Monday, December 29, 2008

Salam Ma'al Hijrah

Laman BKK mengucapkan selamat menyambut Ma'al Hijrah, 1 Muharram 1430H kepada semua warga BKK tidak kira di mana berada, yang aktif atau pun tidak, yang sering mengikuti aktiviti BKK mahu pun tidak. Semoga Allah menjadikan tahun 1430 H ini sebagai tahun keberkatan dan kejayaan untuk semua warga BKK.

Sama-samalah kita mengungkapkan doa berikut -

Doa akhir tahun

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam. selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, apa jua yang telah kami lakukan pada sepanjang tahun ini, dari apa yang Engkau tegah kami daripada melakukannya, mana mana yang tidak sempat kami bertaubat daripadanya, dan Engkau tidak meredhainya, dan Engkau tidak melupainya, malah engkau berlemah lembut pula ke atas kami walaupun engkau berkuasa menyeksa kami, bahkan Engkau memberi peluang pula kepada kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Mu, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Mu, maka ampunilah kami dan segala perbuatan kami, dari apa yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan kami dengan ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon daripada Mu, wahai Tuhan yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerima amalan kami dan Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada Mu, wahai Tuhan yang Maha Mulia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat, dan peliharalah kami daripada azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabat nya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Doa awal tahun

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkau lah yang kekal, qadim dan azali dan dengan segala kemurahan Engkau yang melimpah, kami memohon dengan kedatangan tahun baru ini, Engkau peliharalah kami daripada syaitan yang direjam, para pembantu dan tenteranya, dan kami memohon pertolongan Mu dalam melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Mu. Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Mu, wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Friday, December 26, 2008

Pertunangan Sdri NurAyu Ghazali

Pengerusi BKK, Tn Hj Ghazali mengadakan kenduri sempena pertunangan anak nya Sdri Nur Ayu pada 25 Disember 2008 di Gemas. NurAyu telah memilih Sdr Nazarudin, pemuda asal Taiping tetapi sudah bermastautin di Kota Damansara Kuala Lumpur. Beberapa ahli BKK turut hadir. Tn Hj Salleh dan Isteri, Sdr Mazlan sekeluarga, Sdr Fauzi sekeluarga dan juga Sdr Shamsul Akmal sekeluarga.

Dengan hantaran sebentuk cincin dan sebelas dulang iringan lain nya janji diikat untuk menyatukan mereka pada bulan 2 Mei 2009. Tak lama lagi tu. Pada semua ahli BKK simpan simpan lah cuti. Kepada Sdr Shahlin dan Zai, U gonna miss this one too.










Nazarudin & Nur Ayu

Jemputan Walimatul Urus

Tn Hj Abdul Wahab Kassim menjemput semua ahli BKK ke Majlis perkahwinan anak lelaki beliau pada 28 Disember 2008 (Ahad) di rumah beliau di Jalan G2 Taman Melawati.

To the uninitiated, Hj Abdul Wahab Kassim adalah anak kepada Arwah Hjh Siti Bt Sitam (kakak kepada Allahyarhamah Hjh Kalsom Sitam).

Perjumpaan BKK di Melaka











21 Disember 2008. Bertempat di rumah baru Sdr Shamsul Akmal dan Pn Khairiah, Ahli BKK bertemu lagi di dalam perjumpaan keluarga dan seterusnya mengadakan mesyuarat Jawatan kuasa. Penulis tidak hadir cuma dapat menghidangkan gambar gambar di atas , juga 'courtesy' sdr Setiausaha.

Hari keluarga 2009

Hari Keluarga 2009 yangdirancang akan di adakan di Pantai Kemuning terpaksa ditangguhkan sehingga lokasi baru ditemui. Pantai Kemuning di dapati tidak sesuai. Any suggestion !!!. Lokasi baru haruslah sekurang kurangnya 1. di tepi pantai, 2. cukup bilik untuk menampung ahli BKK yang ramai, 3. harga yang terjangkau.







Kenduri Aqiqah di Bandar Tun Razak

13 Disember 2008 lepas bertempat dirumah Bendahari BKK. Kenduri Aqiqah untuk Mohd Irfan Bin Mohd Faizal dan juga Mohd Hazrat Huzaifah Mohd Faris. Cucu yang ketiga dan keempat Tn Hj Mohd Khir dan Hjh Faridah. Penulis tidak hadir, tetapi di bawah ini gambar gambar 'courtesy' dari Sdr Setiausaha.








Friday, December 12, 2008

Mesyuarat dan Perjumpaan BKK

Saya baru terima notis untuk Mesyuarat dan perjumpaan akan datang. Kepada yang tidak berhalangan sama sama lah kita hadir ramai-ramai. InsyaAllah.

Berikut sebahagian dari notis :

11 Dis 2008

Semua AJK BKK

Semua Ahli & dan Keluarga BKK

Tuan/Puan

MESYUARAT AJKK BKK BIL 4/2008 DAN PERJUMPAAN AHLI & KELUARGA BKK

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK BKK Bil 3/2008 dan Perjumpaan Ahli & Keluarga BKK akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

2.1 Tarikh : 21 Disember 2008 (Ahad)

2.2 Masa : 10.30 pagi

2.3 Tempat : Rumah En Shamsul Akmar / Puan Khairiah

No 9, Jalan M2B, Taman Merak

Bukit Katil

75450 Melaka

(Tel: 012-6063226 )

Wednesday, December 10, 2008

Tahun 2008 Tahun Melawat Hospital

Antara peristiwa yang meliputi warga BKK sepanjang 2008 ini, paling ketara saya rasakan ialah tentang ramainya ahli BKK keluar masuk hospital. Tanpa mengambil kira yang masuk kerana melahirkan, boleh di katakan purata warga BKK yang dimasuk kan ke wad adalah seorang setiap bulan. Peratusan yang agak tinggi.

Antara yang sempat di catat adalah seperti berikut :-





Mohd Rizal Bin Mohd Salleh. Menginap selama 5 hari di Hospital Putra, Melaka 24 November lepas akibat "Slip Disc'









Hj Abd Wahab Sindin

Terpaksa bermalam beberapa hari di Hospital Assunta, Petaling Jaya 13 Jun lalu kerana menjalani pembedahan appendiks.









Puan Azizah (Isteri Sdr Hafiz)

Di masukkan ke Hospital Seremban sebanyak dua kali kerana kanser rahim. Menjalani dua kali pembedahan membuang rahim dan rawatan kemoterapi. Terakhir pada 21 Oktober lepas.







Hj Hamdan Kamarudin

Di masukkan ke Hospital Tampin pada 31 Ogos lalu sekembali dari mengerjakan Umrah. Kali kedua di masukkan ke Hospital Selayang pada 10 September.









Mohd Fadhil Ghazali

Masuk ke Hospital USM, Kubang Kerian pada 11 September 2008 kerana menghidap Denggi.









Dahlia Ghazali

Keguguran dan menjalani rawatan D&C di Hospital Melaka pada 19 November yang lepas.























Hj Yusof Kamarudin

Masuk ke Hospital Putrajaya menghidap Denggi pada 5 Disember baru baru ini.





Ilham Faisal dan Lailatul Fatihah

Anak anak pasangan Mohd Aris dan Intan Srihany ini di masukkan ke Hospital Seremban pada 1 November lalu kerana serangan virus.





















Pn Hjh Norlida Kamarudin

Beberapa kali terpaksa berulang ke Hospital Seremban untuk rawatan lanjutan SLE


Gerallyne

Anak kepada pasangan Daniel dan Suhana dimasukkan ke Hospital Taman Desa pada 8 Disember kerana menghidap Denggi.


Kalau ada yang tidak sampai ke pengetahuan Laman BKK, maaf jua dipinta tapi harapan kami janganlah segan segan nak maklumkan kepada kami. Ada juga yang sakit tapi tidak di masuk kan ke wad seperti Hj Salleh dan Hjh Leha yang menghidap penyakit baru ‘Chikugunya’. Mungkin ada yang sakit tetapi enggan/segan/tak mahu ke hospital atas apa jua alasan.

Statistik ringkas ini menunjukkan tahap kesihatan ahli ahli BKK yang boleh dikatakan rendah dan perlu kita rasa bimbang.

Bagi yang bekerja dengan kerajaan mungkin tidak begitu bimbang dengan kos perubatan yang ditanggung oleh kerajaan. Bagi yang bekerja dengan swasta dan tidak mempunyai insuran atau majikan tidak menanggung kos perubatan mungkin akan merasa peritnya menanggung segala kos ubat, wad dan sebagainya.

Mungkin sudah sampai masanya BKK berfikir untuk mewujudkan Perlindungan Takaful berkelompok untuk ahli ahli BKK yang sekarang keseluruhannya sudah melebihi seratus jiwa supaya dapat membantu meringankan kos perubatan . Ahli BKK yang telah menjadi ejen Takaful boleh lah kemukakan cadangan.

Kenduri Aqiqah di Bandar Tun Razak

Makluman

Bendahari BKK, Tn Hj Mohd Akhiar dan Pn Hjh Faridah akan mengadakan Kenduri Aqiqah untuk cucunya Mohd Irfan Bin Mohd Faizal pada hari Sabtu 13 Disember di rumah mereka di No.2 Jalan Jaya 2, Bandar Tun Razak bermula pukul 11 pagi. Dijemput semua warga BKK hadir.

Penulis mohon maaf kepada Bang Teh dan Kak Teh kerana tidak dapat hadir kerana sudah ada perancangan awal yang tidak dapat ditunda.

Denggi

Dalam masa seminggu seorang lagi warga BKK menghidap Denggi. Selepas Tn Hj Yusof, Geralyn (Lynn), anak kepada Suhana dan cucu kepada Bendahari BKK sekarang berada di Hospital Taman Desa, Wad 215 Tingkat 2. Kepada yang berkesempatan bolehlah berziarah.


UPSR 2008

Tahniah

Tahniah

Tahniah

Tahniah

Tahniah

Sudah terlewat kah Laman BKK untuk mengucapkan tahniah kepada anak anak yang telah berjaya dalam peperiksaan UPSR tahun 2008 yang lalu. Harap harap tidak.








Mohd Fikri bin Ahmad Fauzi

5A













Mirza Azri Bin Mazlan
4A 1B
















Amar Daniel Bin Badrul Hisham
5A









Kita doakan mereka juga akan berjaya memasuki sekolah menengah yang baik seterusnya mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan akan datang. Yang paling penting kita doakan mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Mirza Azri kabarnya akan menduduki peperiksaan untuk memasuki sekolah menengah Agama Sains Keru hari Sabtu 13 hb Disember ini. Semoga 'boboy' akan berjaya. InsyaAllah.

Tahun depan juga akan menyaksikan anak anak warga BKK menduduki pelbagai peperiksaan. Sama sama kita doakan mereka.

Monday, December 8, 2008

Salam eid ul adha

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Selamat Hari Raya Korban untuk semua warga BKK. Di pagi hari raya ini selepas selesai menunaikan solat sunat hati saya tergerak untuk 'update' blog ini. Hari raya kali ini agak berbeza sedikit bagi kami sekeluarga. Hajat untuk pulang ke kampung tak kesampaian kerana sudah dua hari saya dan isteri (rozila) demam . Walaupun kurang sihat dan perut masih memulas kami meredah hujan untuk ke masjid. Sedikit risau di hati kerana anak anak tidak dapat melihat dan menghayati suasana hari raya korban sepertimana yang pernah saya alami di zaman kanak-kanak. Gusar jika anak anak di masa depan tidak menghargai kepentingan Hari hari besar yang dikurniakan Allah untuk Umat Islam.

Sedikit penawar di pagi raya, yani siap masak nasi dagang dan lauk-lauknya. Alhamdulillah, walaupun anak tekak masih belum boleh menerima makanan sepenuhnya.

Alhamdulillah juga saya dan isteri sempat mendaftar untuk berkorban. Meski cara zaman siber. Keterujaan melihat tajamnya parang menari di leher lembu dan menyaksikan sendiri darah memancut keluar sudah pasti tidak dirasakan. Tapi itu hakikat. Lebih mudah berkorban dengan mendaftar di syarikat-syarikat yang menganjurkan korban di negara-negara seperti kemboja dan lain lain. Lebih mudah untuk berkorban di masjid dan surau-surau di bandar dari di kampung. Kerana walaupun ada yang ingin berkorban di kampung kurang nya tenaga sukarela yang sanggup menguruskan urusan penyembelihan, melapah, pembahagian dan sebagainya menyebabkan berkorban di kampung kurang meriah. Cuba perhatikan di mana mana masjid di kawasan bandar atau pinggir bandar suasanya lebih ramai. Di surau kawasan perumahan saya ini saja 8 ekor lembu siap ditumbangkan. belum lagi di surau dan masjid masjid lain di kawasan berdekatan.

Adakah ini bermakna orang-orang dikampung sudah tidak lagi mengambil iktibar Ibadat Agung yang dilhamkan kepada Nabi Ibrahim melalui mimpinya. Ujian Allah kepada Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail untuk melihat sejauh mana ketakwaan dan kesabaran mereka. Satu pengabdian kepada Allah yang maha besar tanpa soal walau ia menyangkut nyawa anak tercinta.

Saya ingin cadangkan BKK cuba ambil inisiatif untuk menganjurkan majlis korban keluarga ditahun depan. Mungkin untuk mendapatkan peserta yang cukup tidak menjadi masalah. Kalau tidak dapat seekor atau dua ekor lembu, se ekor kambing pun jadilah. Yang penting kita dapat sama-sama menunaikan ibadat korban bersama-sama dalam semangat kekeluargaan disamping dapat sama-sama menikmati daging korban. Kalau boleh biarlah ramai ramai berkorban. Abu Hurairah pernah meriwayatkan hadis Qudsi " Anfiq yunfaq A'laih" yang bermaksud lebih kurang berbelanjalah Allah akan menambah rezki kamu. korban dan wang yang digunakan untuk korban InsyaAllah akan diganti dan di tambah oleh Allah dengan syarat Ikhlas dan yakin dengan rahmat Allah. Untuk menjayakan nya menuntut pengorbanan semua warga BKK. Kalau bukan wang ringgit, pengorbanan masa, tenaga malah dengan menghadirkan diri saja sudah memadai. InsyaAllah anak anak kita akan memahami dan dapat menghayati penghayatan Korban dan apa itu Hari Raya Eidul Adha.


Hj Yusof dirawat di Hospital Putrajaya

Tak lupa , ingin di maklumkan Tuan Haji Yusof yang di masukkan ke hospital Putrajaya pada hari jumaat malam sabtu kerana denggi telah pun keluar dari hospital pada hari ahad semalam. Terkejut juga, cepat sangat sembuh. Dari sms beliau , Hj Yusof mengatakan beliau keluar hospital atas risiko sendiri. Dari maklumat lain di maklumkan beliau amat risau dengan kelancaran majlis korban di masjid di mana beliau bertugas . Ini juga satu pengorbanan, semoga Allah memberkati usaha beliau.