Alhamdulillah sekarang ini kita dapat menikmati sekali lagi rahmat bulan Ramadahan. Kita masih diberi kesempatan untuk menambahkan amalan dan membuat kebaikan sebagai saham kita untuk akhirat. Semoga warga BKK mengambil peluang yang diberi dengan penuh keinsafan dan tidak mensia-siakannya.
Masih ingat lagi? Dulu bulan puasa ini juga diambil kesempatan untuk kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara untuk berbuka puasa. Masing-masing akan membawa juadah untuk sama dinikmati. Terasa kemeriahan berpuasa. Harapnya tradisi ini diteruskan sesama kita kerna ia menambahkan lagi eratnya silaturrahim selain bersama-sama menghayati fadhilat Ramadhan.
Bagi ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak kecil lingkungan umur 5 tahun ke atas, inilah masanya untuk kita melatih mereka bersabar dalam menahan lapar dan dahaga. Katakan pada mereka puasa ini mengajar mereka untuk mengawal diri dan fikiran supaya nanti bukan nafsu dan fikiran yang mengawal mereka. Tapi jangan dipaksa, lihat kemampuan mereka, sekiranya masih boleh bertahan berikan dorongan untuk meneruskan puasa, sekiranya memang kelihatan lemah, berilah mereka makan, agar nanti mereka tidak membenci Ramadhan. Berilah latihan secara berperingkat, mungkin puasa 5 jam, setengah hari dan seterusnya penuh satu hari agar mereka dapat menyesuaikan diri.
Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik lagi dari yang lalu....dan semoga Syawal yang mendatang ini memberikan kita penuh keinsafan dan ketaqwaan. Ketika kita bergembira usah dilupa mereka yang telah tiada. Doa dan amalan dihadiahkan buat mereka semoga ruh mereka dicucuri rahmat dan digolongkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
Akhir sekali, renungi kata-kata ini.......
Walking through the journey of da'wah
Stepping in search of Mardhatillah
Roaming during day and night
Seeking truth of wrong and right
Hoping and never stop believing
Ask for strength to never stop trying
Thinking, smiling, Alhamdulillah
Let us grab the last ten days of Ramadhan!