepas berkahwin, kehidupan akan berubah - apa sahaja yang kalian lakukan perlu mengambil kira pandangan dan kemaslahatan pasangan dan anak-anak, tidak terkecuali mentua dan ipar-duai. (Ingat: kalian bukan hanya berkahwin dengan pasangan sahaja tetapi dengan keluarganya juga!)

Dalam sesebuah perkahwinan, perkongsian, saling faham memahami, komunikasi dan tolong-menolong sangat penting. Busu masih ingat selepas majlis perkahwinan Busu di Melaka, waktu kami sedang mengemas pinggan mangkuk, salah seorang jiran kami, (dikenali dengan panggilan Mak Aji Eton) memberikan kata nasihat, "hidup suami isteri ni kena tolong menolong, faham-memahami..." .....bagaimana harus kita laksanakan semua itu tanpa komunikasi berkesan dan perkongsian dengan pasangan? Wahai suami, bukanlah tanda anda lemah atau menjatuhkan status anda sebagai suami sekiranya menceritakan masalah kepada isteri sama ada masalah peribadi, kerja dan sebagainya, dan wahai isteri, tidaklah menjatuhkan harga diri seandainya berkongsi dengan suami; kita semua adalah manusia, dan manusia itu tidak sempurna, manusia terdedah melakukan kesilapan. Perkongsian masalah, perasaan, pemikiran juga berkomunikasi dengan pasangan membantu meringankan beban masalah. Ramai yang berkata mereka tidak mahu membebankan pasangan dengan masalah mereka, hakikatnya mereka merisikokan perkahwinan mereka apabila berahsia.

Bayangkan: Anda menghadapi masalah di tempat kerja, mungkin perselisihan faham dengan rakan sekerja, anda tidak seronok untuk bekerja, prestasi kerja menurun, ketua anda mempersoalkan kerja anda, semakin hari anda semakin jengkel, marah dan geram. Secara anda tidak sedari, anda terbawa-bawa masalah ini di rumah, anda menjadi pendiam, muram, pemarah, kurang berinteraksi dengan pasangan dan seterusnya....Pasangan anda turut jengkel dengan anda tetapi tetap mencuba untuk membantu meringankan beban anda, tetapi anda keras hati dan tidak mahu berkongsi masalah anda dengannya. Pasangan anda cuba untuk bersabar, tetapi akhirnya, BANG, gunung berapi meluahkan lavanya!! Pasangan anda tidak boleh menahan kesabarannya lagi....!! Usah dibiarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda, sedangkan perkara kecil perlu dikongsi apatah lagi masalah yang besar. Pada satu peringkat, suami atau isteri meyakinkan diri mereka bahawa mereka mengenali dan memahami pasangan masing-masing. Ada yang berkata mereka jujur dan telus dengan pasangan, tetapi apa yang sering terjadi, mereka merahsiakan perasaan sebenar mereka. Oleh itu, untuk mengenali pasangan anda dengan lebih baik perkongsian maklumat seperti apa yang disukai, apa yang tidak disukai perlu dipraktikkan dalam apa jua masa dan keadaan.

Ayu, Shukri, Shahir dan semua yang akan berkahwin serta yang telah berkahwin juga untuk diri saya sendiri, marilah kita bersama-sama mencontohi Nabi Muhammad SAW dan para isterinya ...sentiasa berkasih-sayang, saling faham-memahami, berkongsi, berkomunikasi, bekerjasama, menghiburkan pasangan, melakukakan aktiviti bersama...dan sekiranya mempunyai anak berikan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Selamat menempuh alam baru...

Wassalam

Tuesday, April 7, 2009

Lantai Lantai

Lantai Politik mu seribu wajah
bisa saja hari ini marmar liberal
mungkin esok hanya lepa simen
mampu milik sosialis
pernah dulu kau berlantaikan tanah
layaknya petani marhaen
biar berdebu berselut

seketika .. cengal dan medang nasionalis
menjadi pilihan menatari casa idaman mu
namun roboh jua
menghumban kau ke lantai konkrit
berpagar jeriji

malah tak ayal kau merenovasi
lantai mu dihampar ambal islami
jika yang bertamu itu tok guru bersorban

sungguh.. kau arif sekali
bermain seni bina politik
menurutmu tempat berpijak
harus disesuaikan dengan tona dan rona
dan nuansa tatarias kontemporari
tergantung khalayak yang kau raikan
bukan begitu...

terakhir kulihat
kau menggemari terrazo machiaveli populis
yang sekarang lagi 'trendy'
biar semua nyaman memijaknya
begitu tukas mu
dengan lirikan senyuman memikat
penuh wibawa.

tapi pernah ku dengar... dulu
separuh mati kau berteriak teriak
..cukuplah berlantaikan tauhid
biar keras tanpa warna
kerana itulah lantai adam sampai muhammad
kerana mukmin hanya ingin berumah abadi
berdinding yaqut dan marjan
dibawahnya mengalir sungai susu dan madu
bergema di dalam nya
salaaman salaama.

Sunday, April 5, 2009

Senyuman Itu ...

Di sela sela sayur mayur
dan simpang siur kaki kaki yang melangkah
mengheret bakul bakul sarat
melimpah ikan daging segala anika
bekalan dapur seminggu
mataku terpana kepada
sesosok tubuh kecil

hanya beralas tipis
suratkhabar
menyimpuh sepasang kaki
kurus tak bermaya buat melangkah
sambil menyuguh plastik buruk kusam
dengan tenang menanti
jari jari letih menjinjing tenggiri sawi juga nasi lemak
berhenti merogoh kocek
mencari sepeser uang receh
buat dilemparkan ke dalam mangkuk kusam

perlahan aku tercari cari
beberapa lembar ringgit
perlahan ku masukkan ke dasar plastik buruk itu
dan ... perlahan
hitam matanya menangkap mataku

matanya berbinar menyorot ku
sambil bibir kecil yang tak pernah bersuara
menyungging senyum ...
... lama senyum itu ..
tidak pudar sedikit pun
... aku masih berdiri di sisi

aku gementar tiba tiba
... bukan sekali ini aku dirayu pengemis
... tetapi ...
senyuman itu persis sekali
senyuman anakku sendiri
raut muka itu ... seakan mirip jantung hatiku

hatiku tergugah
terpukul hebat
dihenyak bongkahan batu
berjatuhan melindas rasa
menghunjam nurani
anak itu ...
matanya ...
wajahnya ...
bibirnya ...
terus terusan bersedekah senyum kepadaku
tidak adakah bongkahan besar
menghimpit hidupnya
menyesak dada itu
membeku benak fikirnya

pagi itu
di pasar tani
di taman melawati
baru ku tahu
orang tidak berjual ikan dan sayur cuma
harga diri dan kehormatan
juga adalah dagangan
si kecil cacat dijadi pelaris
menggait simpati
... terkutuklah manusia yang hilang silu
tanpa rasa memeras tubuh kecil
merobek nurani yang melihat
lewat senyuman naif itu

... perlahan aku coba menghela kedua kaki
meninggalkan anak itu
yang masih tersenyum
... jemari kurusnya membelai mesra
mangkuk buruk satu satu nya harta duniawi

di celah kemeriahan pagi
ku bermunajat
Ya Allah ku mohon
ringankanlah derita nya
kurniakanlah dia hidup yang lebih manusiawi

senyuman itu
enggan pergi
masih melekat di ingatan ku.

Bulan Walimah pada May, Jun dan Julai

BKK akan sibuk pada bulan bulan May, Jun dan Julai nanti. Kepada ahli ahli bersedia lah untuk meluangkan masa dan "reserve" cuti lebih awal. Ini kerana beberapa ahli BKK akan menyambut menantu pada May hingga Julai akan datang. Pengerusi BKK, Hj Ghazali dan Isteri, akan menikahkan anaknya Nur Ayu pada 2 May 2009. Hj Abd Wahab Sindin dan Isteri pula akan mengadakan "double wedding" pada 11 Julai 2009.

Untuk memudahkan ahli ahli membuat perancangan, di bawah ini di turunkan jadual acara acara sepanjang May hingga Julai nanti :-

1. 2/5/2009 Pernikahan Nur Ayu Ghazali di Gemas

2. 3/5/2009 Mohd Shukri menghantar rombongan meminang ke Rembau

3. 10/5/2009 Menghantar Nur Ayu ke rumah lelaki ke Kota Damansara

4. 27/6/2009 Mohd Shukri bakal diijabkabul di Rembau

5. 4/7/2009 Mohd Shahir bakal diijabkabul di Lumut, Perak

6. 11/7/2009 Majlis persandingan Mohd Shukri dan Mohd Shahir di Kelana Jaya


Jangan lupa juga
tarikh 6/6/2009 Mesyuarat Agung dan Hari Keluarga di Port Dickson

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan Hari Keluarga 2009

Mesyuarat Jawatankuasa BKK di Taman Melawati hari ini (5 April) telah memutuskan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan Hari Keluarga 2009 akan diadakan di tempat dan masa seperti berikut :-

Tempat : Banglo Percutian Kuantan
Kilometer 14, Batu 9,
Port Dickson. Negeri Sembilan.

Tarikh : 6 Jun 2009 (Sabtu)

Masa : 8.30 am - 4.00 pm

Bayaran : RM 15.00 /seorang / 7 tahun ke atas

Mesyuarat memutuskan untuk mengadakan program sehari sahaja setelah mengambilkira kelembapan ekonomi yang juga dirasai oleh ahli ahli BKK. Kos penganjuran Mesyuarat dan Hari Keluarga telah disubsidi sebahagian oleh BKK dan juga sponsor beberapa ahli. Bayaran RM 15.00 seorang adalah kos yang telah disubsidi dengan itu amatlah diharapkan ahli ahli BKK akan datang beramai ramai untuk menjayakan program ini. Kita mengharapkan ahli ahli dari Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan dari mana saja akan dapat hadir kali ini.

Walaupun program dirancang hanya sehari tetapi beberapa ahli telah bersetuju untuk menaja sewaan banglo tersebut sehingga hari Ahad (7/6/09). Oleh itu mana mana ahli yangberhasrat untuk menginap semalam lagi di Banglo tersebut bolehlah berbuat demikian tanpa bayaran tambahan tetapi harus bersedia untuk berkongsi bilik memandangkan banglo tersebut hanya mempunyai 6 bilik sahaja.

Datanglah beramai ramai ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan Hari Keluarga BKK 2009 di Port Dickson pada 6/6/2009.


Perjumpaan BKK di Taman Melawati

5 April 2009, Ahli ahli BKK kali ini bertemu di Taman Melawati. Laman BKK mengucapkan terimakasih kepada ahli ahli yang sempat meluangkan masa menghadiri perjumpaan kali ini. Ramai juga ahli ahli yang tidak dapat hadir. Mesyuarat Jawatankuasa juga telah berjalan dan membincangkan hal pokok iaitu Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan Hari Keluarga 2009.







Keputusan PMR dan SPM

BKK juga telah merakamkan tahniah kepada anak anak ahli BKK yang telah berjaya di dalam peperiksaan PMR dan SPM yang dumumkan baru baru ini.






Shahira Ellyna Bt Badrul Hisham

PMR - 8A





Nur Atiqah Bt Hj Abdul Wahab
SPM - 5A

Saturday, April 4, 2009

Kes Tuntutan Taman Desa Gemilang

Pada 2 April, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah meluluskan permohonan Sdr Shahlin Ali dan Sdri Norzaihan bersama 63 orang pembeli rumah Taman Desa Gemilang, Gombak untuk mengisytiharkan bahawa pembatalan Perjanjian jual beli rumah oleh pihak pemaju pada tahun 2006 adalah tidak sah.

Pemaju telah membatalkan perjanjian atas alasan pembeli-pembeli tidak bersetuju untuk melanjutkan tarikh penyerahan rumah yang pada itu dijangkakan akan terlewat. Alasan kelewatan adalah kerana terdapatnya bongkahan batu yang besar ditapak projek yang tidak dijangkakan oleh pemaju. Pemaju berdalih bahawa mereka dilindungi oleh prinsip "force majuere" ataupun kejadian luarbiasa diluar jangkaan. Bagaimanapun, mahkamah telah menolak hujah peguam pemaju dan bersetuju menerimapakai hujahan pihak pembeli.

Mahkamah juga menolak hujahan pemaju bahawa pembeli tidak mempunyai kuasa untuk memulakan tindakan atas alasan terdapatnya serahan hak (Assignment) di antara pembeli dan bank pembiaya di mana mereka berhujah hanya pihak bank pembiaya yang berhak mengambil tindakan. Hujahan ini telah disangkal dan mahkamah telah diyakinkan agar tidak menerima hujahan tersebut.

Walaubagaimanapun, di dalam kes yang menarik perhatian media ini, mahkamah tidak bersedia untuk memerintahkan supaya rumah berkenaan diserahkan kepada pembeli (specific performance) atas alasan rumah rumah berkenaan telahpun dijual kepada pihak kedua dan ketiga. Mahkamah mengambil kira kepentingan pihak pembeli kedua dan ketiga yang mungkin tidak mengetahui pertikaian antara pemaju dan 63 pembeli ini.

Sebagai ganti, mahkamah memerintahkan pemaju membayar pampasan kepada pembeli pembeli meliputi kos kos yang telah dikeluarkan oleh pembeli termasuklah bayaran yang telah dibuat, faedah bank yang ditanggung hingga sekarang, di samping itu mahkamah juga membenarkan faedah sebanyak 8% dikenakan terhadap jumlah pampasan dari tarikh saman dibuat sehingga lah tarikh bayaran dibuat. Kebanyakan pembeli telah membuat bayaran sehingga 35% dari harga rumah.

Pemaju walaubagaimanapun boleh membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dalam tempoh 30 hari.

Perjumpaan Keluarga di Taman Melawati

Kepada semua ahli BKK dijemput untuk menghadiri Perjumpaan Keluarga dan Mesyuarat Jawatan Kuasa BKK di tarikh dan tempat seperti berikut :-

Tarikh : 5 April 2009
Masa : 10 am sehingga 1.00 pm
Tempat : No 64, Jalan F4, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dibincangkan adalah tarikh dan tempat untuk melangsungkan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan Hari Keluarga 2009.

Sdr Hafiz masih di Hospital


Saudara Mohd Ainul Hafiz Bin Hj Mohd Yusof masih terlantar di Hospital Besar Seremban. Beliau mula di masukkan ke Hospital Pakar Senawang pada 18 hb Mac 2009 kerana masalah jangkitan luka di tapak kakinya. Di situ kaki beliau telah dibedah dengan membuang sedikit daging di tapak kaki. Empat hari kemudian beliau dipindahkan ke Hospital Besar Seremban dan sekarang, sesudah 16 hari, beliau masih berada di Wad 4B.

Kepada yang berkesempatan, luangkanlah masa menziarahi beliau. Sdr Hafiz sekarang di jaga oleh isteri nya yang juga masih belum sembuh sepenuhnya.


Mikail Shamzul Zahri dimasukkan ke Hospital

Di dalam perkembangan berasingan Mikail anak kepada Sdr Shamsul Zahri di masukkan ke Hospital Columbia di Seremban pada 2 April lepas akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Hazrat Mohd Faris dimasukkan ke Hospital

Walaupun sudah agak lewat, Laman BKK ingin memaklumkan juga bahawa Anak Sdr Mohd Faris, Hazrat , telah dimasukkan ke Subang Jaya Medical Centre pada 18 Mac lepas.